Langkau ke kandungan utama

Azam karier tahun baru 2009 | Sama tetapi baru


Bicara mengenai soal azam tahun baru, saya teringat kepada perkataan yang menjadi tajuk icara tuan Osman Affan di TV1 iaitu "azam yang tertunda", Ahad ini seorang lagi penulis PTS , Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof akan muncul membicarakan mengenai topik azam tahun baru.

Saya kira azam ini mempunyai cabang-cabangnya. Azam menjadi insan lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan kehidupannya. Untuk catatan blog ini, saya mahu berkongsi satu cabang dalam azam tahun baru iaitu, azam karier.

"Saudara sudah lari daripada personaliti karier saudarakah?"

"Apa maksud saudara?"

"Bukankah saudara seorang penulis, kini sudah buat perkara lain."

Oh, saya faham. Ini berkaitan dengan penglibatan saya dalam seminar terbaru pada Febuari ini. Sebenarnya kariernya sama, cabangnya berbeza.

Tahun 2009 karier penulisan saya menyentuh kepada beberapa cabang baru.

  • Tahun 2009, buku-buku baru akan saya hasilkan sesuai dengan misi bersama penerbit, memandaikan bangsa dengan karya yang baik. Pada awal tahun 2009, dijangka tiga buah buku baru saya akan dilancarkan.
  • Tahun 2009, kerjasama dengan penulis-penulis lama dan baru ditambah lagi. Tahun 2008 saya berjaya mencapai sasaran empat penulis bersama setahun. Tahun hadapan diteruskan lagi dengan kerjasama dua penulis baru.
  • Tahun 2009, sasaran menganjurkan bengkel bulanan untuk penulis bebas bermula setiap dua bulan sekali. Bagi yang masih berminat, bolehlah mendaftar untuk kelas 11 Januari 2009. Teknik menulis untuk majalah akan didedahkan. Ada bonus lain yang hanya saya kongsi kepada peserta sahaja pada bengkel tersebut.
  • Tahun 2009, saya memfokuskan penulisan artikel kepada empat majalah sebulan. Jika mampu, enam majalah.
Azam karier tetap yang sama, ditambah lagi dengan kerja-kerja baru.

Apa yang penting dengan azam karier ini?

Doa Tuan dan Puan untuk kemudahan kerjaya, kesihatan dan kejayaan saya di dunia akhirat.

Selamat tahun baru Hijrah semua!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...