Ahad, Mac 16, 2008

Kursus Penulisan Buku di Kolej Komuniti, Sabak Bernam





Latihan adaptasi daripada teks asal.
Khusyuk membuat latihan.
Tuan Idris adalah pengusaha pemasaran produk internet.
Prof Dr Umi Kalthum sebelum sesi beliau bermula






Alhamdulillah, jemputan bagi mengendalikan kursus jangka pendek, bengkel asas penulisan buku dan novel dapat dipenuhi. Kursus sehari ini adalah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor. Kursus sehari selama lapan jam ini mendedahkan kepada tiga perkara, penulis, penulisan dan pemasaran.

Dari Melaka ke Sabak Bernam, ia satu perjalanan panjang cukup membuat saya teruja. Saya tertarik dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi moto kolej ini. Terlalu banyak program menarik yang ditawarkan kepada orang ramai pada kadar yuran berpatutan. Saya kira inilah satu konsep pendidikan kemahiran yang digalakkan. Menurut sumber, Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah kolej komuniti yang aktif menganjurkan pelbagai jenis kursus.

Promosi secara online dan pengedaran risalah di masjid dan tempat awam digerakkan oleh mereka. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah peluang yang tidak patut dilepaskan. Saya sendiri teruja mengikutinya.


Kursus asas penulisan buku dan novel disenaraikan



Terima kasih kepada Cik Ezaimy Bt Zainal Abidin yang banyak membantu, Tuan Taib dan Puan Fiza yang memudahcara program sepanjang Sabtu lalu. Ketika entri ini ditulis, Prof Dr Umi Kalthum sedang mengendalikan program penulisan novel.

Terima kasih kepada Tuan Idris, Tuan Ahmad Faizal, Tuan Hazali dan Tuan Basri yang mengikuti kursus ini.

Terima kasih kepada saudara Azree MH dan saudara maranya atas keizinan beliau menjadikan saya tetamu bertuah di bumi Sabak Bernam. Moga-moga usaha kecil ini melahirkan penulis-penulis bestseller dari Sabak Bernam.



---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates