Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Penulisan berkualiti tinggi ejen pembinaan bangsa

Penulisan berkualiti tinggi ejen pembinaan bangsa Siaran Berita Harian, Jumaat 30 Mei 2008 BUKU berkualiti adalah satu bentuk persiapan minda kepada pembaca apabila input ilmu dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses membaca. Didapati, potensi individu berkembang apabila penguasaan ilmu dapat dilakukan lebih cepat kerana buku yang ditulis dan dibaca di rumah menjadi prapersediaan kepada bahan bacaan lebih kompleks. Daya penerimaan lebih cepat meningkat kerana struktur bahasa yang dibentuk akan melalui proses pengukuhan kesan daripada pengulangan corak yang sama. Satu kajian yang diketengahkan pakar sosiologi dan linguistik British, Basil Bernstein, mendapati kanak-kanak kelas menengah atas lebih mudah belajar di sekolah berbanding kanak-kanak kelas menengah rendah. Kajian Basil menunjukkan kanak-kanak menengah atas yang didedahkan dengan bahan bacaan dan budaya bertutur dengan bahasa tinggi berbanding kanak-kanak menengah rendah yang terdedah ke

Selama 30 tahun buku ini mengubah kedudukan karier wanita

Dapatkah sebuah buku mengubah manusia? Di Malaysia kita tidak mempunyai kajian yang khusus mengenai fanomena ini. Tetapi terdapat satu kepercayaan yang kuat bahawa buku yang baik dapat mengubah tingkah laku dan cara manusia berfikir. Salah satu contoh yang disiarkan di media adalah kisah novel Laskar Pelangi yang begitu berpengaruh sehinggakan menjadikan seorang penagih bertaubat dan tidak mahu mengambil dadah lagi. Contoh klasik lain adalah fanomena buku tulisan Napoleon Hill. Buku beliau adalah antara buku yang disebut-sebut dalam kebanyakkan buku motivasi moden. Salah seorang yang dipengaruhi oleh buku Think and Grow Rich karangan Napoleon adalah Billy PS Lim yang menulis buku Dare to Fail. Ketika ini saya mencuba-cuba membeli majalah luar negara. Antaranya, majalah Success, Small Business dan Conde Nast Portfolio. Biasanya, saya beli bagi menambah rujukan kes bagi buku-buku tulisan terbaru. Tambahan lagi siri buku pengurusan moden Streetsmart memerlukan pelbagai bentuk kajian kes.

Apa kata Tun Dr Mahathir di Pesta Buku Popular 2008

Dr Mahathir Mohamad: The Racist Card Ini adalah tahun kedua saya terlibat dalam pesta buku anjuran Popular. Dikenali dengan nama Popular Bookfest, tahun ini saya terlibat sebagai pengunjung dan melihat beberapa perubahan pada pesta buku kali ini. Pertama, jumlah judul dalam bahasa Melayu bertambah dan ruang pameran yang diberikan juga ditambah. Buku Rahsia Bisnes Mamak membuat penampilan sulungnya di Popular Bookfest pada tahun ini. Rangkaian kedai buku milik perniagaan berbangsa Cina mempunyai sikap optimis terhadap buku-buku dalam bahasa Melayu kesan daripada permintaan dan jumlah jualan yang bertambah tahun ke tahun. Sayang sekali, perkara ini tidak didedahkan secara positif dalam ulasan hos-hos di kaca televisyen. Kedua, promosi buku-buku Melayu dan para penulis mengalami perubahan drastik. Kain rentang atau banner gergasi yang digantung pada dinding dan siling bangunan mempamerkan buku-buku dalam bahasa Melayu. Ketiga, terdapat dua pentas berbanding satu pada tahun lalu. Pentas ke

Tuan Heng, kartun dan Pesta Buku Popular

Beliau hanya mahu dikenali sebagai Tuan Heng. Sepanjang perbualan saya, saudara Roslan dan Tuan Heng, perwatakan beliau amat jujur sekali. Tuan Heng menjawab soalan-soalan kami dan pada sama beliau juga bertanya berkenaan senario penerbitan komik dan buku Melayu. Nama Dato' Lat menjadi salah satu nama yang diingatinya. Tuan Heng berkongsi cerita. Beliau mula bergiat secara aktif dalam dunia kartun sepuluh tahun lalu. Pada tahun 2003, beliau mula menerbitkan komik sendiri. Sehingga tahun 2008, Tuan Heng telah menerbitkan 18 buah komik. Malah di tapak Popular Bookfest, Tuan Heng satu-satunya kartunis yang membuka gerai jualan beliau. Setakat ini, Singapura adalah salah satu negara yang menerima masuk buku-bukunya. Penciptaan watak kartun yang unik menjadi nama kepada siri komik terbitan Tuan Heng. Tuan Heng menggambarkan siri komik dalam bahasa cina itu sebagai siri komik yang 'gila-gila' mengenai dunia sekolah. Beliau juga mengagumi komik Sin Chan. Ingin terbit buku impian s

TAMRIN bakal tapis, PhD palsu, Phd sahih, motivator tulen dan motivator yang diragui

Petikan Universiti PTS Salah satu fungsi TAMRIN adalah menjaga kepentingan orang ramai daripada menjadi mangsa penyamaran: 1. Mereka yang menyamar sebagai ‘pakar motivasi’. 2. Mereka yang menyamar sebagai pemegang ‘PhD’ dan meletakkan gelar ‘Dr.’ di depan nama mereka. 3. Mereka yang menyamar sebagai ‘profesor’. 4. Mereka yang menyamar sebagai ‘Prof. Dr.’. Demi menjaga kepentingan orang ramai supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan penyamar-penyamar itu, dan disebabkan fenomena ‘pakar Ayam’, ‘PhD Ayam’ dan ‘profesor Ayam’ sekarang ini semakin menjadi-jadi, PTS sudah mengambil langkah ketat menyemak latar belakang akademik penulis-penulisnya, terutama penulis yang baru hendak menerbitkan karya mereka dengan PTS. Kita tidak mahu berlaku apa yang disebut ‘logik langsat sebakul’ berlaku ke atas penulis-penulis PTS. Logik langsat-sebakul ini disebut dengan istilah formalnya ‘falasi generalisasi’. Logik langsat-sebakul menerangkan tingkah laku di mana apabila seseorang itu memakan langsat

Rahsia Bisnes Mamak di Pesta Buku Popular, Kuala Lumpur Convention Centre

Buku Rahsia Bisnes Mamak boleh didapati di Pesta Buku Popular dengan potongan 20%. Kunjungi Kuala Lumpur Convention Centre hari ini!

Buku motivasi terlaris dibuang ke dalam tong sampah

Saya berkesempatan membaca majalah Success yang sudah berusia melebihi 100 tahun di pasaran Amerika. Dalam salah satu artikel yang ditulis, saya tertarik dengan sebuah artikel yang menceritakan perkembangan dunia motivasi, bantu diri dan buku pengurusan hidup secara positif di Amerika. Salah satu cerita yang disampaikan ialah mengenai kisah buku terlaris antarabangsa, The Power of Positive Thnking. Buku ini ditulis pada tahun 1952 oleh individu bernama Norman Vincent Peale. Tahukah saudara berapakah jumlah naskhah buku motivasi ini dijual sejak ia diterbitkan sehingga ke hari ini? Ia sudah terjual melebihi 20 juta naskah dan diterjemah dalam 41 bahasa. Tahukah saudara bagaimana buku ini dihasilkan? Sebenarnya penulis ini tidak berpuas hati dengan draf akhir buku yang ditulisnya sendiri. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah membuang draf akhir buku yang ditulisnya ke dalam tong sampah. Ya, buku yang terjual jutaan naskhah seluruh dunia hari ini mendapat layanan sebegitu daripada penuli

Bahasa Melayu Rendah memerangkap pembaca kekal dalam kumpulan sosial rendah

Buku yang berkualiti merupakan satu bentuk persiapan minda kepada pembaca apabila input ilmu dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses membaca. Didapati, potensi individu berkembang apabila penguasaan ilmu dapat dilakukan lebih cepat kerana buku-buku yang ditulis dan dibaca dari rumah menjadi pra persediaan kepada bahan bacaan lebih kompleks. Daya penerimaan lebih cepat meningkat kerana struktur bahasa yang dibentuk akan melalui proses pengukuhan kesan daripada pengulangan corak yang sama. Dalam satu kajian yang diketengahkan oleh pakar sosiologi dan linguistik British bernama Basil Bernstein, didapati kanak-kanak kelas menengah atas lebih mudah belajar di sekolah berbanding kanak-kanak kelas menengah rendah. Kajian Basil mendapati, kanak-kanak menengah atas telah didedahkan dengan bahan bacaan dan budaya bertutur dengan bahasa tinggi berbanding kanak-kanak menengah rendah yang terdedah kepada corak bahasa tempatan yang menggunakan laras bahas

Penulis Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas di RTM 23 Mei 2008

Zamri Mohamad akan berada di RTM1 bagi rancangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 jam 8.30 pagi pada 23 Mei 2008.

Ceramah Buku 'Bisnes, Minda dan Kewangan' di Mahkota Parade Melaka pada 5 dan 7 Jun 2008

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd bakal menyambut ulangtahun ke 60 bermula pada Jun 2008. Bagi menyokong usaha membudayakan ilmu dan buku tempatan, sebagai salah satu acara yang bakal berlangsung sepanjang ulang tahun ini ialah program ceramah melibatkan penulis-penulis tempatan. Kumpulan penulis tempatan dalam bidang bisnes, minda dan kewangan akan berada di Melaka bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan bidang mereka masing-masing. Ia juga dianggap mini seminar kepada para pengunjung bagi mengetahui secara langsung mengenai ketiga-tiga subjek ini. Program melibatkan para penulis yang pertama kali diadakan di Melaka ini memberi pendedahan awal kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, wakil persatuan, belia dan mereka yang berminat dalam bisnes, pengurusan minda dan pengurusan kewangan. Berikut merupakan jadual aturcara, lokasi dan ceramah yang bakal disampaikan oleh para penulis berikut. Penceramah : Tuan Amar

Mamak dan mamak saling dukung-mendukung dalam dunia bisnes

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Petikan Universiti PTS http://universitipts.com/index.php/site/comments/mamak_rekomen_mamak/ Memang amat susah bagi kedai-kedai buku hendak mendapatkan standing-order daripada penerbit. Hendak membuka akaun bisnes pun susah, inikan pula hendak mendapat standing-order. Kedai-kedai buku yang mempunyai standing-order dengan pener

Mamak dari Malaysia ke Sydney, Australia

Maksud perkataan Mamak telah diasimilasikan dengan budaya tempatan. Perkataan Mamak merujuk kepada konsep operasi perniagaan secara terbuka ala al fresco yang didominasi oleh India Muslim. Al Fresco bermaksud operasi perniagan secara terbuka. Dalam dunia bisnes restoran, perkataan Mamak juga digunakan sebagai gambaran maksud budaya makan di luar secara terbuka pada waktu malam. Perkataan Mamak menjadi jenama perniagaan yang dikenali. Ia memberi satu alternatif baru dalam dunia perniagaan kecil, sederhana dan besar dalam negara. Mamak bukan sekadar panggilan hormat, ia menjadi istilah bisnes yang diketahui ramai. Perkataan Mamak menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa tempatan. Apabila seseorang bercadang mempelawa rakan minum teh atau makan di restoran India Muslim. Dialog yang digunakan ialah, “Jom Mamak!” Ini menunjukkan perkataan Mamak adalah jenama perniagaan yang diberikan oleh pelanggan. Sekiranya kita kenal jenama perniagaan antarabangsa seperti McDonald, Kentucky Fried Chi

Bisnes Mamak buka peluang orang lain belajar bisnes

Restoran India Muslim juga memberi peluang kepada bisnes-bisnes lain beroperasi di kawasan sekitar premis. Pelanggan melihat restoran India Muslim sebagai bisnes mesra perniagaan lain. Ada premis yang tidak mengecaj apa-apa kadar sewa. Selagi mana bisnes itu bukan bisnes yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh restoran India Muslim, selagi itu bisnes alternatif akan beroperasi. Ini melibatkan bisnes bersifat mobil (bergerak) seperti perniagaan burger jalanan, perniagaan baju, pakaian dan kasut secara longgok (bundle), penjual bunga, pengedar kad tambah nilai telefon dan penjual telefon. Kesempatan ini juga digunakan oleh penjual cakera video filem dan muzik. Pelanggan-pelanggan perniagaan sekitar ini secara langsung memberi peluang kepada peniaga India Muslim menarik pelanggan-pelanggan bisnes sekitar ke premis mereka. Petikan Rahsia Bisnes Mamak. Klik di sini Petikan Kosmo 15 Mei 2008 Praktikal di kedai mamak Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my JOHOR BAHRU

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008

Ulasan buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008 ( klik di sini ) Sehari sebuah buku BUKU ini menjawab dilema para penulis dan pensyarah yang menghadapi kesukaran menerbitkan buku mereka melalui penerbit komersial sedia adalah dengan menerbit buku sendiri. Satu-satunya naskhah bercetak tempatan yang secara sengaja tidak dipamerkan di kedai-kedai melainkan hanya melalui edaran di internet. Buku ini membincangkan secara lengkap dari proses menulis, memilih reka bentuk dan grafik, menentukan harga, mencetak sehinggalah promosi dan pemasaran buku. Adunan pengalaman menerbitkan 250 judul buku sepanjang enam tahun termasuklah buku terlaris nasional serta di Indonesia iaitu Rahsia Bisnes Orang Cina karangan Ann Wan Seng yang dibaca hampir 70,000 orang, menjadikan penulis berautoriti mengetengahkan kaedah praktikal kepada orang ramai. Judul: Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku Penulis: Nazrul Samsudin Penerbit: MNS Infobiz Consultancy ISBN: 978-9

Jurulatih Perancangan Kewangan Shamsuddin Kadir bersedia ke organisasi saudara

Sekitar tiga hari lalu, saya menyediakan profail khidmat jururunding, latihan Mind Resources yang dimiliki oleh penulis PTS (klik pada gambar di atas), Tuan Shamsuddin Kadir. Penulis Hidup Tenang Walau Berhutang, Makan Gaji Tapi Kaya dan Kaya Dengan Rumah ini akan menjadi jurulatih dan perunding sepenuh masa bermula Jun 2008. Sedikit maklumat perkhidmatan yang disediakan, program Dimensi Diri adalah antara program yang disesuaikan mengikut keperluan organisasi. Bagi program latihan di organisasi (kewangan, pengurusan kumpulan kerja dan seumpamanya) dan ingin mendapatkan profail Mind Resources, dapatlah menghubungi beliau di http://www.shamsuddinkadir.com/ Ia terbuka kepada mana-mana korporat, entiti perniagaan, organisasi, institusi pendidikan, pertubuhan, jabatan kerajaan dan jabatan swasta. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Tarikh Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur 2009 sudah diuar-uarkan

Apakah mesej di sebalik entri-entri ini? Petikan blog Tuan Arief Hakim Ini ialah tarikh untuk pesta buku jika kita masih kekal di PWTC untuk tahun 2009. Jika kita berpindah ke tempat lain, maka tarikh itu boleh berubah mengikut kelapangan tempat baru itu. Petikan blog Tuan Fauzul Na'im Ishak Berdasarkan maklumat daripada mesyuarat Post Mortem Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur 2008, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bakal diadakan pada 17 hingga 26 hb. April 2009. Ini jika diambil kira tempat yang sama iaitu di PWTC. Satu perkara yang menarik adalah catatan tidak rasmi yang diperoleh bagi bilangan pengunjung pada PBAKL 2008 iaitu 2.28 juta. Namun begitu InsyaAllah catatan rasmi akan dimaklumkan kepada semua. Tahniah kepada JK Pengelola PBAKL 2008 di atas kejayaan ini. Sudut pandang saya. Masing-masing mempunyai tafsiran sendiri. Tetapi bagi saya ia adalah pemberitahuan kepada penulis menyegerakan menyiapkan manuskrip-manuskrip mereka, penulis berfikir apakah bentuk pemasara

Saya cabar semua penulis untuk hasilkan biasa menjadi luar biasa

Kita mahukan karya yang bercerita perkara biasa pada keadaan yang luar biasa. Tidak semestinya karya luar biasa sahaja. Susahlah begitu, tidak susah selagi mana penulis mahu datang kepada pihak kami untuk melihat bagaimana menjadikan karya mereka luar biasa. Ini adalah cabaran kepada semua pengarang. Saya cabar semua penulis untuk bersama PTS Millennia menghasilkan karya yang luar biasa ini. Mari bertemu PTS Millennia, kita sama-sama melihat bagaimana menghasilkan karya yang luar biasa ini. Klik di sini

Terima kasih atas sokongan kepada buku Magnet Cinta

Memahami Bahasa Cinta Lelaki akan diulang cetak untuk anda Hari ini saya menerima senyuman daripada seorang pembaca bernama cik Sue Samad di rangkaian Friendster. Bersama-sama senyuman, pembaca yang berwajah manis dari Cheras ini bertanyakan soalan. "Assalamualaikum, Saya sudah membaca Magnet Cinta memang menarik buku motivasi itu. Tetapi masalahnya saya cuba mencari buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki . Tidak ada pula di MPH. Selain daripada MPH, di kedai buku mana lagi ya? Tahniah kepada Encik Zamri. " Respon saya Waalaikum salam wbt Cik Sue yang dihormati dan dirahmati Allah, terima kasih kerana kepercayaan dan sokongan membaca buku Magnet Cinta . Sokongan cik tidak akan saya lupa. Insya Allah. Berkenaan buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, sememangnya sudah tidak ada di kedai buku dan sedang diulang cetak. Mungkin cik Sue dapat mencarinya di Kedai buku Popular Meskipun begitu ia boleh didapati secara online di sini Segala kritikan dan cadangan cik Sue dinanti-nantikan. Mu

Internet bawah kubah

Pada tahun 2000, saya dan rakan-rakan selalu ke mari. Apabila hampir tarikh peperiksaan, makin rancak kami ke sana bertafakur di perpustakaan masjid negeri. Tambahan lagi ada juga pengguna bukan Islam berbangsa Cina dan India menggunakan perkhidmatan perpustakaan dalam masjid setinggi dua tingkat. Hari ini dan beberapa minggu lalu saya ke mari lagi. Lama juga memerhati. Beberapa kali saya ke mari dan hari ini baru saya sedar ada maklumat baru yang terlepas pandang. Selain daripada perpustakaan, pejabat dan kini muzium al Quran, Masjid Negeri Al Azim mempunyai perkhidmatan terbaru kepada para jemaah. Ditambah lagi dengan kelas harian yang pelbagai dan risalah mingguan Jumaat yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi yang enak dibaca dan difahami, terdapat satu lagi perkhidmatan baru di sediakan. Khidmat internet tanpa wayar percuma. Disediakan oleh kerajaan Negeri Melaka yang bercita-cita menjadikan negeri ini negeri digital. Setakat ini saya masih belum melihat sesiapa menggunakan komputer

Sokongan anda semua menjadikan buku-buku ini bertahan di Alamanda Putrajaya

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Terima kepada saudara pembaca blog ini dan pembaca buku-buku saya. Ini adalah kedudukan buku bestseller di MPH Alamanda pada April 2008. Sokongan saudara, tuan dan puan amat dihargai dan diingati. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Laporan diambil di sini ZAMRI MOHAMAD Penulis Bebas

Pemenang buku Rahsia Bisnes Mamak diketahui hari ini

Tuan Amir Azmi Mohd Nordin telah dipilih bagi mendapat hadiah buku percuma bersama pembelian buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku bagi cabutan bulan Mei 2008. Lawati blog beliau Cabutan Jun 2008 dibuka sekarang. Pembeli bertuah akan dipilih melalui cabutan bagi memenangi sebuah buku bernilai RM27.00 yang telah diulang cetak sejak 2006. Hanya pembeli Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku akan dimaklumkan tajuk buku hadiah tersebut. Klik di sini

Lihat kanan, turun bawah dan simpan yang relevan

Salah satu kaedah bagi penulis bebas mudah mendapatkan bahan untuk penulisan adalah dengan menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Blogspot. Kaedah ini sesuai bagi kedua-dua penulis fiksyen dan nonfiksyen bagi mendapatkan maklumat berbentuk fakta. Cuba lihat di sebelah kanan blog ini dan cari ruangan Berita Sana Sini. Ia adalah enji pencari berita yang disediakan oleh Google bagi pengguna Blogspot. Saya pertama kali melihatnya ketika melayari blog Tun Mahathir di http://www.chedet.com/ Apakah fungsi aplikasi ini? Aplikasi ini akan meminta pengguna menyenaraikan semua kata kunci berkaitan yang ingin dicari saudara. Aplikasi ini kemudian akan menyenaraikan berita-berita terkini berkaitan kata kunci yang diberi. Seperti gambar diatas, kata kunci yang saya senaraikan dan klik adalah perkataan Mamak . Semua berita mengenai Mamak disenaraikan. Saya simpan dan rekod dalam fail peribadi. Pada masa akan datang saya akan gunakan bagi edisi kemaskini Rahsia Bisnes Mamak apabila diizinkan Alla

Dua majalah tiga artikel

Salam alaikum rakan-rakan dihormati dan dirahmati Allah, Majalah Dewan Bahasa bulan ini menyiarkan dua artikel saya bertajuk Tulisan dari Tembok Besi (halaman 6) dan Komunikasi di Sebalik Tembok (halaman 12) Manakala dalam ruangan Bingkisan, Millenia Muslim keluaran Mei, tulisan saya bertajuk Demokrasi Bersuara dan Demokrasi Memilih, Dilema Membuat Keputusan (halaman 6) Dapatkan kedua-dua majalah keluaran Mei 2008 di pasaran. Cabutan bertuah Mei untuk buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri telah diketahui. Cabutan bertuah bagi pembeli Jun 2008 dibuka bermula hari ini. Sebuah buku yang diulang cetak sejak 2006. Tajuk adalah rahsia. Hanya pembeli Buat Duit Dengan Terbit Sendiri akan dimaklumkan. Klik di sini

Iron Man, Kisah orang putih yang bertaubat.

Seperti kereta Kancil, sut Iron Man juga perlu diselenggara selepas digunakan. Gambar diambil dari laman web rasmi http://ironmanmovie.marvel.com/ Kisah orang putih yang bertaubat. Ya, saya ulangi Iron Man adalah kisah orang putih bertaubat. Saya tidak boleh menulis panjang, kelak para peminat siri komik Marvel dan Iron Man akan marah kepada saya. Mereka mahu tahu permulaan, pertengahan dan akhir cerita Iron Man. Jangan lupa selepas kredit, ada babak tambahan pertemuan Iron Man dan General Nicholas Joseph "Nick" Fury yang membawa kepada sekumpulan superhero lain seperti dalam Avenger. Bak kata Nick pada akhir filem, "Kamu ingat kamu seorang sahaja hero super di dunia ini?" Sebagaimana buku, Iron Man adalah harta intelek yang dikembangkan bermula dari sebuah komik hero super pada tahun 1963, dianimasikan dan difilemkan. Konsep dan watak Iron Man dicipta oleh empat individu iaitu; Penulis dan editor bernama Stan Lee Penulis Skrip Larry Lieber Pelukis Don Heck dan Jac

Dalam diriku ada kamu, bagaimana kamu?

