Langkau ke kandungan utama

Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil : Pakej berhadapan kegawatan di Malaysia

Pernah mendengar istilah Optimasi Laman Web atau Website Optimization?

Pernah mendengar dan mendapat bantuan pakar optimasi laman web untuk mengembangkan bisnes saudara?

Tahukah saudara selain daripada pembina laman web dan penggubah laman web, ada satu individu yang sangat penting untuk bisnes saudara?

Individu itu ialah penganalisis dan pakar optimasi laman web.

Saya berkesempatan menjalinkan kerjasama dengan penganalisis dan pakar optimasi laman web, Tuan Izwan atau dikenali dengan panggilan Robot. Bermula dengan mendapat khidmat beliau, saya mendapati apa diketahuinya perlu diketahui oleh semua peniaga di Malaysia.

Dalam keadaan gawat, kehadiran pakar dan penganalisis optimasi laman web sangat penting bagi survival bisnes di luar dan di dalam dunia internet.

Petanda-petanda kegawatan menjadikan kerjasama kami bertambah relevan.

Bagi bisnes kecil yang berada di luar. Dua keadaan menjadi pilihan. Sama ada bertahan dengan cara lama atau bertahan dengan mencipta kesedaran atau awareness bakal prospek lima kali ganda daripada cara tradisional sekarang.
  • Bisnes di luar tanpa internet bakal berhadapan dengan situasi yang cukup mencabar selagi mana kempen awareness atau kesedaran tentang kewujudan bisnes anda tidak berkembang.
  • Petanda-petanda ini membawa kami kepada kerjasama bagi bengkel khas melibatkan 800 peserta terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan pada Januari 2009.

Berpegangkan kepada moto kami, Sharing is Caring (Berkongsi kerana mengambil berat) dan Giving Back to Community (Memberi semula kepada komuniti) kami akan mengendalikan bengkel untuk usahawan kecil dan sederhana bagi berhadapan kegawatan.

Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil

Bagaimana jika saudara mempunyai laman web dan bisnes saudara bukannya skala kecil dan sederhana. Tidak mengapa ia dialu-alukan sebagai satu woksyop senarai semak. Kita akan membedah siasat sama ada laman web saudara sekadar hiasan dalam dunia online atau benar-benar menjual.
  • Saya tidak memanggil pereka laman web untuk bengkel ini kerana isu pemasaran bukan isu mencantikkan laman web semata-mata. Kata kunci bengkel ini Cepat dan Tepat. Menjadikan laman web saudara cepat dicari dalam Google dan menjadikan ia laman web yang akan membuat bakal pelanggan menghubungi saudara.
Pelanggan yang tidak pernah ke kedai anda kini adalah bakal pelanggan yang perlu untuk survival bisnes pada zaman gawat! Dunia online dapat membantu anda.
  • Kami membuka pendaftaran untuk 800 orang sahaja dalam tempoh dua bulan ini. Kejutan dan cabutan terpilih bagi mereka yang mempromosikan entri ini ke laman blog mereka. Pautkan entri ini atau copy dan paste entri ini ke blog saudara.
Ada yang bertanya mengenai yuran?
  • Ya, kami memikirkan keperluan peniaga dan bakal usahawan kecil di Pantai Timur, Utara, Sabah dan Sarawak. Ia akan menjadi seminar yang tidak akan anda lupakan baik dari sudut harga mahupun isi kandungannya. Pakej bersedia sebelum gawat.
Bengkel ini akan melibatkan dua perkara.
  • Bagaimana menghasilkan laman web mini yang mudah dicari orang ramai.
  • Bagaimana menulis memperkenalkan produk dan servis menggunakan ayat dan susunan paling berpengaruh untuk menarik prospek.
Kerana itu dua kemahiran daripada dua individu berbeza, penulis sepenuh masa dalam akhbar nasional, majalah dan buku di Malaysia bergabung dengan pakar optimasi laman web membawa kepada saudara; Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil.

Klik dan pra daftar di sini sekarang.

  • Perhatian: "Saya akan berkongsi ilmu dalam penulisan untuk iklan dan menjual (Copywriting) dan Tuan Izwan mendedahkan konsep dan teknik membina website yang menjual berdasarkan kajian beliau dan dicuba sejak beberapa tahun lalu."
  • Perhatian: Pelajar universiti yang mahu datang secara berkumpulan melalui universiti atau individu juga digalakkan mendaftar kerana ia relevan dengan keperluan bisnes terdekat.


Ini adalah pesanan daripada beberapa laman web mini saya setiap hari (klik gambar untuk paparan lebih jelas). Dari dunia offline ke dunia online, saya mempelajari dan mengadaptasi optimasi laman web mini yang 'menjual'. Ini yang akan kami dedahkan kepada peniaga, bakal usahawan,pemberi perkhidmatan dan pelajar IPTA. Klik di sini sekarang


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Oh! Pantas sungguh tuan meng-update blo saudara! (salah satu teknik optimasi website:- "kerap di update")

Kepada mereka yang berminat tapi masih ragu-ragu nak join, jangan fikir panjang lagi. Join sahaja! Ilmu/teknik yang akan kami kongss/bincang bersama pasti ada yang baru untuk tuan-puan sekalian.!

Best regards
Izwan@Robotys

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...