Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Oh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!

Dipetik daripada laman Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  " Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013." Bagaimana kita memanggilnya, "Pesta Buku 2013?", "PBAKL 2013?", "KL Book Fair 2013?" semuanya sama, manusia membanjiri PWTC. Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang   penulis di sini Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group. Set untuk penulis Kaedah penulisan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata.  Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-fa

Apabila modul trainer menjadi surat cinta peserta

Pada tahun ini saya kerap menjalankan survey dalam setiap kursus organisasi dan individu dengan bertanya soalan yang mudah, "Mohon bertanya, di manakah modul Tuan dan Cik Puan berada selepas bengkel terdahulu?" Mereka memandang sesama sendiri dan ketawa. Inovasi modul bukan sahaja dari aspek pengisian malah pakejing dan fungsi modul selepas trainer tidak berada dalam kursus. Pada tahun 2011, kami mencuba kaedah modul organik, kesanya, peserta menggunakan modul itu dan terus menulis sehingga setiap kali idea timbul mereka menconteng modul organik itu. Pada tahun ini, saya sedang menguji modul TIP bagi melihat sejauh mana ia akan dibawa oleh peserta selepas bengkel. Kerap saya berfikir, bagaimana modul akan terus dibawa dan tidak dibuang atau disimpan dalam kotak sahaja? Bagaimana saya dapat mengejar peserta meskipun saya jauh daripada mereka? Sementara menantikan modul yang menjadi cara hidup hasil sentuhan Puan Bintu Azizul Zaisara selepas bengkel TAMRIN &

Sebelas jam dan tiga buah buku

Pagi Sabtu yang bermakna. Peserta menaiki keretapi dari Perlis pada malam tadi, tiba di KL Sentral seawal subuh, bergerak ke KLCC. Mulut diam tanpa alasan, fikiran bertindak mencapai sasaran. Hari ini beliau di sini bersama-sama bagi sesi coaching penulisan buku di Kinokuniya. Setiap masanya adalah pelaburan bagi berkarya. Ya Allah, makbulkan doanya dan usahanya. Dalam sesi personal coaching di Cafe Kinokuniya tadi. Klien mengetahui: (1) Bagaimana kaedah silang menggunakan jadual dalam buku dapat menaikkan jumlah pembeli ebook. (2) Menaikkan nilai sederhana kepada nilai mahal kepada senarai isi di dalam buku. (3) Merancang kaedah jigsaw dan formula Merong Mahawangsa dalam mempakejkan buku. (4) Bekerja dengan sasaran mendapatkan kek industri 80% dengan mencipta rasional memasuki rak buku. (5) Mengukur potensi pembaca sebelum buku diterbitkan. Membangunkan pra pemasaran semasa buku ditulis. Sesi coaching perseorangan membawa kepada pembangunan pakej tiga buah buku kepa