Langkau ke kandungan utama

Formula mulakan dengan apa di tangan diterima peniaga


Coaching santai, Blog Shop, Mulakan dengan Apa di Tangan mendapat sambutan positif daripada peniaga kecil dan bakal peniaga yang merancang mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui internet. Kami menerima permintaan 83 peniaga kecil yang mahu menyertai bengkel ini.

Majoriti peserta merupakan peniaga kecil melibatkan perniagaan seperti spa, produk kesihatan, membaiki telefon, dobi dan peruncitan.

Namun demikian bagi memastikan peserta mendapat kemahiran yang dapat dibuat sendiri selepas coaching, saya terhadkan kepada enam orang peserta satu sesi. Maka penyertaan amat bergantung kepada first come first serve.

Mereka didedahkan cara membina borang pesanan, pembinaan data pelanggan dan blog secara cepat, mudah dan praktikal.


Puan Rohaya Bte Yakin adalah pengusaha Spa di Taman Melati. Mengikuti Bengkel Blogshop, Mulakan apa di tangan. Seterusnya 15 Mei ini Informasi klik di sini.



Insya Allah dalam tempoh sebulan ini saya akan usahakan bertemu mereka dan melihat perkembangan blog shop mereka.

Perkara yang didedahkan dalam coaching santai ini ialah seperti berikut

Modul 2 Cari idea jadi peniaga di internet
Cari idea bisnes blog shop
Jana idea bisnes cara Abraham Maslow
Pilih dan jual produk

Modul 3 Buka pintu blog shop dengan Google
Modul 4 Bina blog shop, kedai pertama kita
Mengapa berblog shop menggunakan Blogger
Melihat peta asas blog shop
Buka blog shop pertama anda
Tulis entri produk
Masukkan foto produk ke dalam entri
Pilih foto yang sesuai
Masukkan video produk ke dalam blog shop
Paparkan video yang dapat menjual
Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri
Papar entri blog mengikut tarikh berbeza
Label mudahkan carian produk
Gantung papan kedai di hadapan pintu masuk blog shop
Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita
Agihkan kerja kepada rakan niaga dan pekerja
Jadikan pelanggan selesa membeli

Modul 5 Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan
Beri borang pesanan yang mesra anda mesra pelanggan
Hasilkan dan sebarkan borang pesanan pelanggan


Modul 6 Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan
Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu
Gunakan testimonial yang menjual dan tidak membunuh


Modul 7 Simpan senarai pelanggan setia
Mendapat maklumat produk umpama surat daripada posmen
Emelkan sekaligus entri blog
Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan
Hantar emel blog shop pada waktu menggembirakan
Tingkatkan imej emel blog shop
Gunakan Feedburner memantau pelanggan
Mudahkan pelanggan melihat entri blog shop
Khabarkan entri-entri blog yang hangat

Modul 8 Promosi blog shop kepada orang ramai
Bagi mendapat informasi terkini dan tarikh seterusnya, dijemput melayari laman web Kursus Perniagaan. Klik di sini.

Semoga Allah permudahkan.


-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...