Langkau ke kandungan utama

Menjadi Hartawan Beriman itu 'wajib' bagi selamatkan akidah keluarga

Apa pandangan kita mengenai harta?

Harta itu menyesatkan, harta itu perkara yang baik?

Kata YM Dr Tengku Ismadi, "Dalam rukun Islam ada tuntutan yang memerlukan wang bagi menyempurnakannya."

Kata Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, "Harta tidak menjadi punca kepada sesuatu, ia membesarkan atau magnify sesuatu perbuatan. Jika masa mudanya, dia dengan wang yang sedikit dia bersedekah. Jika kaya, dia besarkan nilai sedekahnya. Begitulah seterusnya."

Hari ini dalam Harian Metro, membuat kita terfikir sama ada kita sudah tiba masanya 'mewajibkan' diri menjadi hartawan dan beriman bagi mengatasi isu komuniti di bawah.



Petikan Harian Metro Sabtu 18 Oktober 2008

SMS jual akidah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya mahu mendapatkan wang mudah, seorang wanita sanggup menjual agama dengan mengisytiharkan dirinya murtad melalui SMS untuk memperdaya orang ramai supaya memberi derma kepadanya.

Difahamkan, wanita terbabit menghantar SMS secara rambang kepada pemilik telefon bimbit kononnya terpaksa keluar daripada Islam kerana kesempitan wang dan tekanan keluarga.

Melalui SMS yang disebarkan itu, dia cuba menagih simpati orang ramai membantunya menghulurkan wang sara hidup bagi menyelamatkannya daripada memeluk agama lain.

Tindakan itu ternyata berjaya memperdaya beberapa pemilik telefon bimbit yang sanggup memberikan wang kepadanya semata-mata bagi menyelamatkan akidahnya.

Ini didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin, selepas menerima aduan berhubung penyebaran SMS berkenaan yang diterima beberapa rakan, baru-baru ini.

Menurutnya, wanita terbabit menghantar mesej dengan kata-kata ‘saya kecewa dengan orang kita (Islam) tidak boleh membantu saya yang hidup susah. Tapi bila saya minta wang dari penganut agama ******** mereka cepat membantu. Saya cabar anda untuk bantu saya jika tidak mahu saya keluar agama Islam.

“Sebaik membaca SMS itu, saya terkejut dan tak sangka wanita berkenaan sanggup mengugut mahu keluar Islam hanya kerana kesempitan wang,” katanya.

Selepas menerima SMS itu, dia cuba membantu, namun wanita itu enggan mengangkat panggilan telefon.

“Apa yang pelik, dia menjawab SMS yang dihantar. Melalui SMS yang dibalas, dia memberitahu mempunyai seorang anak dan hidup dalam kesusahan.

“Malah, tindakan suaminya menghilangkan diri turut menyebabkan hidup semakin terhimpit,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.

Ahmadi kemudian bertanya mengenai masalah sebenar dan terkejut apabila wanita itu mencemuh dan mempersoalkan Islam.

“Dalam SMS itu, dia menyoal mengapa begitu susah untuk mendapatkan bantuan orang Islam sedangkan penganut agama lain mudah memberi bantuan kepadanya.

“Dakwanya, dia menemui beberapa orang Islam untuk meminta bantuan, tapi tidak dilayan dan berbeza sekali daripada layanan diterimanya daripada penganut agama ******* yang didakwa lebih prihatin membantunya.

“Wanita itu seterusnya mendakwa sedang berurusan dengan seorang pendakwah agama ******* untuk mendapatkan bantuan kewangan,” katanya.

Daripada SMS itu juga, wanita itu mencabar Ahmadi dengan menyebut “Kalau betul dan ikhlas membantu dan prihatin sesama umat Islam, bertindaklah segera membantunya sebelum mengambil keputusan keluar Islam dan menjadi murtad.”

Wanita berkenaan turut menyertakan sekali nombor akaun bank untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan kepadanya kononnya untuk mengelakkannya murtad.

Namun, kata Ahmadi, selepas disiasat penghantaran SMS seperti itu satu lagi bentuk penipuan dengan menggunakan agama sebagai modal memperdaya mangsa.

“Kejadian itu amat dikesalkan jika individu yang cuba mengutip wang daripada orang ramai itu orang Islam sendiri. Perbuatan itu berdosa besar dan sesat.

“Dia tidak sepatutnya mempermainkan agama Islam dan perlu segera bertaubat. Segeralah melakukan solat taubat nasuha dan mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, memeluk agama Islam ialah satu perjanjian atau akad dan seseorang yang sudah berjanji tidak boleh sewenang-wenangnya keluar sesuka hati.

Nota daripada penulis: Jika sms itu adalah sms yang benar maka ia mengesahkan tindakan terdesak ini memenuhi apa yang disebut, kefakiran membawa kepada kefukuran.

Jika sms ini adalah satu manipulasi peluang, ia mengambil peluang daripada sensitiviti orang ramai terhadap agama dengan mencipta kegusaran untuk mendapat wang daripadanya. Ini satu inovasi jenayah terancang.

Kedua-dua andaian ini memerlukan dua pendekatan yang berbeza.

Salah gusar jika ia memenuhi keadaan sms pertama dan saya marah jika ia memenuhi keadaan sms kedua.


Nota penulis: Dalam buku Rahsia Bisnes Mamak, usaha peniaga India Muslim bagi menjaga akidah komuniti dan keluarga ialah mewujudkan masjid di sekitar kawasan bisnes dan memastikan masjid menjadi pengikat hubungan dan kebajikan mereka. Maklumat lanjut. Klik di sini

Ulasan

Pok Li berkata…
Pelbagai ragam manusia, sehingga sanggup menjual agama kerana wang. Jika dikatakan di Malaysia ini tidak ada peluang kerja, kita menggaji perkerja asing yang sah 2 juta orang. Yang tidak sah dikatakan hampir 1.5 juta.
Tanpa Nama berkata…
Harta paling berharga bg saya adalah 'ilmu', insya-Allah dengannya tercapai apa jua kehendak kita, hanya perlu bersabar sahaja.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .