Langkau ke kandungan utama

Jika mereka gembira bekerja di bawah saya, produk akhir lebih dari apa diharapkan


"Ramai orang tidak menjadi manusia dalam kerja," kata Tuan Mazidul.

Apa maksudnya tidak menjadi manusia?

Sambungnya, "Ramai yang bekerja berasa tidak gembira dengan kerja mereka. Maka mereka tidak menjadi manusia (gembira).

Tuan Mazidul Akmal Sidik merupakan Ketua Hal Ehwal Semasa, Jabatan Majalah, Famili dan Dokumentari. Beliau bertindak sebagai penerbit, rancangan 999, penulis skrip, wartawan dan pengacara bagi rancangan 360 yang bersiaran setiap hari Rabu jam 9.00 malam.

Katanya, "Apabila kita tidak berminat, maka hilanglah keseronokan. Ciri-ciri orang yang berminat dengan kerjanya mudah sahaja."

Pertama
Tidak mengeluh apabila diminta melakukan sesuatu.

Kedua
Ilmu yang diperolehi semakin bertambah apabila pekerja semakin berminat dengan tugasan itu.

Ketiga
Apabila pekerja berasa dia tidak cukup pengetahuan, beliau akan berinisiatif mencari sendiri.

Keempat
Berbeza dengan orang yang tidak berminat dengan kerjanya, apabila berasa dirinya tahu, dia akan kekal begitu. Apabila diminta melakukan sesuatu, dia akan melakukan ala kadar sahaja.

Kongsi Tuan Mazidul, "Saya melihat apabila ada wartawan muda diminta memenuhi tugasan menyelidik sesuatu isu, sikap wartawan yang mempunyai minat berbeza. Beliau akan pergi bertanya rakan-rakan wartawan lain dan terus ke tempat-tempat yang berkaitan. Wartawan yang berasa dia sudah tahu dan pandai hanya akan mengangkat ganggang telefon bagi mencari maklumat."

"Saya lebih suka bekerja dan memilih pekerja yang ada minat berbanding yang lebih pandai tetapi minatnya ala kadar sahaja," sambungnya.

Bagi Tuan Mazidul, beliau mahu orang senang hati bekerja dengannya. Bagi memastikan tim gembira bekerja di bawahnya, beliau akan memastikan tugasnya akan mempermudahkan anak buahnya.

Kongsinya, "Anak buah saya ada yang balik ke studio tengah malam dan awal pagi. Selepas menulis skrip mereka akan mengemel kepada saya. Adakalanya jam 2 pagi saya dihubungi. Maka pada jam 2 pagi saya akan bangun dan menyemak kerja mereka. Kemudian ia akan diemelkan semula pada hari yang sama meskipun saya ada pilihan menge-melnya pada hari esok."

Beliau tidak cenderung menangguhkan kerjanya meskipun layak berbuat demikian. Bagi beliau lebih cepat dapat diselesaikan, maka lebih memudahkan kerja anak-anak buahnya dalam jabatan. Ini akan mempercepatkan kerja memasukkan skrip bagi keperluan video dan seumpamanya.

"Jika anak-anak buah kita gembira bekerja dengan kita, percayalah produktiviti mereka lebih tinggi berbanding apa yang kita harapkan. Orang yang gembira akan bekerja sepenuh hati," tambah Tuan Mazidul yang sudah 13 tahun bersama TV3.

Kredibiliti seseorang juga bergerak selari dengan umurnya, "Semakin saudara berumur dan terus fokus dengan apa yang saudara lakukan, kredibiliti saudara dalam bidang saudara akan meningkat."


Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .