Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Berdikarilah berus dan kanvas selama mungkin

Cara orang dewasa melihat dunia tersekat dengan ukuran yang terhad. Sambungan kisah guru kreativiti saya, Dr Bahanurdin dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menekankan kepada para pesakit cara berdikari bagi menguruskan hidup dalam lingkungan yang mampu dilakukan dan tidak bergantung kepada orang lain semata-mata. Itulah rehabilitasi. Ketika di Paris, saya melihat seorang ibu yang merupakan seorang pelukis jalanan. Beliau melukis di tepi jalan dan menggantungkan lukisan demi lukisan yang cantik di tepi pagar. Lukisan pemandangan itu menyerupai kawasan sekitar. Seorang kanak-kanak berada di sebelahnya. Turut memegang berus dan warna, mempunyai kanvasnya sendiri. Itu adalah anaknya. Kedua-duanya melukis di atas kanvas dan melihat pemandangan yang sama. Lama saya memerhatikan gelagat orang yang melihat lukisan ibu dan anak. Saya memerhatikan satu demi satu lukisan anak lebih banyak dibeli orang berbanding ibunya. "This is art!" pelanggan menilai dan membay

Penjual cuka epal pun terbitkan buku?

Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini. Bragg Organic Cider Vinegar Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama. Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan. Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85. Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80 Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran. Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi temp