Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam alaikum wbt Untuk semua yang dikasihi Allah dicintai Nabi. Salam Aidilfitri daripada saya, mohon maaf sekiranya sepanjang ini saya ada terbuat salah dan silap kata dan perbuatan. Mari kita sama-sama doa-mendoakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat. Moga-moga Allah menghidupkan, menidurkan dan membangkitkan kita kembali bersama sebagai Muslim dan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Salam Aidilfitri ZAMRI MOHAMAD Nota: Eid ini mengingatkan kita kepada keluarga dan rakan-rakan yang kita sayangi yang telah pergi meninggalkan kita. Al Fatihah kepada mereka yang kita ingati

Ah-long dan Gangster berhari raya pada bulan syawal ini

Petang raya, dua orang lelaki masih lagi duduk di kaki lima berdekatan Pertama Complex. "Engkau tak balik kampungkah?" "Aku? Nanti dahululah, kerja belum selesai?' "Kau tak ada keluarga di kampungkah?" "Ada, orang tua aku." "Kau sudah kahwin?" "Aku bujang lagi." "Kau tak mahu balik kampungkah?" "Hei, aku di sini sedang cari orang tahu. Kalau aku tak dapat dia, aku belasah kau sampai jadi arwah." "Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?" Lelaki itu diam dan meninggalkan dia. Pagi raya, lelaki itu tiba di kampung. Dalam kepalanya masih terdengar-dengar ayat itu berulang kali, "Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?" Lelaki itu akhirnya beraya di kampung. Dia tidak dapat mencari orang yang sepatutunya di'selesai'kan. Mungkinkah pada minggu hadapan dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur

Puaka telaga buta pada malam Ramadan

Tidak beberapa hari lagi Aidilfitri akan disambut. Bagi sekumpulan kanak-kanak kampung, mercun adalah perkara wajib bagi memeriahkan hari-hari akhir ini. Sedangkan yang dipanggil makcik, pakcik, atuk dan nenek serta anak-anak belia lain pergi ke surau menunaikan ibadah terawih. Kumpulan kanak-kanak ini sibuk dengan mercun mereka tanpa mereka sedar jam sudah hampir sebelas malam. Ahli jemaah surau sudah pun selesai menunaikan sembahyang witir. Masing-masing turun dari tangga surau dan menuju ke rumah. Kumpulan kanak-kanak tadi masih leka menghidupkan sumbu mercun dan membalingnya sana-sini. Mereka bermain berhampiran dengan telaga buta. Kemudian salah seorang daripada mereka melihat kumpulan jemaah surau sedang menuju ke arah mereka. "Jom, buang mercun mereka sudah sampai," katanya kepada mereka yang masih terpinga-pinga, "Berikan kepadaku," katanya merampas semua mercun di tangan mereka. Cepat-cepat mercun dibuang ke dalam telaga buta di sebelahnya. Kanak-kanak itu

Selamat Tahun Baru Cina atau Salam Aidilfitri?

Tahun Baru Cina atau Aidilfitri? Menjadi perkara biasa di negeri Melaka Bandaranya Bersejarah ini apabila dikunjungi teman-teman pelbagai bangsa pada hari pertama Aidilfitri. Sehinggakan ia sudah kelihatan lebih kepada sambutan Tahun Baru Cina berbanding Aidilfitri di sini.Keadaan yang berbeza di sini dari segi sambutan dan penerimaan. Bak kata Tuan Ann Wan Seng (perkataan Tuan tidak digemarinya kerana bunyinya seperti kolonial), "Hanya di Melaka sahaja itik gantung masakan orang Cina dijual menjadi masakan halal di restoran orang Melayu Islam." Fanomena dakwah melalui budaya ziarah Aidilfitri membantu kita memberi sedikit gambaran kehidupan orang Islam melalui dakwah perbuatan. Keterbukaan dan penerimaan tanpa prejudis menjadi formula kepada hubungan kaum yang lebih baik. Kefahaman mereka terhadap kepercayaan dan cara hidup kita adalah usaha kita sendiri dengan membuka fikiran seluas-seluasnya, tidak bersikap prejudis dan bersangka baik. Sikap takut-takut mereka dan diam ter

Bob KU2, Jangan Tidur Lagi dan cerita realiti

Rancangan Jangan Tidur Lagi bukanlah siri wajib tonton yang saya ikuti di televisyen. Dua minggu lalu, Bob KU2 dijemput dalam rancangan ini. Dalam perbualan mereka mereka sepanjang sejam. Saya terkejut dengan keberanian Bob KU2, "Bro, kau kalau ada skrip hulur-hulurlah pada aku. Enam bulan aku tak ada job," katanya kepada Adlin. Penonton ketawa. Caranya bersahaja penuh humor memberi respon. Kemudian diulang sekali lagi apabila Adlin meminta beliau menyampaikan kata akhir, "Bro, kalau ada skrip janganlah lupa aku." Saya diam lama memikirkan keberanian Bob KU2 berkata-kata. Memikirkan inilah satu-satunya medium beliau menyampaikan hasrat hatinya untuk diberi peluang berlakon lagi sejak enam bulan tanpa apa-apa tawaran. Penonton ketawa dengan jenaka Bob KU2, saya juga ketawa. Adakah Bob KU2 dapat ketawa sepanjang enam bulan lalu sehingga Aidilfitri ini? Dia sedang bercerita mengenai realiti. Masih kita ketawa lagi? Nota: Kali terakhir bertemu Bob KU2 ketika beliau menj

Al Ghazali Moden berbicara mengenai karya Melayu di The Star

Para guru sukakan buku ini begitu juga remaja. Cuma mereka mahu kulit buku yang lebih segar dan ceria. Saya menggelarkan sahabat penulis ini sebagai Al Ghazali moden. Kerana ceritanya mengenai falsafah hidup dan agama adalah keindahan dalam karyanya berjudul Akademi Kehidupan dan Hidup Sebagai Sebuah Akademi. Kerana karyanya adalah karya untuk remaja yang mantap isinya dan mencerah pemikiran, saya mencadangkan bersungguh-sungguh nama beliau kepada editor PTS M, Cik Siti Nor Fadilah Salleh untuk membawanya bersama-sama dalam promosi buku Local Author di MPH. Itu adalah penampilan beliau pertama selepas hampir tiga tahun buku di pasaran. Saya percaya buku tulisannya dapat mengubah persepsi hidup manusia sebagaimana saya diubah melalui kata-kata dan bicara dalam bukunya. Saya optimis, jika diizinkan Allah buku ini dapat membawa nyawa dan harapan baru (Harapan baru?) kepada remaja bagi melihat hidup ini. Saya lebih gembira kerana berkat kesabaran beliau, akhbar The Sta r mengetengahkan b

Beraya pertama kali dengan anak-anak kampung 1993

Kali pertama saya beraya dengan budak-budak kampung adalah pada tahun 1993, dua tahun selepas saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Budak-budak kampung yang dimaksudkan adalah rakan sekelas di SMK Tinggi Melaka. Ketika itu kami di tingkatan tiga. Beberapa hari sebelum cuti bermula, masing-masing sudah berpakat untuk beraya ke salah sebuah rumah rakan kami. Dari rumah rakan kami bernama Yusran Omar, kami akan beraya di rumah-rumah lain termasuklah rumah saya. "Ibu, kawan-kawan akan datang ke rumah hari raya ini," kata saya dengan harapan adalah juadah untuk mereka ketika mereka datang menziarah. Kami berjanji berjumpa di stesyen bas awam di tengah-tengah bandar Melaka pada jam 10.30 pagi. Hari ini, stesyen bas awam telah berpindah ke Melaka Sentral. Kawasan itu kini dijadikan restoran sate. Ada lima orang semuanya. Salah seorang daripadanya rakan sekampung. "Kamu tahukah jalan ke rumah Yusran?" soal salah seorang daripada kami. Kata rakan saya, "Tahu, kata

Orang India adalah yang pertama mendarat di bulan

Rakan penulis bersama, Rahsia Bisnes Mamak iaitu saudara Muhammad Faisal Sharbuddin mengirimkan e-mel kepada saya. Dalam e-mel itu, beliau menulis, "Rahsia Bisnes Mamak, orang India adalah orang pertama yang mendarat di bulan. Gambar di atas adalah gambar pendaratan pertama manusia di bulan oleh angkasawan dari Amerika. Tetapi bayang-bayang di daratan bulan menimbulkan pertanyaan. Maka,saudara Muhammad Faisal Sharbuddin menjelaskan, "Satu dunia tahu mengenai peristiwa ini tetapi NASA hanya menyiarkan separuh daripada gambar terbabit. Kali ini lihatlah gambar penuh." Nota: Terima kasih kepada saudara Muhammad Faisal Sharbuddin. Bagi mereka yang belum pernah membaca buku yang pernah kontroversi sementara, klik Rahsia Bisnes Mamak di sini . Ia sudah masuk ulangcetak kedua. Dapatkan sekarang. Saudara masih ingat kopi Cap Kapal Api di kaca televisyen? Kelakar? Kali pertama saya melihatnya saya ketawa. Tetapi dari segi teori bisnes Mamak yang dahulunya menjadi imigran di Tan

Satu cerita di SRK Jalan Kuantan 1989-91 : Dedikasi kepada rakan-rakan dan juniorku

Apakah nostalgia kita ketika menyambut Eid pada zaman persekolahan? Ketika saya bersekolah di SRK Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, ada beberapa memori menarik. Saya kira ada yang masih diamalkan sehingga kini. Para pelajar sekolah akan dikumpulkan di gelanggang badminton dari darjah satu hingga darjah enam. Para pengawas mengedarkan salinan lagu Selamat Hari Raya kepada semua. Baik Melayu, Cina dan India akan menyanyikan lagu itu bersama-sama. Kertas salinan lirik itu menggunakan kertas warna coklat, kami namakan kertas gelek . Pengetua akan memberikan ucapan dan nasihat (yang cepat dilupakan kurang 24 jam). Tetapi nama mereka masih saya ingat, Mr Chandran dan Puan Kamariah. Nama Puan Kamariah mudah saya ingati kerana ia memudahkan saya menghafal hukum tajwid iaitu alif lam Qamariah apabila ustazah mengajar. Malah saya pernah tersesat di taman perumahan di Setapak dan sesat betul-betul di hadapan rumahnya. Maka saya dan sahabat saya bernama Lutfi paksa rela beraya di rumah Puan Kamariah y

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan berikan kekuatan, ketenangan pada hati ini

Sudah lama saya mengulang baca ayat ini untuk diri. Kali ini saya ulang kembali. Saya sukakan dua ayat ini. Ayat pujukan daripada Tuhan meredakan keresahan hati, doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Hiduplah dengan rasa bertuhan. Adakalanya senyap itu satu ujian kepada diri. Melihat kepada ketahanan diri dan menilai kembali dalam sesingkat umur yang ada berbaki. Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya. Ayat Al Baqarah 216 menyebut "...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. " Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahul

Nasihat penting daripada pakar kewangan sempena Hari Raya

Apabila kita membiayai sambutan Aidilfitri dengan berhutang, kita sebenarnya telah berbelanja di luar kemampuan Kita sebenarnya ingin ‘menunjuk-nunjuk’ kita sebenarnya telah dipengaruhi oleh nafsu kita sebenarnya ‘mungkin’ tidak mendapat kebaikan yang ada di bulan Ramadan, kita sebenarnya terlalu ego yang tidak boleh dipatahkan kita sebenarnya rabun kewangan, kita sebenarnya sedang diperalatkan kita sebenarnya akan dibebani dengan hutang piutang yang menghilangkan ketenangan Baca lagi di sini

Pandangan pengamal industri insuran mengenai Tip Karier Wanita Moden

Klik di sini untuk melayari laman web Tip Karier untuk Wanita Moden dalam pendedahan terbaru berhadapan dengan cabaran 40,000 potensi calon dunia kerja. Komentar Ahmad Azal Afarok, pemilik agensi pemasaran produk takaful dan pada masa yang sama trainer kepada bakal usahawan takaful berkenaan Tip Karier untuk Wanita Moden. "Salam, Tahniah, satu pembaharuan dalam tips kerjaya khas untuk wanita. Ini dapat meningkatkan dayasaing wanita dalam meningkatkan produktiviti negara." Klik di sini

Tip karier untuk wanita moden di Classified Malaysiakini

Tip Karier untuk Wanita Moden dalam classified Malaysikini (klik gambar) selepas tiga hari dilancarkan. Maklumat lanjut klik di sini

Tip Karier untuk Wanita Moden duduki kedudukan tiga teratas Google

Tip Karier untuk Wanita Moden duduki kedudukan tiga teratas carian Google bagi carian perkataan tip karier dan tip kerjaya selepas tiga hari dilancarkan. Maklumat lanjut klik di sini

Terima kasih kepada Penerbitan Mizan, Indonesia

Salah seorang penulis dalam Pakatan Penulis, Tuan Shamsuddin Kadir telah berjaya menempa nama di Indonesia apabila buku beliau dilesenkan ke Jakarta, Indonesia melalui Penerbitan Mizan. Buku beliau berjudul Hidup Tenang Walau Berutang diterbitkan semula dengan wajah baru. Sedang saya meneliti kulit buku tersebut, saya dapati nama saya juga dicetak pada kulit buku versi Indonesia sebagai trainer dan penulis Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dua kegembiraan dalam bulan puasa. Pertama buku rakan Pakatan Penulis kini di Indonesia (doakan saya ya Tuan Shamsuddin) dan kedua menumpang tuah sahabat saya ini. Terima kasih Penerbitan Mizan. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini Ingin mengetahui rahsia 8 ikon jutawan Malaysia? Klik di sini Anda seorang wanita? Satu bacaan wajib di sini. Klik di sini

Blog Tip Karier untuk Wanita Moden dilancar

Maklumat lanjut klik di sini

Tip Karier Untuk Wanita Moden

Pada tahun 2006, lebih 40,000 pelajar yang ditawarkan tempat pengajian bagi sesi akademik 2006 /2007 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara mula mendaftar diri. Tiga tahun selepas itu, mereka keluar dan mencari pekerjaan. Bagaimana meningkatkan potensi diterima oleh majikan ketika mana berhadapan dengan 40,000 graduan yang memohon pekerjaan yang sama? Maklumat lanjut. Klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak pada kaca mata Tuan Razzi Armansur

Ulasan Tuan Razzi Armansur Buku Rahsia Bisnes Mamak Kenal dengan Tan Sri SOK Ubaidullah? Beliau juga adalah pelopor bisnes mamak. Bisnes beliau ialah pelancongan dan perjalanan. Beliau menjadi multi-jutawan dengan menjalankan bisnes tersebut sejak berpuluh tahun dahulu. Yang membantu beliau menjadi jutawan adalah pelaburan tanah di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Suatu hari beliau berkata, "Penduduk bertambah sekali ganda setiap 30 tahun, tetapi tanah tak bertambah." Ubaidullah juga membuka rahsia bisnes beliau yang rasanya digunapakai oleh usahawan-usahawan mamak, "Mendalam bukan melebar." Klik di sini bagi ulasan sepenuhnya Buku Rahsia Bisnes Mamak kini menjadi milik anda! Klik

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Bengkel Managing & Resolving Conflict Conference Room Mahallah Ali Abi Talib International Islamic University Malaysia Sabtu, 13 September 2008 Jam 2.00 - 4.00 petang Jurulatih: Zamri Mohamad Catatan:  Mengurus Konflik Gaya Streetsmart tulisan Zamri Mohamad dan Mohd Yahya Fadzli Jusoh akan berada di pasaran Oktober ini. Sementara itu, miliki Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Klik

Bengkel Pengurusan Konflik

Bengkel Managing & Resolving Conflict Conference Room Mahallah Ali Abi Talib International Islamic University Malaysia Sabtu, 13 September 2008 Jam 2.00 - 4.00 petang Jurulatih: Zamri Mohamad Catatan: Mengurus Konflik Gaya Streetsmart tulisan Zamri Mohamad dan Mohd Yahya Fadzli Jusoh akan berada di pasaran Oktober ini.

Dedikasi kepada Fadzil Yusof

Beliau bermula sebagai sahabat kemudian menjadi guru saya. Menjadi rakan sebilik sepanjang pengajian kami di UIAM. Almarinya penuh dengan buku-buku puisi dan sastera. Novel dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu disusun elok dalam almari itu. Kiranya almari pakaian sudah tidak sesuai untuk disimpan baju dan seluar. Ia sudah menjadi almari buku. Pada waktu malam kami duduk bersama, beliau bercerita mengenai tokoh-tokoh sasterawan dalam dan luar negara. Bercerita mengenai karya, ideologi, falsafah hidup dan perjalanan mata pena mereka. Beliau menunjukkan karya-karya pemenang hadiah Nobel, Orhan Pamuk, Naguib Mahfouz, Gao Xingjian, V. S. Naipaul dan beberapa nama lagi sebagai tanda perkenalan. Beliau orang yang memperkenalkan saya kepada karya-karya lanjut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kegilaan berbelanja ke atas karya menjadi-jadi apabila semakin makin banyak toko buku kami temui. Beliau juga orang yang menjadi sahabat pertama yang menghadiahkan beberapa buku kesayangannya. Semuanya

Akan datang : Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Klik gambar untuk besarkan Moral: Sayangi bos kita. Doakan bos sepanjang Ramadan ini! Dapatkan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart sekarang!

Trailer laman web www.zamrimohamad.com

Assalam alaikum wbt, Sementara menyiapkan orang lidi bagi dilukis semula bagi keperluan buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart yang bakal muncul Oktober ini, satu video trailer promo www.zamrimohamad.com dihasilkan. Selamat menonton dan nantikan buku seterusnya,Mengurus Konflik Gaya Streetsmart.

E-mel daripada Cikgu Mohd Faizal Jamaludin

Cikgu Mohd Faizal Jamaludin  Daripada: Cikgu Mohd Faizal Jamaludin  Asalamualaikum, Saudara Zamri, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zamri kerana telah memberi kursus menulis buku yang amat berguna kepada saya. Mungkin saudara masih ingatkan saya cikgu faizal, bidor, perak yang mengikuti kursus menulis buku di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Saya sekarang mempunyai laman web sendiri dan saya sedang menulis mengenai panduan membina sebuah taman dalam proses. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih. Kursus itu amat berkesan mudah, dan jelas. Yang benar, Cikgu Mohd Faizal http://www.rahsiataman.com Daripada Zamri Mohamad : Respon Tuan memberi saya kekuatan untuk terus berkarya dan memberi khidmat kepada yang berminat dalam bidang penulisan. Sesiapa yang mahu mempelajari kaedah membina taman (mungkin Tuan dapat adakan kursus) dapatlah menghubungi beliau di rahsiataman@yahoo.com Oh saya ingin memaklumkan laman web Zamri Mohamad sudah melalui proses perubahan pada lam

Al Fatihah buat Pak Samad

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pejuang kemerdekaan dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 5.58 petang ini akibat jangkitan paru-paru. Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos lalu dan terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Beliau yang dilahirkan di Singapura pada 18 April 1924, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk penulis blog dan bekas wartawan, Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya, Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Segala panggilan telefon tidak dapat saya jawab

Assalam alaikum wbt Dimaklumkan Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah. Mohon maaf, segala panggilan ke telefon tidak dapat saya terima sehingga Eid ini. Telefon tersebut tidak di tangan saya untuk sementara waktu atas sebab-sebab personal. Saya 'berjauhan' dengan telefon bimbit untuk seketika. Sebarang perhubungan dapatlah menghubungi saya di zamrimohamad@gmail.com Salam hormat dan salam Ramadan.

