Langkau ke kandungan utama

Bisnes Mamak buka peluang orang lain belajar bisnes



Restoran India Muslim juga memberi peluang kepada bisnes-bisnes lain beroperasi di kawasan sekitar premis. Pelanggan melihat restoran India Muslim sebagai bisnes mesra perniagaan lain. Ada premis yang tidak mengecaj apa-apa kadar sewa.

Selagi mana bisnes itu bukan bisnes yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh restoran India Muslim, selagi itu bisnes alternatif akan beroperasi.

Ini melibatkan bisnes bersifat mobil (bergerak) seperti perniagaan burger jalanan, perniagaan baju, pakaian dan kasut secara longgok (bundle), penjual bunga, pengedar kad tambah nilai telefon dan penjual telefon.

Kesempatan ini juga digunakan oleh penjual cakera video filem dan muzik.

Pelanggan-pelanggan perniagaan sekitar ini secara langsung memberi peluang kepada peniaga India Muslim menarik pelanggan-pelanggan bisnes sekitar ke premis mereka.

Petikan Rahsia Bisnes Mamak. Klik di sini

Petikan Kosmo 15 Mei 2008


Praktikal di kedai mamak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Menjalani latihan praktikal di kedai mamak?
Mungkin ramai pelajar yang tidak berminat namun bagi Low Heng Huat, 23, peluang menjalani latihan praktikal di Restoran Al-Mashur Cawangan Serampang, di sini selama dua bulan diibaratkan 'bagai bulan jatuh ke riba'.

Heng Huat, penuntut semester enam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ini berkata, dia begitu teruja untuk menjalani latihan praktikal di restoran berkenaan meskipun majoriti rakan-rakannya lebih banyak menjalani latihan di restoran-restoran eksklusif dan hotel-hotel mewah.

Ini kerana menurutnya, pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan berkenaan begitu istimewa dan sukar diperolehi di tempat-tempat lain.

"Bukan senang untuk belajar menebar roti canai sebenarnya, selain berhadapan dengan pelanggan pelbagai kaum.

"Saya telah lama tertarik dan simpan hasrat untuk bekerja di kedai mamak, dan peluang ini tak akan saya lepaskan dan pada saya ia bagaikan 'bulan jatuh ke riba'," ujarnya kepada Kosmo!.

Menurut Heng Huat, dia tidak berasa janggal meskipun merupakan satu-satunya pekerja berbangsa Cina di restoran berkenaan kerana ramai 'senior' yang baik hati serta banyak membantunya.

Heng Huat telah memulakan latihan di restoran berkenaan sejak awal bulan lalu sehingga 28 Jun depan dan dipantau oleh penyelia restoran berkenaan, Jamaludin Ibrahim.

Dalam pada itu, Jamaludin ketika ditemui berkata, Heng Huat yang merupakan pelajar pertama diambil pihaknya menjalani latihan praktikal dilihat begitu berdedikasi, mudah memahami arahan serta rajin.

"Saya harap Heng Huat akan mendapat penilaian yang baik dalam latihan praktikal ini bagi membantunya mendapatkan segulung ijazah," ujarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...