Langkau ke kandungan utama

Kisah cara bisnes Tuan Low Chee Seng.

Sahabat saya, Tuan Muhammad Syarafuddin Sulaiman berkesempatan berkunjung ke sebuah kedai percetakan kad di Plaza Idaman, Gombak. Kedai percetakan yang dikenali dengan nama Instaart Digi Gallery dimiliki oleh seorang peniaga berbangsa Cina bernama Tuan Low Chee Seng.

Ketika tiba ke kedai milik peniaga Cina ini, beliau sedang melayan seorang pelanggan lain, "Saudara mahu seberapa segera?"

"Hari ini," jawab Syarafuddin.

"Ada sebuah kedai di bawah. Ada sebuah lagi di tingkat satu lagi," beliau mencadangkan beberapa buah kedai dalam kompleks membeli belah yang sama.

Pada tengah hari itu, Tuan Syarafuddin pergi ke beberapa kedai percetakan kad di tingkat yang berbeza seperti dicadangkan oleh . Tetapi kedua-duanya tidak memuaskan hati beliau. Kad yang ingin dihasilkan hendak diperolehi segera sebelum program bicara buku. Beliau mahu mengedarkan kepada para pembaca pada hari itu.

Syarafuddin merayau-rayau sekitar kompleks, turun-naik eskalator. Kemudian peniaga yang sama menyapanya, "Tuan mahu hari inikah? Berapa cepat agaknya?"

"Bergantung kepada tuan. Berapa lama dapat disiapkan?" tanya Syarafuddin.

"Sudah ada fail digitalnya?" tanya Low semula.

"Ada."

"Saya lihat dahulu. Oh, jika begini, beri saya 45 minit," katanya selepas melihat fail digital yang diserahkan Syarafuddin kepadanya.

Syarafuddin bertanya, "Bukankah tadi ada pelanggan sebelum saya mahukan hari ini?"

"Ya, beliau mahukan hari ini. Tetapi tuan mahukan sekarang. Saya sediakan pesanan tuan terlebih dahulu."

Selesai dicetak, peniaga itu melihat kad dari hadapan, sisi kiri dan kanan, pandangan atas dan bawah. Syarafuddin hairan melihatnya. Bukankah orang membaca kad dari hadapan.

Cerita Syarafuddin ini mengingatkan saya kepada satu cerita yang disampaikan kepada saya lama dahulu. Kata si penyampai ini, kad bisnes yang diserahkan oleh pelanggan adalah kad yang gagal apabila saudara perlu menjelaskan apakah isi kad itu. Kad bisnes saudara juga gagal jika pelanggan bertanya apa yang dimaksudkan dengan teks pada kad itu.

Melihat kad bisnes dari pelbagai sudut oleh peniaga ini ada tujuannya. Khususnya jika ia mempunyai logo dan visual. Beliau mahu mempastikan logo ringkas dan grafik yang ada pada kad tersebut dapat dilihat dari pelbagai sudut. Beliau memahami satu perkara, kad bisnes adalah alat pemasaran pemiliknya. Maka ia perlu berfungsi sepenuhnya dari mana-mana arah sekali pun.

Kata Syarafuddin, fail digital yang dihasilkan oleh beliau mempunyai sedikit masalah. Desain yang dihasilkan tergantung. Tambahan lagi, Syarafuddin tidak membawa fail digital yang boleh diubah melainkan salinan akhir yang diberikan. Saiz fail digital itu sedikit lari daripada saiz kad sebenar jika dicetak. Desain yang diberi kecil sedikit dan jika dicetak ia seolah-olah tergantung.

Low mencadangkan agar ditambah sedikit agar desain yang dihasilkan seimbang.

"Bolehlah?" tanyanya mohon izin.

Kad yang dihasilkan hanya mengambil masa 25 minit berbanding 45 minit yang disebut sebelum ini. Peniaga ini sengaja memberi langkau masa bagi memudahkan beliau menguruskan pesanan pelanggan sekiranya berlaku hal-hal luar jangkaan seperti yang dilalui Syarafuddin.

"Jika abang mahu mahu hasilkan kad, abang pergilah ke sana. Kedainya di atas, tidak ada orang sangat. Kualiti kerjanya bagus," saran Syarafuddin.

Diam seketika, Syarafuddin menyambung, "Peniaga ini berbeza dengan dua kedai yang lain. Beliau siapkan kerja dahulu sehingga selesai dicetak barulah beliau bertanya saya bagaimana kerjaya sebagai penulis. Itu pun selepas baca pada kad. Kedai yang lain, kerja belum selesai sudah tanya itu dan ini."

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
8 Ikon Jutawan tempatan ditemuramah Irfan Khairi. Baca di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .