Langkau ke kandungan utama

Ciuman kasih ciuman sayang


Saya tertarik pada apa yang disampaikan oleh Tuan Parlindungan Marpaung dalam bukunya Setengah Berisi Setengah Kosong. Dalam bab kedua, bertajuk Ciuman seorang ibu, beliau memberi sudut pandang yang menarik. Dalam kajian dilakukan oleh Bernie Siegel didapati,

  • Suami yang menerima ciuman isterinya lebih yakin dan bersemangat dan kurang berhadapan dengan kecelakaan.
  • Suami yang menerima ciuman isteri sebelum meninggalkan rumah mempunyai peratusan keinginan pada wanita lain lebih rendah.
Dalam hubungan ibu dan anak pula mempunyai kesan yang sama.
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu mempunyai kesan positif pada pelajaran di sekolah
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu lebih tinggi peratusan sabar dan kurang berkelahi.
Ciuman sayang baik daripada suami kepada isteri, ibu kepada anak atau sebaliknya mempunyai kesan positif baik dari segi kesihatan fizikal mahupun emosi. Apabila bercerita mengenai ciuman sayang anak kepada ibu dan ibu kepada anak, ia mengingatkan saya ketika mana pada awal ayah ditakdirkan meninggalkan kami menyahut seruan Allah sebelum kami.

----

Seorang guru menghubungi saya dan menjemput saya ke rumahnya pada malam beberapa hari selepas itu. Sememangnya saya kerap ke rumahnya beliau pada hari Rabu bagi mengikuti program usrah di rumahnya.

"Ketika mana ayah awak baru sahaja meninggal dunia. Awak perlu memberi perhatian pada hati ibu lebih daripada dahulu," kata guru.

Beliau berkongsi ceritanya, "Ketika ini ibu saudara sensitif dalam pelbagai hal, malah perkara yang kita anggap baik pun dilihat berbeza."

Saya diam, memberi ruang untuk ceritanya, "Ketika saya mula-mula mendirikan rumahtangga, ayah saya baru meninggal dunia. Saya kerap menghantar surat kepada ibu di kampung. Saya sebutkan betapa bersyukur saya memperolehi isteri yang baik daripada Allah. Niat saya mahu berkongsi berita gembira itu kepada ibu."

Sebaliknya berlaku, apabila beliau pulang ke kampung ibunya tidak begitu mesra terhadapnya. Sedikit acuh tidak acuh dan jauh berbeza berbanding dahulu. Sehinggalah pada suatu hari, cikgu saya bertanya kepada adik beradiknya.

"Ibu berkecil hati pada kamu., kata abangnya.

Rupa-rupanya selama ini ibunya berkecil hati kerana apa yang ditulis oleh anaknya dilihat dari perspektif lain. Ibunya menganggap anaknya sudah tidak memerlukan diri orang tua ini apabila sudah mempunyai isteri. Itu andaian si ibu apabila membaca surat-surat anaknya. Sedangkan anaknya tidak terfikir begitu, melainkan mengucap syukur dan berkongsi gembira memiliki isteri yang baik setiap segi.

Cikgu saya berhenti bercerita. Diam seketika. Memberikan masa merasionalkan mengapa niat baik anak disangka sedemikian pula oleh ibu.

Sambung cikgu, "Apabila rakan baiknya tidak ada lagi. Semuanya kelihatan sensitif padanya."

"Ya, ketika itu ayah cikgu baru meninggal dunia. Jika dulu ibu kita akan mengomel, bercerita, meluahkan segala-galanya mengenai hal si anak pada ayah. Tetapi apabila 'rakan baik' tidak ada, pada siapa cerita itu hendak disampaikan?"

Cikgu menasihatkan saya agar berdampingan dengan ibu dalam tempoh kehilangan yang masih baru. Kita menjadi kekuatan kepadanya ketika ini. Perkara yang dianggap baik pada kita mungkin kelihatan oleh ibu seperti sesuatu yang akan meninggalkan dirinya seorang diri.

---

Satu perkara yang jelas dalam hidup saya sebelum dan selepas ayah tidak ada dalam lingkungan kehidupan kami amat berkait rapat dengan apa yang diceritakan oleh Tuan Parlindungan Marpaung.

Jika dahulu, ketika ayah ada, cukuplah sekadar kami bersalam dan memberi ciuman di tangan ibu. Tetapi apabila ayah tidak ada, tidak cukup sekadar itu. Pipi ibu dikucup dengan rasa kasih, kiri dan kanan pipinya disentuh oleh anak-anaknya. Adakalanya sengaja ibu menyuakan pipinya yang satu lagi apabila satu pipi menerima apa dikata oleh Parlindungan sebagai "ciuman sayang."

Tidak saya tahu bahawa, perbuatan itu sebenarnya memberi kekuatan kepada ibu.

Parlindungan memetik pandangan Gde Parma berkata, ciuman kasih yang diterima wanita disambut dengan mata yang terpejam, bagi merasai keindahan dalam diri lebih berbanding keindahan di luar. Ia sesuatu yang menenangkan dirinya.

Mungkinkah itu yang dirasai oleh ibu saya apabila anak-anak mencium pipinya?

Saya membelek-belek buku Setengah Berisi Setengah Kosong, melihat cerita-cerita dalam kaca mata hidup sendiri.

Pada masa sama saya memikirkan apakah kita yang masih punya bapa dan ibu pada hari ini ada kekuatan untuk mendorong jiwa salah seorang daripada mereka ketika tiba masa itu nanti.

Ya Allah, permudahkan urusan kami dan berikan kami kekuatan jiwa.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

admin berkata…
kisa daripada guru tuh sgt menyentuh jiwa- terima kasih kerana berkongsi cerita!

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...