Langkau ke kandungan utama

Tip Penulisan (1) Menjadi Lea Beadling dalam acuan sendiri.

Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea. Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini. Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana.

Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan dari mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakkannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau telah bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau telah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferen, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan menrujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Tuan dan puan dapat menjadi Lea Beadling dalam acuan sendiri.

Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac sehingga 21 Mac ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini! Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...