Langkau ke kandungan utama

Apabila peniaga tahu apa itu Customer Search, Engage and Own (SEO)




STAR SEO adalah mini seminar penuh hasil yang mendedahkan keseluruhan strategi bagaimana peniagaan kita mudah ditemui di internet dengan hanya satu klik.

----

Nota: Dikendalikan oleh Izwan Wahab. Beliau pernah membantu saya mendapatkan 50% hasil carian lebih tinggi di Google berbanding 10% yang dikongsi oleh peniaga-peniaga (penerbit dan penulis) lain ketika kempen untuk promosi buku-buku saya di internet pada tahun 2010. Ia menggunakan teknik STAR SEO.

Apabila peniaga tahu apa itu Customer Search, Engage and Own (SEO) yang pernah diajar kepada saya, Insya Allah ia memudahkan Tuan dan Cik Puan juga.

----

Objektif mini seminar

3 cara untuk Meningkatkan jumlah pelanggan di internet tanpa belanja lebih.

  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga mudah ditemui pelanggan melalui carian Google dan enjin carian lain dengan hanya satu klik.
  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga memasarkan produk dan perkhidmatandi internet pada kos yang rendah.
  • Mini seminar STAR SEO membantu para peniaga yang mempunyai asas pengetahuan internet menggunakan strategi pemasaran berkesan di internet.

Peserta mini seminar
  • Peniaga tempatan
  • Mereka yang menjalankan bisnes blog shop
  • Peniaga dari rumah iaitu SOHO (Small Office Home Office
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penyedia Perkhidmatan
----

Apakah yang akan disampaikan kepada peserta?

STAR SEO disusun dan disampaikan secara mudah dan praktikal kepada peserta melalui modul-modul berikut.

Modul Kuasai asas SEO dari A ke Z

(1) Modul ini mendedahkan, apakah itu SEO untuk perniagaan.
(2) Disampaikan mengapa peniaga kecil bersetuju pentingnya SEO untuk perniagaan.
(3) Bagaimana mereka yang hanya menguasai asas sahaja dapat melihat cara SEO berfungsi.

Modul Tiga Langkah STAR SEO

Apa yang pelanggan benar-benar mahukan dapat dikesan melalui perkataan. Ini yang menjadi strategi dalam diam peniaga tempatan yang mahu menjadi pemain besar dalaminternet.

Cara pemasaran pada kos yang minima.

(1) Seni melihat kajian katakunci cara STAR SEO. Modul ini mendedahkan bagaimana mahu mengetahui apa yang dicari pelanggan tempatan di internet.

(2) Tiga langkah STAR SEO juga akan mendedahkan apakah perkataan-perkataan yang dicari pengguna internet yang dapat digunakan peniaga agar pelanggan bertemu laman web, blog atau video perniagaan kita.

(3) Cara kuasai kaedah Onpage SEO dan Offpage SEO yang menjadi alat utama peniaga memudahkan pelanggan bertemu perniagaan mereka di internet.

------


Biodata Pemudahcara

Izwan Wahab adalah seorang pengkaji Internet Marketing dari tahun 2002 bermula dengan SEO (Search Engine Optimization) dan Pembangunan Laman Web.

Kini beliau bertugas sebagai jurutera sistem di sebuah syarikat bumiputera berpusat di Shah Alam. Beliau menjadi konsultan bagi klien SME yang memerlukan khidmat nasihat dalam strategi dan pelaksanaan laman web yang menjual.

Buku tulisan beliau, “Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil” terbitan PTS telah diulang cetak dan mudah didapati di toko buku serata Malaysia. Buku ini mendapat ulasan majalah nasional, Millenia Muslim.



Beliau pernah diundang dan bercakap mengenai kuasa internet untuk keusahawanan di hadapan ratusan hadirin dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Kumpur ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Ia pernah dihadiri oleh wakil Google Asia Tenggara .

Ia mencetus fenomena dalam dunia perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.

Dikenali sebagai 'academician' dunia internet, kemunculan Izwan Wahab pada tahun 2005 menjadi rujukan peniaga-peniaga di internet pada ketika itu.

Sehinggalah Izwan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Ini bertujuan memberi masa dan fokus kepada dirinya mengkaji apakah cara-cara yang dapat membantu peniaga seluruh negara menggunakan internet bagi tujuan pemasaran.

Beliau muncul semula pada tahun 2008 dan membantu peniaga-peniaga kecil melalui perundingan, bengkel tertutup dan penulisan buku.

Sumbangan beliau paling besar menggunakan STAR SEO dan kekuatan strategi Long Tail dalam mempromosi gerakan membaca yang digerakkan rakyat paling besar di Malaysia.

Ini mencetuskan fenomena dan kejutan. Media nasional memaparkan kejayaan itu tiga bulan berturut-turut.

Izwan Wahab juga menjadi sebahagian besar sejarah pemasaran perniagaan di Malaysia. Utusan Malaysia melaporkan satu-satunya bengkel pemasaran di internet yang dihadiri ramai. Ia diadakan ketika gawat ekonomi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .