Langkau ke kandungan utama

Penulis berusia 11 tahun di Pesta Buku

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Bakat penulisan yang dimilikinya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Apa yang dilakukan oleh penulis cilik berusia 11 tahun ini ialah beliau suka mencatat kembali cerita percutian beliau bersama keluarga.

"Setiap kali bercuti atau berjalan-jalan, beliau akan membawa bersama pen dan kertas. Apabila tiba di rumah beliau akan menghabiskan masa menulis pengalaman percutianya," kata seorang petugas di gerai jualan Kampung Buku.

Bakat itu disedari oleh ibunya apabila mengemas rumah dan menemui helaian kertas mengandungi catatan dan cerita. Semuanya ditulis oleh anak perempuanya.

Menyedari bakat yang ada pada anaknya, si ibu memberi tumpuan dan menggalakkan aktiviti menulis serta menerbitkan sendiri buku-buku cerita hasil tulisan anaknya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 membawa pengalaman baru kepada penulis muda ini.





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .