Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

Semak, semak dan semak. Saya sendiri semakin keliru.

Laporan penuh IMD, klik gambar atau di sini Laporan Utusan Malaysia Cerita beberapa orang pelanggan di restoran mencuit perhatian. Kata mereka yang duduk di meja berlainan, sudah tentu pelanggan yang tidak dikenali, katanya, "Kata kita keenam kompetitif terbaik di dunia. Perdana Menteri umumkan, akhbar nasional terpampang di muka hadapan. Aku semak, lain pula kedudukannya." Si pendengar menghabiskan beberapa cucuk sate yang berbaki. Dia pulang dan meminta rakannya membuka laman web rasmi World Competitiveness Year Book IMD. Dalam hatinya masih sangsi, mungkin pelanggan itu salah menyemak maklumat. Dibukanya laman web IMD. http://www.imd.ch/research/publications/wcy/index.cfm Kemudian si rakan mengklik pautan, http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf Dipetik daripada laman web rasmi. WCY overall scoreboard The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the

Al Fatihah

Allahyarhamah Che Kamariah binti Abdullah, nenek kepada penulis PTS, Amin Idris telah meninggal dunia jam 1 pagi tadi. Klik www.aminidris.com

Bestseller bukan sekadar pada jualan sahaja

Menjadi penulis bestseller atau penulis buku jualan terlaris di pasaran menjadi cita-cita peribadi mana-mana penulis. Ia bertindak seperti tanda aras kejayaan dan pencapaian seorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya yang dimiliki ramai. Perkataan bestseller disandarkan kepada satu nilai dan nilai ini dilihat dari sudut pandang yang berbeza. Ia tidak bersifat mutlak dan berubah-ubah. Erti buku bestseller dilihat dalam beberapa keadaan. Buku bestseller di kedai-kedai buku. Bagi sebuah kedai buku, bestseller diukur melalui jumlah jualan tertinggi melalui rekod jual-beli dalam premis perniagaan. Maka, senarai buku-buku bestseller dikeluarkan melalui carta mingguan sebagai panduan kepada bakal pembaca memilih buku-buku yang dianggap popular dan dicari-cari ramai. Pada masa sama ia memudahkan pekedai mengenalpasti buku-buku yang berpotensi dijual dan dipesan kepada penerbit. Buku bestseller dari kaca mata penerbit. Bagi penerbit, bestseller juga diukur melalui prestasi jualan buku yang

Penulis ada kemahuan dan pengetahuan

Empat tahun lalu, penulis berkekesempatan berkenalan dengan seorang editor di sebuah penerbitan tempatan. Editor perolehan ini berkongsi ceritanya. Katanya, apabila beliau memperkenalkan diri sebagai editor di penerbitan itu, kebanyakan teruja hendak menulis. Kata editor perolehan ini, “Idea-idea mereka memang menarik dan mempunyai potensi bagi diterbitkan. Maka saya mohon kepada mereka menghantar manuksrip.” Editor ini menunggu. Kad tertera nama dan alamat penerbit sudah diberi, tetapi tidak seorang muncul bagi menghantar manuskrip yang dikata. Komitmen tinggal janji dan editor ini tidak menunggu lagi. Pengalaman ini diberitahu oleh editor sebagai menceritakan apakah yang dilalui oleh editor apabila berhadapan dengan potensi-potensi penulis yang tidak bertindak memenuhi komitmen. Penulis ada kemahuan dan pengetahuan. Dua perkara apabila bakal penulis bercita-cita hendak berkarya ialah adanya kemahuan dan pengetahuan. Kemahuan datang dari dalam diri. Rasa teruja melihat karya orang lai

Remeh-temeh

Antara sedar atau tidak, saya merasakan hidup ini semakin disempitkan oleh perkara remeh dan yang remeh inilah yang dijadikan keutamaan buat ramai. Kita tidak mahu berfikir panjang. Kita mahukan jalan pintas - cepat dan mudah. Yang remeh diutamakan dan yang penting dijadikan tidak penting - tidakkah ini menyatakan sesuatu tentang dunia zaman ini? Dipetik daripada www.helmysamad.blogspot.com

Dua kali hatiku berdarah kembali.

Buku yang disediakan bersama CD kompilasi ucapan pemimpin-pemimpin dunia. Sekali lihat, nampak seperti mahal. Harganya RM38.80. Saya cuma boleh memegangnya sahaja kerana rakan saya membelinya terlebih dahulu. Sungguh cemburu dan sakitnya hati apabila beliau datang membawa buku dan cd ini semalam. Hanya tinggal satu sahaja di Borders, The Garden. Lagi sakit hati, buku fotografi koleksi pemenang Pulitzer Award juga dibelinya pada harga yang sama. Dua kali hatiku berdarah kembali.

Isu KOMSAS, Pak Samad dan SN

Video ini dirakamkan oleh saudara Firdaus Arif. Melalui kenyataan Pak Samad, hari ini apabila Pak Samad dijemput bagi mana-mana program, jemputlah beliau atas kapasiti beliau sebagai A. Samad Said, bukan lagi sebagai Sasterawan Negara (SN). Jemputan dengan kapasiti SN akan dijawab dengan tidak. SN, di mana kedudukanmu di tanahair Malaysia?

Menikmati sepinggan mi goreng di tepi kubur

Beberapa tahun lalu saya pernah mencuba masakan di kedai makan ini. Terletak bersebelahan dengan Masjid Tengkera, kedai makan ini terletak betul-betul di tepi beberapa kubur di tepi. Kedai makan ini menjual mi goreng pedas atau saya panggil mi goreng sambal. Sudah lama saya memerhatikan cara bisnes di luar kotak logik ini sejak zaman sekolah lagi. Kali pertama saya mencuba sepinggan mi goreng sambal di sini adalah hidangan terakhir yang saya makan di sini. Saya tidak boleh makan masakan yang pedas-pedas. Kepedasan di luar kadar biasa dan boleh membuat pelanggan berpeluh. Mungkin itu menjadi resipi yang menarik ramai pelanggan ke sini. Mahu merasai pengalaman makan di tepi kubur, datanglah ke tempat ini. Ini bukan satu-satunya kedai makan yang terletak bersebelahan kubur. Ada beberapa lagi di Melaka.

Jom! Jaga kebersihan masjid.

Masjid menjadi kegemaran penganjur program, penjual produk dan penyebar idea bagi meletakkan risalah-risalah mereka. Masjid menjadi medan propaganda melalui lembaran-lembaran yang dikutip di atas lantai. Cuma mendukacitakan apabila mereka yang bertanggungjawab menyebarkan risalah ini tidak mengguna pakai kaedah yang betul agar kebersihan masjid sebagai rumah ibadat tidak dijaga. Masjid kelihatan seperti tong sampah besar apabila kertas risalah bertebaran di sana sini setelah di tiup angin dan dipijak oleh ahli masjid yang keluar masuk. Sesiapa sahaja yang pernah meletakkan risalah di masjid, saya sarankan begini. Gunakan getah pengikat (rubber band), atau kotak kertas yang dibuat khas bagi meletakkan risalah. Di Masjid Negeri Melaka, mereka meletakkan rak kecil tiga tingkat setinggi aras pinggang pada pintu masjid. Kemudian mereka yang hendak menyebarkan iklan akan meletakkan iklan mereka di situ tanpa perlu diletak atas lantai. Jom! Jaga kebersihan masjid.

Jualan Buku Said Nursi selepas Jumaat

Pelbagai wajah satu akidah dari kacamata Kamarudin Abdullah

Isu mencuri harta intelek oleh si jelita Hudson

Kes plagiat terbaru atau dengan bahasa lain mencuri harta intelek orang lain. Apa yang dimaksudkan dengan mencuri hakcipta orang lain? Ia berlaku apabila karya pencipta asal diambil dan ditiru dan didakwa sebagai ciptaan sendiri tanpa memberi sebarang kredit kepada penulis asal. Dalam kes ini saya berpesan, sekiranya ada blogger yang gemar memetik artikel orang lain dan gambar daripada mana-mana sumber, mohon diberitahu daripada mana artikel itu dipetik dan daripada mana gambar diambil. Lihat contoh artikel di bawah yang dipetik daripada Akademi Penulis dan tulisan asal oleh penulis bernama Mohamad Syafizan Mohamed Kasim. Nyatakan sumber dengan jelas. Di sini disertakan beberapa pandangan blogger lain mengenai isu mencuri harta intelek dalam kes Natasha Hudson. http://ifyoucanfindme.blogspot.com/2008/01/natasha-mcgough-hudson.html http://thebookaholic.blogspot.com/2008/01/not-just-pretty-face.html http://toughcookee.blogspot.com/2008/01/natasha-hudson-writer-or-bluffer.html http://w

Isu Ciplak Puisi Natasha Hudson

Sekali lagi isu curi harta intelek berlaku. Natasha Hudson, Karya Asli & Plagiarisme January 19, 2008 Oleh Mohamad Syafizan Mohamed Kasim (Mat Jan) Saya rasa isu ini menarik, jadi saya nak kongsi dengan kawan-kawan. Kepada yang tak kenal Natasha Hudson, dia adalah model dan pelakon. Antara filem yang dia berlakon: Chermin dan Sumolah. Dia juga terkenal kerana kes perceraian dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, selepas hanya empat bulan berkahwin. Lepas tu dia berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ranhill. Macam-macamlah gossip tentang kes cerai dan kahwin dia, tapi saya nak cakap pasal isu lain. Pertengahan tahun lepas, buku dia launch, buku puisi kanak-kanak, “Puisi Indah Si Pari-Pari”. Siap masuk surat khabar. Ini link The Star: http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/6/18/lifebookshelf/17910692&sec=lifebookshelf Baru-baru ni, saya masuk blog Saharil Sanin (saharil.com), saharil letak puisi Natasha Hudson dan puisi Roger McGough, dengan fra

Jom! Undi Zamri Mohamad sehingga 18 Januari!

Undi laman blog ini. Klik logo di atas sebelah kanan. Laman web Zamri Mohamad tersenarai. Jom, undi! Laman web zamrimohamad.com telah disenaraikan dalam senarai pencarian The Malaysian Dotcom Youth Search. Laman web ini bakal bersaing dengan 381 laman web lain dan jumlah laman web akan bertambah lagi. Sudah tentu laman web zamrimohamad.com sedang bersaing dengan laman-laman web komersial bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tempatan milik peserta-peserta lain. Satu pertandingan yang menjadikan pemilik laman web komersial cuba meningkatkan kualiti persembahan laman web masing-masing. Saya memerlukan saudara-saudari pengunjung mengundi laman web www.zamrimohamad.com . Jika laman web ini dan rangkaian blognya layak mendapat undian saudara. Klik logo berwarna kuning di sebelah atas apabila memasuki muka hadapan laman web www.zamrimohamad.com Klik ke www.zamrimohamad.com . Terima kasih atas sokongan saudara dan saudari. Klik di sini . ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulat

Bicara Buku oleh Awang Goneng

Cerita tiga tahun dahulu

Saya menyelongkar peti e-mel bagi melihat kiriman-kiriman lama. Sehinggalah saya membaca kembali e-mel bertarikh 16 Julai 2004. E-mel ini sudah berusia hampir empat tahun. E-mel ini mengubah perjalanan hidup saya sebanyak 360 darjah. Inilah kali pertama saya mendengar nama PTS Publication and Distributor. Ia adalah kiriman Tuan Fauzul Na'im Ishak. Beliau merupakan Pengurus PTS Millenia kini. Bunyi e-melnya begini; (klik gambar) Name = Fauzul Na'im Ishak URL = fauzuln@pts.com.my Visit = Yes, I would visit again Hear About = Link from another site Comments = Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha penulisan yang dibuat oleh pihak saudara. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri. Saya adalah Pengurus Penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS). PTS adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menerbitkan karya semi akademik berbahasa Melayu. Pihak PTS ingin mengadakan kerjasama dengan pihak saudara dalam menerbitkan

Jemputan untuk semua!

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru. Jemputan untuk semua! Assalam alaikum wbt Saya doakan Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, lapang dan ceria dalam urusan seharian. Saudara Syarafuddin (penulis Akademi Kehidupan) dan saudara Ibnu Ariff (penulis novel sains fiksyen PTS) telah mengambil inisiatif menjemput penulis buku Growing Up In Terengganu, Tuan Wan Ahmad Hulaimi atau Awang Goneng bagi menyampaikan book talk pada hari dan tarikh berikut. Hari: Isnin Tarikh: 14 Januari 2007 Masa: 3.00 petang- 5.00 petang Tempat: Bilik Seminar 3, Tingkat 3, Bangunan HS (Human Sciences), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Semua dijemput menghadiri program bicara ini. Oleh demikian, pengesahan kehadiran diperlukan bagi tujuan keselesaan Tuan dan Puan yang menghadiri program ini. Program ini bersifat tidak formal untuk pelajar dan terbuka kepada orang ramai. Maklumat lanjut mengenai penulis ini boleh didapati di pautan berikut. http://www.mmail.com.my/Current_News/mm/Weekend/

Paparan Sastera Berita Harian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penulis dan wartawan Berita Harian, Tuan Nazmi Yaakub bagi paparan ini pada 27 Disember 2007 . Tidak dilupakan foto yang begitu memikat hati saya melalui lensa Cik Puan Rohanis Shukri. Tuan Nazmi Yaakub juga merupakan blogger dan penulis di www.bukunota.blogspot.com