MPH dan PTS berganding sambut merdeka

Cik Puan Farhana Yaacob adalah wartawan yang sangat mendukung perjuangan memandaikan bangsa melalui karya-karya bahasa Melayu. Melalui akhbar Sinar Harian, beliau membuat liputan dalam pelbagai aktiviti komuniti setempat. Kali ini beliau membuat liputan mengenai program bicara buku beberapa rangkaian kedai buku MPH yang melibatkan beberapa penulis tempatan. Liputan kali ini menarik apabila dalam banyak-banyak gambar, gambar Tuan Imran Yusof bersama anaknya dipilih untuk dimuatkan dalam berita ini. Tuan Imran Yusof adalah penulis Tip-tip Poligami. Apabila saya perkenalkan beliau kepada abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya mendepangkan tangan kanannya menutup mata abang saya sambil berkata, "Jom abang." Tetapi itu gurauan sahaja. Buku kedua beliau berjudul Meredah Samudera sangat relevan dengan isu yang timbul sejak seminggu dua ini. Kisah lanun yang menawan kapal milik negara di perairan Somalia merupakan salah satu cabaran kerjaya maritim. Semoga Allah memberi pertolon

Kisah cara bisnes Tuan Low Chee Seng.

Sahabat saya, Tuan Muhammad Syarafuddin Sulaiman berkesempatan berkunjung ke sebuah kedai percetakan kad di Plaza Idaman, Gombak. Kedai percetakan yang dikenali dengan nama Instaart Digi Gallery dimiliki oleh seorang peniaga berbangsa Cina bernama Tuan Low Chee Seng. Ketika tiba ke kedai milik peniaga Cina ini, beliau sedang melayan seorang pelanggan lain, "Saudara mahu seberapa segera?" "Hari ini," jawab Syarafuddin. "Ada sebuah kedai di bawah. Ada sebuah lagi di tingkat satu lagi," beliau mencadangkan beberapa buah kedai dalam kompleks membeli belah yang sama. Pada tengah hari itu, Tuan Syarafuddin pergi ke beberapa kedai percetakan kad di tingkat yang berbeza seperti dicadangkan oleh . Tetapi kedua-duanya tidak memuaskan hati beliau. Kad yang ingin dihasilkan hendak diperolehi segera sebelum program bicara buku. Beliau mahu mengedarkan kepada para pembaca pada hari itu. Syarafuddin merayau-rayau sekitar kompleks, turun-naik eskalator. Kemudian peniaga y

Latah Psikologi atau Kritikan?

Dapatkan majalah Dewan Bahasa bulan September 2008. Saya menulis artikel bertajuk Latah Psikologi atau Kritikan? Saudara akan mengetahui apakah latah dalam dunia politk tempatan. Selain itu, terdapat rencana-rencana lain yang menarik. Kandungan Dewan Bahasa September 2008 PUISI BAHASA 4 Permainan Bahasa – Zahari Hasib BICARA BAHASA 5 Kuasa Magis Bahasa – Ritah Yahaya AGENDA BAHASA 6 Ekolalia dan Koprolalia dalam Latah – Hasan Baseri Budiman 9 Latah: Penyakit Bahasa – Munif Zarirruddin Fikri Nordin 12 Latah: Bahasa dan Hiburan yang Unik – Mohd. Ali Salim 14 Latah: Budaya Berbahasa yang Unik – Mohamad Sofee Razak 16 Latah di Sebalik Semantik dan Psikologi – Azizul Ismail 18 Latah daripada Nahu kepada Wacana – Indirawati Zahid 20 Pelatah Peduli Akan Bahasa? – Puteri Roslina Abdul Wahid 22 Pelatah dan Pengusik Tuah Mulut Berpatut-patut – Raja Masittah Raja Ariffin 24 Latah Psikologi atau Kritikan? – Zamri Mohamad 27 SAYA DAN BAHASA BAHASA DAN PEMBELAJARAN 28 Gangguan Semantik Kata Pinjaman