Dalam satu temubual dalam rancangan mingguan Ogy dan Salleh di TV1, seorang penulis skrip bernama Nazli Jaafar telah dijemput. Beberapa petikan ayat yang menarik daripada beliau dapat dijadikan panduan kepada penulis bebas. Pertama, "Setiap hari saya akan memastikan diri saya mengenali seorang individu baru." Kedua, "Sebagai penulis kita tidak boleh mudah menilai dan menghukum orang melalui penulisan." Ketiga, "Setiap orang mempunyai buku dalam diri mereka masing-masing. Pelbagai tajuk dan pelbagai genre. Unik, penulis perlu belajar mengenainya." Percuma buku Rahsia Bisnes Mamak sebelum 7 Mei 2008. Klik di sini bagi maklumat lanjut.

77 Tip Melembutkan Hati Lelaki menjadi bahan pengajaran di sekolah

Pada pagi tadi, ketika saya sedang membuat pengubahsuaian grafik bagi laman blog kedua, http://www.motivasiminda.wordpress.com/ , anak saudara saya menyapa dari belakang. "Pakcik Zamri, kita (merujuk kepada dirinya) pernah nampak buku itu," katanya kepada saya. "Mana satu?" tanya saya. "Itu, buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki," katanya lagi sambil menunjukkan kulit buku tersebut di skrin komputer (lihat gambar di atas). "Di mana?" tanya saya sekali lagi. "Di sekolah," jawabnya. Anak saudara saya masih bersekolah rendah dalam darjah lima. Saya hairan. Pada usia belum belasan sudah membaca buku seperti ini. Saya pula bimbang, takut-takut dicop mempengaruhi pelajar sekolah rendah. "Cikgu yang tunjukkan," sambungnya lagi sekaligus meredakan kebimbangan saya. Resah bertukar kepada tanda tanya. Kenapa cikgu pula menunjukkan buku itu kepada murid-muridnya. Adakah buku itu akan menjadi bahan contoh untuk murid-murid bahawa buku ini

Kematangan rakyat tidak terjejas dengan kegilaan Dewan Rakyat

Oleh Zamri Mohamad Ini adalah satu permainan dan strategi yang menarik dapat dipelajari oleh rakyat. Melihat bagaimana wakil rakyat mereka berpencak politik dalam satu gelanggang melalui strategi dan pendekatan yang dapat menyampaikan mesej dari luar Parlimen ke dalam. Psikologi rakyat dan wakilnya sama-sama diuji. Baca di sini Petikan Mstar Online 3 Mei 2008. Klik sini Percuma buku Rahsia Bisnes Mamak sebelum 7 Mei 2008. Klik di sini bagi maklumat lanjut.

Industri buku tempatan makin rancak

Oleh Zamri Mohamad Populariti dunia buku adalah berbeza dengan populariti dunia hiburan tetapi mekanisme yang digunakan adalah hampir sama. Penulis diangkat sebagai ejen perubahan masyarakat dengan acuan minda yang memerlukan kepada ketertiban penulis memenuhi disiplin ilmu bagi mencanai hasil yang memanfaatkan pembacanya. Populariti diraih oleh penulis dilihat daripada perubahan sikap pembacanya dan ini menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan keberkesanan sesebuah karya. Petikan Berita Harian Sabtu 3 Mei 2008 baca di sini Percuma buku Rahsia Bisnes Mamak sebelum 7 Mei 2008. Klik di sini bagi maklumat lanjut.