Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Dapatkan Rahsia Bisnes Mamak di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Trailer pra promo Rahsia Bisnes Mamak

Rahsia Bisnes Mamak. Klik simbol play di tengah video Trailer promo buku Rahsia Bisnes Mamak. Klik simbol play di tengah video Lima buah buku wajib beli pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Klik simbol play di tengah video Trailer promo Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 dari PTS

Blog ini tersiar di Malaysiakini

Klik untuk paparan lebih besar.

Isu saman UUM dan Raja Petra

Petikan entri saudara Muhtar Suhaili di http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/03/27/isu-uum-saman-raja-petra-dan-suara-keadilan-rm7-juta/#comment-4960 “ Artikel Kontroversi Terbitan IslamHadhari.net… Sila Klik Untuk Besarkan ” As-Sarawaki, 27 Mac 2008: Astaghfirullah! Itu lafaz terbaik yang terzahir apabila saya mendengar berita yang menjadi tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: ”Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Hari ini isu ini menjadi berita utama di hampir kesemua akhbar! Malah saya menerima banyak panggilan dan sms daripada rakan-rakan dan guru-guru saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini. Wallahi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa isu yang ‘hangat’ sekitar November-Disember 2006 ini dan melibatkan saya secara langsung akan menjadi isu ’sebesar’ ini. Sila baca berita lanjut di pautan berikut: 1. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta kepada Dr Nordin dan UUM (Bernama) 2. Saman fitnah: Penulis

Kepimpinan gaya nabi Muhammad yang relevan

Salam Maulid al Rasul daripada penulis dan blogger Zamri Mohamad. Bagaimana memperoleh karisma kepimpinan? Sebagaimana disebutkan oleh Hamka, ia dimaksudkan dalam bahasa Indonesia sebagai cahaya wajah. Cahaya ini (kuasa karisma) diperoleh daripada dua sumber, iaitu pemberian terus daripada Allah, dan kedua, daripada pergaulan dengan mereka yang mempunyai karisma seumpamanya. Karisma adalah kualiti istimewa yang wujud khususnya dalam kepimpinan, dan menarik perhatian ramai serta memberi inspirasi dan kecenderungan orang ramai untuk mengikutnya. Kefahaman terhadap apakah itu karisma, berubah mengikut corak media hari ini. Peranan media telah menukar imej siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan meletakan kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma moden berbanding maksud yang difahami oleh masyarakat sebelum ini. Terdapat beberapa elemen yang diperlukan dalam mewujudkan kepimpinan berkarisma. Seseorang harus menyedari bahawa dalam diri mereka mempunyai karisma

Kempen Barisan Kasih Sayang dan Rahsia Bisnes Mamak mendapat sokongan

Snapshot track visitor blog Motivasiminda Sejak ia dilancarkan, perhatian calon pembaca mula bertumpu kepada gerakan agresif Barisan Kasih Sayang dan Parti Rahsia Bisnes Mamak sepanjang hari pertama kempen. Terjemahkan kempen kepada tindakan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 April, tunjukkan kuasa pembaca. Pilihan di tangan saudara! Arus perubahan bermula.

Rapat umum bersama-sama calon pilihanraya 4 April ini

Print bagi memudahkan pencarian calon buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 Bersama-sama wakil calon pilihan buku sepanjang kempen. Program: Bersama Penulis; Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamad Tarikh: 12 April 2008 (Sabtu) Masa: 3-4 petang Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Diskripsi: Penulis akan membincangkan buku baru beliau Rahsia Bisnes Mamak bersama pengunjung yang hadir. Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir. Program: Bersama Penulis; Jeniri Amir Tarikh: 5 April 2008 (Sabtu) Masa: 2- 3 petang Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Diskripsi: Penulis buku Buat Duit dengan Menulis, Teknik Menulis Ucapan, 7000 Mutiara Kata, Teknik Wawancara dan Belajar Menjadi Wartawan akan berkongsi idea, dan pengalaman kerjaya beliau bersama pengunjung. Sila hu

Barisan Kasih Sayang bawa agenda perubahan pilihanraya kali ini

Print bagi memudahkan pencarian calon buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 Inilah tsunami pesta buku. Dilaporkan penerbit-penerbit seluruh Malaysia menghantar calon-calon buku yang berkredibel sempena kempen bermula 4 April ini. Kempen pilihan buku selama 10 hari bakal menyaksikan pertembungan calon-calon buku lama dan baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sejuta pemilih akan turun beramai-ramai bagi memilih kepimpinan ilmu yang baru. Kempen pilihan buku kali ini tidak lari daripada tradisi jentera penerbit menghantar peraih undi di hadapan pintu PWTC bagi meraih sokongan kepada calon-calon. Kulit-kulit buku dengan jelas memaparkan manifesto penulis-penulisnya. Menurut penganalisis pilihan buku tahun ini, manifesto yang menekankan perkataan kaya, senang,bahagia, sukses, hebat dituntut memenuhi janji-janji itu selepas terpilih. Manakala manisfesto dengan perkataan memahami, cinta, lelaki, magnet, lembut, mamak akan mendapat perhatian ramai dan berpe

Industri penerbitan buku mesti bebas rasuah

SEKALI lagi Hishammuddin Tun Hussein menggalas tanggungjawab mengangkat kualiti pendidikan negara apabila dilantik semula ke portfolio yang sama di bawah Kementerian Pelajaran. Di sebalik pelantikan beliau ke dalam barisan Kabinet kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan khususnya yang terlibat dalam industri buku mengharapkan sesuatu daripada pembaharuan jawatan Hishammuddin. Satu isu utama yang menjadi tanggungjawab besar Hishammuddin menanti di hadapan ialah melibatkan dakwaan adanya isu rasuah dalam pemberian kontrak. Isu ini menjadi tumpuan komuniti buku kerana rasuah membawa kepada dua faktor iaitu pemilihan kontraktor buku yang tidak diketahui latar belakangnya dan kenaikan kos per unit. Keadaan ini mendesak Hishammuddin bagi meninjau kembali amalan pemberian kontrak kepada penerbit-penerbit tertentu dan pegawai yang terbabit. Mereka yang terlibat secara langsung dalam industri buku bagi tujuan pendidikan melahirkan kebimbangan. Penggiat indu

Nilai mesej sebelum sampaikan kepada rakyat

Desakan penyokong parti memerintah agar disekat pembangunan negeri- negeri yang memilih angin baru dianggap sebagai tidak rasional, tidak mencermin daya intelektual yang matang dan kewajaran individu. Ramai berpegang kepada pertimbangan emosi bukan tetap pada sikap yang betul. Ia dilihat sebagai desakan berasaskan emosi yang menidakkan hormat rakyat mematuhi sistem demokrasi melalui pemilihan mengikut proses yang dibenarkan perlembagaan. Kematangan penyokong atau pendukung parti politik menjadi tunjang kestabilan parti. Mendukacitakan apabila pendukung parti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan menjarakkan lagi sokongan massa kepada parti. Ini merumitkan lagi ketika mana parti sedang menyusun gerak kerja bagi membaiki kecederaan dialami. Kejutan bakal berpanjangan apabila pendukung parti tidak memikirkan kesan komunikasi yang mengandungi konotasi negatif kepada penerima. Pendukung parti memprovokasi dan menyediakan ruang kepada parti yang memimpin kepada penolakan demi penolakan

Buka ruang demokrasi bersuara dalam parti

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan. Apakah sokongan terhadap parti dan pemimpin melarang ahlinya berbeza pendapat? Jika ya, parti berhadapan barah yang serius dan sudah tiba masa corak berfikir ahli parti direformasi. Hari ini, ada kecenderungan mewujudkan parti dengan konsep demokrasi terpilih. Demokrasi bersuara dalam parti dilihat berfungsi apabila semua bersetuju pada satu-satu isu. Perbezaan pandangan dalam parti pula dilihat sebagai unsur negatif yang perlu dineutralkan. Jika adanya ahli parti berbeza pendapat berbanding majoriti, maka gelaran tidak setia parti, tidak menghormati pemimpin, memecahkan parti diberikan. Kekangan bersuara baik dari akar umbi mahupun kepada pucuk pimpinan menjadi barah kepada parti sendiri. Demokrasi terpilih seperti ini secara perlahan merosakkan variasi pandangan yang sebenarnya dapat memberi sudut pandang baru kepada situasi yang dihadapi. Demokrasi bersuara yang terkongkong menjadikan kredibiliti parti dipersoalkan. Apakah jenis pemimpin

Mat Som itu penulis sambilan dan diriku penulis bebas

Malam ini saya menonton sedutan filem Mat Som dari YouTube. Ia mengingatkan saya kepada filem ini ketika menontonnya di kaca televisyen ketika masih bersekolah. Filem ini diadaptasi daripada karya asal, kartun Mat Som oleh Datuk Lat. Saya tidak dapat menghayati filem ini ketika zaman sekolah sehinggalah saya membaca komik Lat semula. Kali ini komik dan filem Mat Som mengetuk saya kembali. Persis cerita sendiri. Mengingatkan saya kepada Kuala Lumpur ketika Central Market menjadi medan seni terbuka. Filem ini mengingatkan saya kepada bas Len Seng dan bas mini yang pernah saya naiki. Pergi ke Wangsa Maju ketika pusat membeli belah Alpha Angle baru sahaja dibuka. Hanya rumah pangsa di kiri kanan dan hutan. Saya kembali selepas 17 tahun Alpha Angle dibuka dan memberi ceramah buku di sana, Filem ini mengingatkan saya kepada bandar Chow Kit yang dipenuhi peniaga-peniaga Melayu dari jam 9 pagi sehingga jam 2 pagi setiap hari dari Keramat Supermarket sehinggalah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ha

Wakil suara rakyat dan menjadi penulis bestseller

Petikan daripada manuskrip Tip Menjadi Penulis Bestseller Harun bin Puteh hidup sebelum merdeka. Beliau bukan bermula sebagai penulis tetapi menjadikan hobi menulis sebagai cara membantu orang lain. Berasal dari Pulau Gadong, Klebang Besar, Melaka, Harun pernah menjadi anggota rejimen tentera Melayu ketika Jepun menyerang Tanah Melayu pada perang dunia kedua. Beliau menyambung khidmat ketika serangan Komunis sewaktu Tanah Melayu diisytihar darurat. Perkhidmatan dengan anggota tentera rejimen askar Melayu tidak lama. Selepas peperangan, Harun bertukar memilih beberapa karier. Beliau pernah menjadi pemandu sementara waktu. Tugasnya membawa majikan ke tempat-tempat yang tertentu. Politik dan penulisan propaganda Penglibatan Harun dalam politik juga menjadi peristiwa menarik bagi individu ini. Terlibat sebagai ahli politik yang dianggap haluan kiri, menjadikan Harun bergiat secara langsung dalam politik. Beliau menjadi penggerak kempen dari kampung ke kampung di sekitar Melaka. Kerana baka

Kursus Penulisan Buku di Kolej Komuniti, Sabak Bernam

Latihan adaptasi daripada teks asal. Khusyuk membuat latihan. Tuan Idris adalah pengusaha pemasaran produk internet. Prof Dr Umi Kalthum sebelum sesi beliau bermula Alhamdulillah, jemputan bagi mengendalikan kursus jangka pendek, bengkel asas penulisan buku dan novel dapat dipenuhi. Kursus sehari ini adalah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor. Kursus sehari selama lapan jam ini mendedahkan kepada tiga perkara, penulis, penulisan dan pemasaran. Dari Melaka ke Sabak Bernam, ia satu perjalanan panjang cukup membuat saya teruja. Saya tertarik dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi moto kolej ini. Terlalu banyak program menarik yang ditawarkan kepada orang ramai pada kadar yuran berpatutan. Saya kira inilah satu konsep pendidikan kemahiran yang digalakkan. Menurut sumber, Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah kolej komuniti yang aktif menganjurkan pelbagai jenis kursus. Promosi secara online d

DEB bangsa Cina ialah Dasar Ekonomi Bersama

DEB bangsa Cina ialah Dasar Ekonomi Bersama Catatan Pengerusi PTS Puan Ainon Mohd di www.universitipts.com Pada tahun 1988, Sifu meletakkan jawatan di DBP kerana nekad mahu menjadi trainer Lateral Thinking. Di depan DBP, di deretan kedai-kedai di Jalan Maharajalela, ada sebuah pejabat peguam Cina. Kami kenal sebab sesekali kami makan di gerai bawah pokok yang sama. Peguam itu kasihan kepada Sifu yang tercari-cari ruang pejabat. Dia pun menyuruh stafnya mengosongkan sedikit ruang di pejabatnya, supaya saya dapat sewa. Saya pun tidak tahu di mana hendak mencari kontraktor supaya buat dinding pemisah. Peguam Cina itu pun menelefon kawannya, seorang kontraktor Cina. Lalu dengan harga RM1800, saya pun dapat ruang 10'X8' pejabat dengan sewa RM400 sebulan. Dia izinkan saya tumpang tandasnya. Sewaktu kontraktor Cina itu hendak mula membuat dinding partition, saya minta dia buat bilik untuk saya. Kata kontraktor itu, "Jangan buat bilik," katanya menasihati saya. Padahal, kalau

Dapatkan majalah Dewan Bahasa Mac 2008

Temubual bersama penulis dan blogger Zamri Mohamad disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa pada bulan Mac 2008. Ikuti temubual empat halaman bersama penulis.

Senarai buku-buku bestseller PTS di MPH Alamanda Putrajaya

Berikut merupakan senarai buku Top 30 di MPH Alamanda Putrajaya. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas disenaraikan dalam carta. Terima Kasih kepada semua Maklumat dipetik daripada http://universitipts.com/index.php/site/comments/carta_top_30_pts_professional_di_alamanda_putra_jaya_februari_2008/ http://universitipts.com/index.php/site/comments/carta_top_30_pts_millenia_di_alamanda_putra_jaya_februari_2008/

Tip Menjadi Penulis Bestseller bakal diterbitkan

Sumber rujukan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller yang bakal diterbitkan Sepuluh hari di Melaka memuaskan hati saya. Menyiapkan buku terbaru Tip Menjadi Penulis Bestseller sudah diselesaikan. Minggu hadapan ke PTS bagi menyerahkan manuskrip terbaru. Dijangka buku ini akan diterbitkan sekitar bulan lima dan bulan enam. Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Serba sedikit latar belakang buku Tip Menjadi Penulis Bestseller Pegangan wajib bagi penulis bestseller "Menulis adalah kemahiran yang paling mudah. Ia tidak sesukar bidang kejuruteraan. Menulis adalah aktiviti harian yang memerlukan latihan dan pengetahuan. Tidak ada perkara mistik dan misteri mengenainya. Kita menulis non fiksyen bercerita mengenai apa yang diperlukan dalam hidup." Ayn Rand Penulis The Art of Nonfiction Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih d

Berada di Melaka selama dua minggu

Blog ini tidak akan dikemaskini sehingga 20 Mac 2008. Penulis akan berada di Melaka bagi menyelesaikan urusan keluarga, peribadi dan menyiapkan buku terbaru yang dijangka diterbitkan pada Mei 2006, Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS Profesional, Insya Allah. Ini adalah buku ke tiga bagi tahun 2008. Sebarang tujuan perhubungan, boleh menghubungi saya di nombor 06 337 2578. Semoga Allah mempermudahkan usaha.

Oh, saudara Zamri Mohamad sudah menjadikan blog beliau sebagai blog politik!

Oh, saudara Zamri Mohamad sudah menjadikan blog beliau sebagai blog politik! Nanti dahulu. Blog ini juga mempunyai musimnya. Kali ini kita belajar cara menonton berita dengan kaca mata akal. Sebagaimana saya sebutkan dalam entri Melihat berita melalui kacamata berbeza, saya tekankan sekali lagi, dalam penyampaian sebuah berita, ia tidak harus diterima oleh penonton secara pararel. Lihat dari dimensi pelbagai. Dari situ timbul kepuasan, pengetahuan dan rasa ingin tahu. Dalam teori komunikasi, berita yang disiarkan pada waktu perdana mengguna pakai teori-teori berikut sebagai aplikasi mempengaruhi penonton. Agenda-Setting Theory Berita yang disampaikan akan mengetengahkan apa yang dianggap penting diketahui oleh penonton. Berita yang dianggap penting itu dijadikan imej kekal ke dalam minda penonton berita. Dalam teori ini, berita yang disampaikan mempunyai dua unsur. Pertama, unsur amaran dan kedua unsur maklumat. Berita yang disampaikan mestilah mempunyai kaitan dengan diri penonton. Al