Langkau ke kandungan utama

Kursuspenulisan.com | Bagaimana menukarkan pembaca menjadi klien?




Tim kursuspenulisan.com menerima satu soalan pada jam  enam petang di Facebook, "Soalan saya, bagaimana kursus tuan itu jika saya ikuti, dapat mendatangkan klien pada saya? Adakah dan bagaimana caranya pembaca rencana atau artikel saya boleh menjadi potential client saya?"

Respons

Dengan izin Allah kita akan menfokuskan kepada lima perkara berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Kita tidak mengajar tatabahasa tetapi strategi merancang kejayaan penulis.

(1) Pada hari bengkel kita akan mengenalpasti bagaimana menyusun isu-isu perundangan yang mahu ditulis berdasarkan kehendak media sebelum memenuhi kehendak awam. Kehendak media bermaksud, artikel itu cukup kuat bagi mendorong orang membeli majalah dan mengikuti setiap bulan.

Modul post mortem majalah dan analisa kehendak editor dan pembaca akan dilakukan pada hari bengkel.

(2) Disebabkan pengamalan professional tidak boleh mempromosikan firma secara langsung, kita akan menyusun kaedah membina jenama diri melalui majalah dan akhbar secara berasingan. Kaedah peluru tabur yang digunakan amatur tidak membantu membina jenama penulis di media. Maka menyusun strategi ini adalah penting. Ia berkaitan dengan menstrukturkan artikel dan pengenalan diri dalam media.

(3) Kita akan mengenalpasti majalah umum dan majalah berbayar bagi menentukan di manakah majalah yang kita hanya memfokuskan kepada permission marketing (pemasaran dengan izin) sehingga mendorong pembaca menggoogle nama penulisnya.

(4) Kita akan mengurangkan halangan tembok bidang yang menyebabkan artikel yang ditulis terlalu tinggi sehingga sukar dicapai oleh pembaca.

(5) Strategi menyusun kejayaan-kejayaan kecil dengan membina hubungan dengan editor dan majalah, sama ada mencari peluang atau mencipta peluang. Di sini adalah tulang belakang kepada menulis bagi keperluan majalah atau pun akhbar. Insya Allah.

Pendaftaran bengkel, klik di sini


Januari adalah bulan terbaik bagi mencipta kejayaan selama 11 bulan seterusnya. Bertindak awal memberi ruang penulis baru yang konsisten menjajah ruang yang kosong dan tidak perlu berebut-rebut mencari peluang. Cipta peluang dengan merancang awal.

Dimaklumkan dua siri bengkel di bawah kursuspenulisan.com akan diadakan seperti berikut

14 Januari 2012 (Sabtu) Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah
15 Januari 2012 (Ahad) Bengkel penulisan skrip drama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...