Langkau ke kandungan utama

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Inilah kulit buku dwilogi Street-smart, selepas kejayaan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, kini ia diikuti dengan Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Jika para pengunjung ingin mengetahui bilakah ia berada di pasaran layari laman web ini dan daftarkan e-mel hari ini.



“Jangan bimbang kepada penentangan. Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.” Hamilton Mabie

Mereka yang dapat mengurus konflik berupaya bertahan dan survival dalam keadaan yang dilalui, memanjangkan potensi karier dalam apa jua keadaan kritikal dihadapi organisasi dan diterima ramai kerana dilihat sebagai individu berpotensi apabila berhadapan situasi atau pun krisis. Konflik ditukar menjadi satu peluang kepada diri.

Tetapi, salah satu salah faham yang sering berlegar di kalangan kita ialah apabila cuma memahami konflik. Maksud konflik selalunya diertikan perbezaan dua pihak kerana inginkan dua perkara yang berbeza.

Akibat salah maksud ini, mereka yang terlibat merasa tidak sepakat bagi menyelesaikan situasi. Akibatnya kedua-dua pihak tidak mahu beralah dan cuba menunjukkan hanya mereka sahaja yang betul.

Jarang sekali kita diberitahu bahawa konflik mempunyai maksud lain selain daripada definisi pertama tadi. Pakar-pakar komunikasi memberi maksud konflik yang lain ialah perbezaan cara antara dua pihak bagi mencapai objektif yang sama.

Misalnya dalam sebuah organisasi, majikan dan pekerja bersama-sama ingin menguntungkan organisasi. Mereka menginginkan perkara yang sama tetapi mempunyai pendekatan yang berbeza. Itulah juga dimaksudkan dengan konflik.

Ahli psikologi pula mentafsirkan konflik sebagai keadaan tidak selesa yang timbul dalam diri ketika sedang menyesuaikan diri dari situasi lama ke situasi baru.

Konflik mempunyai faedah kepada individu. Carter McNamara dari Authenticity Consulting dalam Field Guide to Leadership and Supervision berkata, konflik membantu seseorang mengenalpasti dan mengetengahkan masalah secara jelas.

Mcnamara juga berkata konflik membantu kita mengenalpasti perbezaan dan mengambil peluang daripada perbezaan itu. Kita dapat bertindak selari dengan personaliti kita apabila dapat mengenalpasti konflik dan cara mengurusnya.

Mengurus konflik dari luar ke dalam

Selepas buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart sukses menemui pembaca, buku sekuel iaitu Mengurus Konflik Gaya Streetsmart pula ditulis bagi mengetengahkan kaedah-kaedah praktikal bagi mengurus konflik dalam organisasi.

Konflik berlaku apabila proses komunikasi mengambil tempat. Kemahiran mengurus konflik merupakan soft skill atau kemahiran tambahan yang diperlukan bagi berhadapan dengan kejutan dalam organisasi.

Kami memenuhi kehendak pembaca yang terdiri daripada pelbagai latar yang sedang mencari rencah dan resipi mengurus konflik yang pelbagai. Ia juga mendedahkan kami kepada satu penemuan baru, mereka yang dapat mengurus konflik juga secara diam sedang membina pengaruh dalam lingkungan tersendiri.

Skil yang sama apabila mengurus konflik dapat digunapakai dalam situasi sosial lain. Apabila kita didedahkan kepada asas mengurus konflik, ia dapat adaptasi dalam sebarang situasi kita lalui pada bila-bila masa. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart mengetengahkan perkara asas yang diperlukan pembaca.

John Dewey berkata konflik mendiami fikiran kita. Konflik menjadi jiran kepada pemerhatian dan ingatan. Ia mendorong kepada penciptaan dan memberi kejutan kepada diri. Dalam diam, konflik menjadikan kita bersikap ingin ambil tahu dan melangkah setapak ke hadapan.

Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri

Mengurus konflik adalah pelaburan kepada diri sendiri. Pulangan yang diterima berkali ganda apabila kita memilih teknik dan taktik mengurus rakan sekerja, majikan dan organisasi pada masa dan tempat yang sesuai.

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart menyenaraikan beberapa tip kepada pembaca bagi memilih dan mengimplementasi dalam situasi berbeza.

Mengurus konflik mempersiapkan diri dalam keadaan luar jangka

Kemahiran mengurus konflik mempersiapkan kita berhadapan dengan situasi yang berbeza sama ada dalam organisasi atau pun aktiviti sosial lain. Kebanyakan tip-tip yang dikongsi kepada pembaca disusun dengan mengambil kira keperluan pembaca dalam peranan hidup yang berbeza.

Pengalaman sebenar pekerja dan organisasi didedahkan

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart mengubah suai pengalaman-pengalaman pekerja menjadi contoh kes yang berlaku dalam organisasi. Selain itu situasi seharian adalah sumber rujukan lain yang disertakan bagi mempelajari cara mengurus konflik.

Situasi-situasi seharian daripada pengalaman-pengalaman yang diceritakan kepada kami dimasukkan bersama-sama bagi pembacaan saudara. Ini adalah bonus kepada pembaca bagi memahami bagaimana konflik berlaku dan cara mengurusnya.

Pada masa sama penulisan separa akademik ini juga mengetengahkan kes-kes nasional dan antarabangsa yang unik dan dapat disesuaikan dalam organisasi pada hari ini. Kes-kes ini dijadikan contoh bagi menerangkan amalan, prinsip dan teknik mengurus konflik berdasarkan apa yang berlaku.

Gaya bahasa yang mudah, penerangan yang tidak kompleks, penggunaan bahasa Melayu baku memenuhi pegangan kami menulis buku ini kepada saudara iaitu, “Mengapa perlu menyusahkan orang lain jika mahu memberi penyelesaian masalah?”

Mengurus konflik untuk kekal berpengaruh dan disukai ramai

Konflik adalah normal dalam interaksi harian. Konflik mendorong manusia lebih kreatif bagi mencapai kata sepakat. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart merangsang daya fikir bagi mencipta jalan keluar. Individu yang dapat mengurus konflik menjadi lebih berpengaruh dan cenderung dihormati oleh rakan-rakan sekerja.

Cipta ruang selesa dalam urusan seharian

Mengurus konflik membantu individu mencipta ruang selesa apabila berurusan. Ini membantu meningkatkan produktiviti sebagai pekerja dan individu. Semakin mudah kita mengenalpasti dan mengendali konflik, semakin bermotivasi dan positif kita terhadap hidup.

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah pelaburan jangka masa panjang kepada pengurusan kerja di organisasi. Ia membantu para pembaca memilih pendekatan bagi membuka lebih ruang kepada anda bertindak dan mencipta keselesaan. Pada masa sama kita menerima penghargaan dan impak positif dari majikan, rakan sekerja dan individu di luar organisasi.

Semuanya kerana cara mengurus konflik yang memenangkan semua pihak.

Memahami konflik yang sebenar-benarnya mampu mengubah persepsi individu terhadap apa yang dikatakan sebagai konflik. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Leonard Rico 1964;

“ Sekiranya konflik tidak timbul, ia akan menyebabkan sesebuah organisasi berada dalam keadaan autokrasi, minda yang jumud dan stereotaip. Sebaliknya, dengan hadirnya konflik dalam sesebuah organisasi, ianya berpotensi menunjukkan demokrasi, mengiktiraf kepelbagaian dan pertumbuhan.”

Management from IslamicPerspective, Principles and Practice, Dr. Khaliq Ahmad

ZAMRI MOHAMAD
MOHD YAHYA FADZLI JUSOH


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .