Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Buku-buku saudara tidak ada di kedai buku online.

Snapshot dari Book Cafe. 3 daripada 4 buku sudah tiada dalam stok online Pelayar : Assalam alaikum saudara Zamri Mohamad. Saya : Waaikum salam wbt. Pelayar : Saya hendak bertanya kepada saudara. Saya : Silakan. Pelayar : Saya berminat memiliki 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Saya ingin membeli secara online. Saya : Terima kasih. Saudari boleh miliki dengan hanya mengklik pautan pada entri pertama paling atas. Pelayar : Tetapi buku-buku saudara sudah tidak ada dalam kedai online Book Cafe. Saya : Oh, jika begitu, bagaimana pula kedai buku? Pelayar : Saya cari pada hujung minggu ini. Saya : Bagaimana jika saya cadangkan Magnet Cinta ? Pelayar : Masih ada lagi? Saya : Itu sahaja satu-satunya yang ada dalam Book Cafe. Pelayar : Baiklah. Tip Penulis Bebas : Cari dan beri alternatif

Buku di sebelah kiri, kanan dan tengah.

Bendera Indonesia Sudah diulang cetak bagi tahun 2008. Tiada stok di Book Cafe Magnet Cinta bergerak laju di Popular Bookstores Akan diulang cetak pada Mac 2008 Sudah diulang cetak bagi tahun 2008 Seorang pengurus berkongsi cerita bagaimana penerbit-penerbit buku di Indonesia memilih buku-buku Malaysia bagi diterbitkan di Indonesia. Maka penerbit ini dan tim penerbitan memilih sejumlah buku bagi dibawa dan dipromosikan ke sana bagi tujuan pelesenan karya tempatan ke Indonesia. Pada masa sama, penerbit tempatan akan memilih sejumlah buku Indonesia yang berpotensi untuk dipasarkan ke Malaysia. Penerbit Malaysia melihat corak yang sama cara penerbit-penerbit buku Indonesia memilih buku. Buku-buku dikeluarkan dari kotak satu persatu. Wakil penerbit Indonesia akan mengasingkan buku-buku Malaysia kepada tiga bahagian. Beliau memilih, satu diletakkan di sebelah kiri. Kemudian sebuah buku lagi diletakkan di sebelah kanan dan kemudian satu lagi diletakkan sebelah kiri. Ia berlaku berulang-ul

Orang makan gaji jadi hamba orang lain dan diikat selamanya.

Saya kasihankan sebilangan peniaga atau usahawan yang ada semangat sukses diri tetapi miskin rasa insan. Apa maksud miskin rasa insan. Pernahkah saudara mendengar ayat berikut? "Aku hendak meniaga, tidak mahu makan gaji," katanya. Maka kata saya, "Bagus!" "Makan gaji hidup tidak senang," katanya lagi. Jawab saya, "Oh begitu." "Orang makan gaji jadi hamba orang lain. Tidak ada kebebasan, terikat sampai bila-bila," katanya bangga dengan pilihan menjadi peniaga. "Hmm," respon saya. Kami diam. "Boleh saya bertanya?" "Silakan." "Rasa-rasanya, jika tidak ada orang yang makan gaji di Malaysia ini, perniagaan saudara boleh hidupkah?" Tip penulis bebas: Kita saling memerlukan.

Komen entri Mentaliti Kelas Pertama

Komen Puan Ainon Mohd berkenaan entri Mentaliti Kelas Pertama Petik.... ”Hari ini generasi muda berhadapan dilema dalam merebut peluang. Mereka bukan sahaja ditanya apakah kemahiran yang mereka miliki, tetapi peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali,” ulas Radziq. Itulah kenyataan bodoh yang asyik diulang-ulang oleh orang pandai. Apa maksud "merebut peluang"? Orang lain mencipta peluang, budak-budak Melayu disuruh berebut-rebut mengambil peluang itu? Macam orang campak kacang putih ke tanah, suruh budak-budak kita berebut-rebut! Jangan tunggu orang lain mencipta peluang bagi kita rebut-rebut. Kita mesti mencipta peluang-peluang baru buat diri kita sendiri. Nah! Itu namanya kita pandai "pakai otak". Apa maksud "peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali"? Betapa hinanya bangsa yang mempunyai jalan-fikir begitu - peluangnya ada pada orang-orang lain, dan dia bergantung kepada orang-orang itu.... Lain kali, unda

Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Selepas pertemuan bersama PTS Millennia pada Ahad lalu, saya pergi semula ke pejabat editorial PTS selepas dihubungi saudara Ikram pada tengah hari. Saya dimohon ke sana bagi membincangkan penyediaan karikatur siri Streetsmart. Kali ini kami membincangkan bagi menyediakan 47 karikatur pelbagai gaya bagi siri Streetsmart. Alhamdulillah, pruf sedang disemak dan dibuat pembetulan sana-sini bagi memastikan buku ini setara dengan nilai ringgit dan nilai ilmu pembaca. Gambar di atas merupakan pruf akhir buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 pada 4 April 2008

Ikon streetsmart diperkenalkan pada Pesta Buku kelak

Ikon streetsmart. Harta intelek terbaru. Editor perolehan, saudara Ikram (kiri) Grafik PTS, Zaidi (kanan) dan ketua bahagian Komik Malaysia, Wanzu (tengah). Hari ini sahaja saya mengemaskini blog dengan meletakkan empat buah entri. Berkait rapat dengan program yang saya hadiri bagi tujuan berita, pertemuan bagi memantapkan karya dan perkara-perkara lain. 2008 adalah tahun perubahan total. Saya memperkenalkan ikon terbaru bagi siri Streetsmart. Ini adalah harta intelek saya dalam bentuk kartun yang pertama. Insya Allah akan diperkemaskan lagi oleh grafik dari PTS. Ini adalah ikon bagi siri buku Streetsmart keluaran PTS Millenia. Sebenarnya kali terakhir saya melukis kartun ketika berumur 15 tahun bagi akhbar Minda. Akhbar ini adalah sisipan Berita Harian. Kemudian saya cuba-cuba menghantar lagi. Ditolak lagi dan lagi. Majalah sekolah juga menolak hasil karya saya termasuk penulisan. Saya kira ini adalah comeback ke dunia garisan. Garisan yang menghasilkan rupa.

Mentaliti Kelas Pertama

Corak ekonomi baru menjadi buah bicara Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dari Institut Pembangunan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. “Pengurusan sumber manusia adalah asas kepada ekonomi baru. Ia menekankan kepada ekonomi berasaskan minda berbanding fizikal,” jelas Noor Azlan. Perbezaan yang ketara antara ekonomi dahulu dan kini perlu diperhatikan sebagai corak perubahan yang memerlukan persediaan generasi hari ini. Corak ekonomi yang didefiniskan oleh penjajah ke negara ini lebih fokus kepada ekonomi fizikal. Hasil bumi merupakan konsep ekonomi ketika itu. Bagi Prof Madya Azmi Shaharom dari Universiti Malaya, beliau menekankan kepada kepentingan integriti sistem perundangan hari ini menjadikan generasi muda menjunjungi falsafah negara tanpa berbelah bagi. Jelas Azmi, keyakinan generasi hari ini boleh dipupuk secara menyeluruh apabila sistem perundangan ditunjangi oleh kejujuran holistik individu. Formula ini adalah penghalang kepada dasar autokratik dan

Keluar dari laut merah terjun ke laut biru

"Sudah tiba masanya bagi generasi baru dalam umat Islam mengeluarkan diri mereka dari laut merah dan terjun ke laut biru,” jelas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dato’ Dr Syed Arabi Idid. Urus matlamat, urus pendekatan. "Objektif menjadikan pelakunya sedar apakah medium yang sesuai digunakan dan menjadikan sebuah konsep abstrak lebih jelas,” tambah Syed Arabi yang kini menjangkau tahun kedua memimpin universiti ini. Laut biru menjadi laut merah. Pemimpin menawarkan kepada orang ramai apakah dicari-cari selama ini tetapi tidak difikirkan oleh pemikir tradisional yang terperangkap dengan idea-idea lama. Terperangkap dan terus bersaing dengan apa yang sedia ada menjadikan pemimpin berenang dalam laut merah. Laut merah dianggap lautan yang tepu dan dipenuhi oleh mereka yang saling bersaing mengalahkan orang lain, bermotifkan menguasai sempadan kawasan dan masih berpaksi kepada pendekatan lama. Apabila ia semakin padat, situasi ini menjadikan pesaing-

Rahsia Bisnes Mamak dan PWTC

Pruf Rahsia Bisnes Mamak Pruf akhir buku Rahsia Bisnes Mamak sudah selesai dilakukan. Nantikan buku Rahsia Bisnes Mamak sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Hadiri gerai buku PTS Publication. Jadilah pembaca pertama yang mengetahui rahsia bisnes Mamak. Satu kejutan kepada semua peniaga dan bakal pengusaha restoran pada tahun 2008 dan tahun-tahun seterusnya. Sebuah buku yang ditulis hasil gabungan peniaga dan pelanggan.

Penerbit PTS Millennia mengadakan pertemuan tahunan bersama penulis

Alhamdulillah, pertemuan penulis dan PTS Millennia akhirnya berjaya dijayakan. Dasar demokrasi penerbit menjadikan para penulis mengajukan soalan-soalan bertahap mudah, sederhana dan sukar kepada PTS Millenia bagi mendapatkan jawapan daripada isu-isu berbangkit. Penjelasan daripada PTS Millennia memudahkan kami penulis memahami beberapa perkara. Ini memberi satu lagi keyakinan kepada PTS dalam misinya memandaikan bangsa melalui buku-buku bahasa Melayu yang berkualiti dari kulit ke kulit. Satu tip bagi penulis bebas saya perolehi dalam pertemuan ini. Pengurus PTS Millennia memberikan tip-tip membuat kajian bagi buku yang berkualiti. Pertama, hasilkan borang kaji selidik sama ada bercetak atau secara online. Borang kaji selidik bertujuan mendapatkan respon daripada individu-individu terlibat bagi mendapatkan pandangan berkenaan topik yang ditulis. Kedua, kunjungi agensi kerajaan dan swasta terlibat bagi mendapatkan maklumat yang disediakan sebagai laporan terbuka. Ketiga, kunjungi kedai

Temubual bersama Zamri Mohamad di Resensi TV1, Selamat Pagi Malaysia.

Tuan Syed Munawar, hos Resensi RTM 1 (kanan). Jurukamera tim RTM 1 Lintas langsung WebTV PTS Chef Zul Desa dan novel jibunsyinya (kiri). Saudara Amin Idris (kiri) penulis siri PDA. Alhamdullillah, pujian ke hadrat Allah. Satu demi satu perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan ini. Kali ini Resensi RTM bersama Tuan Syed Munawar bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia. Terima kasih kepada saudara Ikram yang sudi membawa saya ke pejabat editorial PTS. Tidak dilupakan kepada tim PTS yang begitu ceria pada pagi sehingga ke tengah hari. Bertemu semula Tuan Zul Desa atau dikenali dengan nama Chef Zul membuat saya gembira. Kali terakhir kami berjumpa ketika kursus penulisan bimbingan Puan Ainon, Pengerusi PTS tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2005. Selepas itu kami tidak bertemu sehinggalah novel jibunsyi beliau bertajuk Chef muncul di kedai-kedai buku. Sesiapa yang hendak menyelami kehidupan seorang chef, bacalah novel kehidupan Chef tulisan beliau. Sementara menantikan tim Resensi RTM t

Pelancaran buku Sai-Fai PTS pada 1 Mac 2008

Klik pada poster

Jurulatih Penulis dari Sabah ke Mesir.

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (klik bulatan) di atas meja trainer Syafiq Zulakifli. Kiriman e-mel saudara Syafiq (klik gambar) Saudara Syafiq Zulakifli merupakan pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (klik). Kini beliau menjadi trainer atau jurulatih penulis muda. Dari Mesir ke Sabah beliau membimbing penulis-penulis berpotensi. Alhamdulillah buku Cari Duit Cara Mudah juga boleh digunakan sebagai buku latihan penulisan bagi mana-mana jurulatih yang berminat. Tetapi syaratnya, karyanya sudah tersiar di media bercetak sebagaimana saudara Syafiq Zulakifli. Bagi mereka yang berminat berkenal-kenalan dan belajar daripada saudara Syafiq, layari blog beliau di http://www.typeace.blogspot.com/ Catatan e-mel daripada saudara Syafiq pada 8 Febuari 2008. Assalamualaikum w.r.b. Maaf kerana sudah lama tidak bertanya khabar. Saya baru tamat peperiksaan semester pertama. Moga sihat hendaknya Abang Zamri hari ini. Mungkin juga terlalu sibuk dengan tugas dan kerj

Bengkel penulisan 2008 UMP

Alhamdulilah, bengkel penulisan 2008 berjaya dikendalikan bersama-sama tim di Universiti Malaysia Pahang. Bengkel ini adalah yang pertama diadakan di UMP. Insya Allah akan ada nama-nama penulis muda bakal muncul dalam dunia majalah, akhbar dan buku tanahair. Jauh lebih penting, penulis yang tahu haknya dalam menjaga karya. Para peserta didedahkan kepada tiga fokus iaitu. Memahami sikap dan pemikiran penulis. Memulakan penulisan. Memasarkan penulisan. Sesi juga disertai oleh dua penulis muda, saudara Muhammad Syarafuddin Sulaiman, penulis siri Akademi Kehidupan dan Muhammad Firdaus Ariff yang baru sahaja menghasilkan buku pertama, Sayap Adinila, sebuah novel sains fiksyen. Terima kasih kepada semua peserta dan bakal jurutera UMP. Moga-moga Komuniti Penulis UMP bakal terisi dengan penulisan yang dapat memandaikan bangsa. Ucapan terima kasih kepada Tuan Mohd Jamilulhakim atas jemputan ini. Insya Allah, kita bertemu lagi. Maklumat lanjut bengkel penulisan di http://www.zamrimohamad.com/

Buku yang dinanti-nantikan!

Khabar baik kepada penulis baru dan lama. Khabar keselamatan buat penulis yang teraniaya. Khabar sedih buat penerbit yang memanipulasi penulis Sebuah buku panduan dan kesedaran karya sebagai harta intelek bakal menjelaskan apa yang cuba disembunyikan. Gambar kulit buku diambil daripada www.annyss.blogspot.com

Al Fatihah buat teman, sahabat dan rakan seperjuanganku di PTS

Saya menerima pesanan ringkas daripada Puan Ainon ketika berada di bengkel kejurulatihan, pimpinan Tuan Osman Affan. Pesanan ringkas dari telefon bimbit yang membuat keadaan sekeliling sunyi tiba-tiba. Saya menunjukkan pesanan di telefon bimbit itu kepada Tuan Shamsuddin Kadir yang berada di sebelah. Kami berdua terdiam. Al Fatihah buat sahabatku, Tuan Ahmad Zafran atau dikenali dengan nama Panaharjuna. Saya mengenali allahyarham ketika di bengkel. Kad nama beliau dengan gambar ketika kecil merupakan tanda pengenalan kami yang pertama. Allahyarham jualah yang bersungguh-sungguh mempertemukan saya dengan Pak Samad ketika Pesta Buku dua tahun lalu. Allahyarham jualah yang menjadi pencerita karya-karya saya di hadapan Pak Samad dan menjadi senda gurau yang menceriakan. Allahyarham jugalah pengendur kepada konflik pelukis dan penerbit. Usaha beliau menyedarkan pelukis dan penulis baru dalam menjaga hakcipta adalah perkara yang selalu saya dengar dari mulutnya. Memang benar kata Puan Ainon,

MASKARA 6 ekspresi seni yang jujur.

Diambil daripada blog Sindiket Sol-Jah Saya tertinggal kunci di Melaka. Saya mulai sedar apabila tiba di Kuala Lumpur. Saya tidak dapat masuk ke bilik. Rakan sebilik tidak pulang sehingga Isnin. Saya terpaksa menginap di rumah rakan lain. Saya mengikut beliau ke program MASKARA 6. Kesimpulan cerita ini. Saya berpuas hati dengan pengalaman pertama ini. Berpuas hati dengan variasi seni dari yang membaca, menyanyi, membuat komedi, membacakan petikan buku, mengalunkan ritma karya klasik dan meluahkan rasa hati dalam kerangka seni. Satu pengalaman baru menjejak kaki ke rumah Pena. Di tingkat atasnya ada gambar setiausaha PENA 1977-78 yang kini sudah menjadi tuan guruku. Satu pengalaman baru berhibur dengan karya seni intelek yang bebas berekspresi dengan ekperimen-eksperimen baru. Jauh lari daripada konsert mainan panggung televisyen. Bertemu dengan Tok Rimau semula selepas kali terakhir di BMW Shorties bersama Dean Sham yang mempersembahkan komedi berdirinya. Kangaq membacakan petikan man

Dewan Bahasa, Majalah Dewan dan Temubual

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berkesempatan memenuhi jemputan editor majalah Dewan Bahasa bagi temubual berkenaan etika dan penulisan di blog. Saya kira Allah mempermudahkan urusan saya pada hari itu. Saya sebenarnya terlewat daripada perancangan asal ke sana sejam dua lebih awal. Kerana urusan lain, saya ke sana menggunakan bas dan lrt dengan perancangan awal ke sana melalui stesyen Komuter Hang Tuah atau monorel Pudu. Setiba di KL Sentral, saya melintasi sebuah bas dan membaca papan tanda dari cermin pemandu bas. Sudah tentu tulisan papan itu terbalik jika dibaca dari belakang. "D. Bahasa & Pustaka," saya membacanya. Itulah pertama kali saya cuba-cuba menaiki bas menuju ke Dewan Bahasa Pustaka. Tetapi hanya seorang sahaja penumpang di dalam bas itu, iaitu saya. Keramahan pemandu bas meredakan debar hati, takut-takut tidak sampai ke DBP. Laluan di hadapan bangunan DBP ditutup sehinggakan pemandu perlu menggunakan laluan alternatif. Mujurlah pemandu bas itu membe