Langkau ke kandungan utama

SMS Aidilfitri dari hati insan-insan yang ikhlas


Terima Kasih atas ucapan Aidilfitri dari malam raya sehinggalah hari ini. Terlalu banyak ucapan yang indah-indah yang dari daripada hati budi tuan dan puan yang tulus. Semoga Allah memberi kebahagiaan berpanjangan kepada semua dan dipertemukan kita di jannah Allah kelak. Saya kongsikan beberapa kiriman sms yang saya tahu bukan mudah untuk menulisnya. Masih ada beberapa lagi. Terima kasih semuanya.

Bunga mawar di Tanjung Ara,
Hendak dipetik indah berduri,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda Ingatan di Aidilfitri

Daripada Tuan Osman Affan dan keluarga

May your Eid ul fitri brings joy and nourishment to your life and may Allah bless you. Eid Mubarak

Daripada Cik Puan Shakiera

Terima Kasih
Dengan ingatan kasih mesra yang berkekalan
Selamat Aidilfitri , maaf zahir batin,
Moga Allah kurniakan keberkatan, rahmat dalam hidup kita.
Bertakwa dan beriman dengan penuk redha, Insya Allah. Salam takzim.

Daripada Cikgu Rejab, Puan Zuraidah dan keluarga

Walau langkah tidak bertemu
Tangan tidak berjabat
Ucap tidak didengar
Mata tidak bertatap
Tetapi izinkan hati mohon maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Daripada Tuan Mohd Ali Fadzil. Juga daripada Firdaus Tahir

Selamat Hari Raya Aidilfiri. Aku pun mahu minta maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap. Semoga persahabatan kita berkekalan. Bro always be bro.

Daripada Tuan Faizal Azhar

....Semoga segala kesilapan dimaafkan dan semoga tarbiah Ramadan membuahkan hasil kenikmatan pada Syawal mulia.

Daripada Tuan Mizie, isteri dan anak-anak

Biar renggang di fana dunia
Biar hina pada mata manusia
Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar pun berjurang pendidikan kita,
Biar pun hutang menimbun,
Jangan tergadai silaturahim antara kita.
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Daripada Tuan Wahyu Hidayat

Walau jauh bukan halangan
SMS dihantar tanda persahabatan
Kupohon maaf selama berkawan
Salam Aidilfitri tanda ingatan

Daripada Cik Puan Along 'Mentor Ulung'

God creates moon that we saw last night
That moon has been watching us each and every night
But it brings something special in one of those night
It is the night of Aidilfitri
And that night is tonight...the moon still watching

Daripada Tuan Engku Ikram

Health makes all things possible
Wealth makes all things work
and loves make all things sweet and beautiful
May you have all these three for Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Daripada Tuan Abdullah Bugis

Ikan bawal makan belalang
Lepas makan melantun-lantun
Syawal kini sudah menjelang
Salah dan silap harap diampun

Daripada Tuan Hadi Hamzah dan keluarga

...Semoga fitrah sukses bersama pada satu Syawal. Salam Eidulfitri

Daripada Tuan Haji Fadzli Yusof

...Semoga ikatan antara kita kekal dan sentiasa dirahmatinya kerana ia adalah satu nikmat yang tidak ternilai indahnya di dunia ini

Daripada Tuan Firdaus Hamsin

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah ada ketelanjuran kata.
Dalam gurau senda ada salah dan dosa.
Oleh itu, mohon diampuni segalanya.

Daripada Cik Puan Wawan Wilda dan Tuan Nizam

Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah.
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, lupakanlah.
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat.
Saya menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf
Salam Aidilfitri

Daripada Cik Puan Siti Nor Fadilah Salleh

Salam Eid,
Taqaballahuminna waminkum

Daripada Tuan Khairil Anuar Manshor

Buka hati terima cinta
Buka minda terima ilmu
Buka mesej terima ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf semua salah dan silap

Daripada Cik Puan Eida ex-Ansar MiTv

Ya Allah aku bermohon kepadamu
Agar mengurniakan limpahan kebaikan yang datang mendadak dan cahaya iman kepada semua pembaca SMS ini
Mereka adalah saudara yang amat aku kasihi dan sayangi.
Dan limpahkan kehidupan mereka dengan rezeki halal berpanjangan,
kesihatan yang sempurna dan sentiasa tenang dan sabar dengan setiap ketentuanmu
Amin.
Maaf zahir dan batin.

Daripada Shamsuddin Kadir sekeluarga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .