Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Diari Trainer | Jabatan Perdana Menteri, Jatuh Cinta Kali Pertama

Insya Allah, para penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri akan melihat poster ini di setiap lif dan papan kenyataan bermula minggu ini. Zamri Mohamad akan bersama warga kakitangan penjawat awam bagi sesi Bicara Buku dan Bengkel Mini pada 31 Januari ini. Berdasarkan buku Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga, yang kini menduduki carta ketiga tertinggi pilihan pembaca secara mingguan di POPULAR, penulis yang juga pengasas kursuspenulisan.com akan berkongsi dalam bentuk bengkel mini berkenaan kajian komunikasi perhubungan. Sepanjang hari itu soalan-soalan ini akan dijawab, iaitu Bagaimana mahu didengari ketika berbincang? Mengapa pujian saya tidak mengubah tingkah laku? Mengapa semakin cinta semakin tidak peduli? Buku yang hanya eksklusif diedarkan oleh POPULAR ini merupakan kompilasi tiga buah buku tulisan beliau dan penulis bersama Tuan Imran Yusuf. Kepada kakitangan awam yang berminat mengikuti tip-tip eksklusif pada hari Selasa, 31 Januari ini, hadirkan diri di l

Diari Trainer | Ayat Penutup Lubang TIndakan

Adakalanya saya mahu ketawa kepada diri sendiri. Apabila berbincang dengan diri sendiri dan dengan trainer lain sehingga memerlukan kita bertindak melakukan sesuatu, saya teringat kata Puan Guru Ainon Mohd., "Saudara berfikir lateral atau tidak?" Jika tidak lateral, kita terperangkap mahu mengikut orang lain dan sibuk mencari salah. Soalan Puan Guru itu satu 'penutup lubang' sebelum terjatuh. Ia berlaku lagi sekali lagi petang ini. Di kursuspenulisan.com , respons kepada penulis yang mahu membetulkan situasi dengan pen, "Apa tindakan kita," berbanding, "Apa tidak kena dengan mereka." Terima kasih Puan. Belajarnya saya daripada Puan sedikit, tetapi moga sedikit itu ingatan besar kepada saya.

Kursuspenulisan.com | Apa yang rahsia dan apa yang sulit?

Adakah menulis sahaja sudah cukup menjadikan kita memahami pakej sebuah karya? Dalam amalan kursuspenulisan.com , kami secara tersembunyi memberi tiga perkara tambahan. Ia berubah mengikut keperluan editor berdasarkan maklumat 'dalaman' penerbitan. Dengan izin Allah, akan didedahkan pada hari Sabtu ini. Ini yang membezakan antara menulis dan merancang kejayaan penulisan.

Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa

"Dalam penulisan beliau ini menceritakan bahawa persoalan cinta ini sudah timbul berabad lamanya lagi. Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi. Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta mereka, tertulis di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat pada sekitar tahun 1300 dan 1000 sebelum Masihi. Tamadun Cina mencipta lagu-lagu cinta, dan pertama kali didokumentasi antara tahun 1000-700 sebelum Masihi."  Persoalan-persoalan cinta juga ada dalam agama. Iman menyebabkan hidup mempunyai maksud dan tujuan, sehingga timbul minat bagi mencapai maksud dan tujuan itu.  Iman menimbulkan cita-cita bagi memperoleh ganjaran dan pahala atas pekerjaan yang dilaksanakan.  Tidak beriman bermaksud tidak mempunyai pendirian dan berlaku penyelewengan sewenang-wenangnya kepada manusia.

Kursuspenulisan.com | Bagaimana menukarkan pembaca menjadi klien?

Tim kursuspenulisan.com menerima satu soalan pada jam  enam petang di Facebook, "Soalan saya, bagaimana kursus tuan itu jika saya ikuti, dapat mendatangkan klien pada saya? Adakah dan bagaimana caranya pembaca rencana atau artikel saya boleh menjadi potential client saya?" Respons Dengan izin Allah kita akan menfokuskan kepada lima perkara berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Kita tidak mengajar tatabahasa tetapi strategi merancang kejayaan penulis. (1) Pada hari bengkel kita akan mengenalpasti bagaimana menyusun isu-isu perundangan yang mahu ditulis berdasarkan kehendak media sebelum memenuhi kehendak awam. Kehendak media bermaksud, artikel itu cukup kuat bagi mendorong orang membeli majalah dan mengikuti setiap bulan. Modul post mortem majalah dan analisa kehendak editor dan pembaca akan dilakukan pada hari bengkel. (2) Disebabkan pengamalan professional tidak boleh mempromosikan firma secara langsung, kita akan menyusun kaedah me

Senyumlah | Cerita si anak pada tahun baru

Seorang kanak-kanak menconteng-conteng kertas selepas menulis. Kanak-kanak itu kelihatan marah dengan apa yang ditulisnya sendiri. Pada awalnya, dia kelihatan gembira menulis satu persatu mengikut urutan. Kelihatan nombor menjadi permulaan bagi setiap ayat pada garis berbeza. Satu, dua, tiga dan kemudian diikuti ayat setiap satunya. Tidak lama kemudian dia menconteng-conteng kertas itu. Sekali lagi dia melakukan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Diambil kertas baharu lalu dilakukan sekali lagi. Tulis dan conteng. Ia berulang-ulang tanpa berhenti. Seorang lelaki menghampiri kanak-kanak yang masih leka dengan pen dan kertasnya. Dia tidak menyedari lelaki itu sedang berdiri di belakang memerhatikan tingkah lakunya. Tangan kanan cepat menconteng garis-garis di atas tulisan sendiri. Kemudian tangan lelaki itu memegang tangan kanak-kanak itu. Terhenti contengan dan kanak-kanak itu menoleh melihat siapakah yang menghalangnya. Kanak-kanak itu bertanya, “Apa sedang ayah lakukan