Rehat-rehat di KLCC

Yoshinoya, kedai makanan Jepun ala Amerika. Puding jagung di Yoshinoya. Perkataan Beef Bowl sudah didaftar, jangan diguna sewenang-wenangnya. Corak dinding kedai Khazanah yang bakal dibuka di KLCC Selepas menghantar slip tuntutan gaji terakhir bagi Disember dan Januari, saya bercadang berjalan-jalan seorang diri ke KLCC. Cadangnya saya hendak menonton National Treasure 2 lakonan Nicholas Cage yang melakon watak Ben Gates. Saya jatuh cinta dengan cerita ini selepas menonton filem yang pertama sebelum ini. Filem sejarah fiksyen yang membuat saya teruja, menggunakan segala macam konspirasi bawah tanah dalam perjalanan sejarah diangkat dengan cabaran membongkar rahsia. Saya mendapati hari biasa adalah hari berjalan-jalan bagi orang tertentu. Ketika orang lain terkejar-kejar merehatkan diri dengan mengambil peluang berjalan-jalan pada hujung minggu, mereka ini berjalan dengan tenang pada hari biasa. Bukankah seronok berjalan tanpa gangguan dan kesesakan untuk merehatkan fikiran?

Hari terakhir di pejabat

Sediakan skop tugas dan petua berhadapan politik pejabat. Susunan fail sudah siap diisi, pekerja baru kemas kini. Label sudah siap ditampal memudahkan proses dokumentasi. Selepas lapan belas bulan, barulah saya buat dan tampal. Cara membuat permohonan gaji bulanan. Format untuk pekerja baru. Petua penting apabila berhenti kerja. Pertama, siapkan kerja-kerja akhir jangan bebankan pekerja baru. Kedua, sediakan catatan skop tugas dan proses kerja bagi memudahkan pekerja baru. Ketiga, bersihkan pejabat. Keempat, pastikan barang-barang peribadi sudah dikeluarkan. Berhenti daripada kerja bukanlah satu perkara yang mudah. Saya kira ada personal attachment yang sangat mendalam dengan tugas ini. Pertama, penyelia saya merupakan pensyarah saya. Kedua kerja ini sangat memudahkan kerja-kerja berkarya. Ketiga, kerja ini sendiri tidak jauh dengan minat saya menulis. Keempat, saya pasti mengingati perjalanan kerja ini dengan turun naik, kontroversi dan politik pejabat dengan jabatan-jabatan lain

Oh, apa yang dicari-cari oleh pembaca perempuan?

Assalam alaikum, Bermula pada tahun 2008, penulis membuka peluang kepada semua bloggers dan pelayar internet perempuan bagi menyatakan apa yang ingin saudari lihat daripada buku-buku perhubungan dan cinta. Tahun ini adalah tahun saudari. Tahun ini buku perhubungan dan cinta didedikasikan kepada pembaca entri ini. Semestinya saudari. Entri ini bertujuan mendapatkan maklum balas daripada saudari agar apa yang ditulis selari dengan yang dicari oleh para pembaca apabila membaca buku-buku bantu diri dalam perhubungan dan cinta. Apa yang ingin saudari cari, baca dan tahu dalam mana-mana buku bantu diri perhubungan dan cinta. Apakah perkara yang tidak saudari gemari apabila membaca buku-buku tip, perhubungan dan cinta. Kongsi bersama di sini. Kongsikan keinginan, soalan dan pencari saudari dalam sebuah buku tip perhubungan dan cinta dengan membalas entri ini di ruangan komen.

Cari idea daripada perjumpaan bekas pelajar

Lama benar tidak mengadakan majlis perjumpaan rakan-rakan sekampus. Kali terakhir ialah satu perjumpaan tidak rasmi di restoran ayam dara terletak di Taman Melati. Sekali-sekala berjumpa, bercerita dan merancang benda-benda baru dalam perjumpaan yang diatur memang berbaloi. Ada yang sudah bertukar tempat kerja, bakal mendirikan rumahtangga, baru sahaja melepasi pembedahan dan segala macam perkara yang berlaku pada diri masing-masing. Perjumpaan ini adalah perjumpaan terancang yang pertama. Disebabkan ramai yang menyerbu pusat membeli belah Mid Valley, maka aktiviti-aktiviti susulan tidak dapat dijalankan. Sekurang-kurang ada inisiatif dibuat dan kedatangan semua dihargai. Harapan saya, akan datang lebih ramai yang boleh turun bertemu dan berkenal-kenal semula dengan cerita baru pada masa akan datang. Saudara Syamsul, terima kasih dengan idea persembahan buku untuk orang perempuan. Kelak saya serapkan dalam buku seterusnya.

Budaya mencuri hak ala Italian Job II

Komentar dan pendirian saya mengenai isu penciplakan artikel. Sebagaimana respon saya dalam ruang komen Ustaz Hasrizal. http://saifulislam.com/?p=1197#comment-11251 Apakah amalan organisasi akhbar apabila berhadapan dengan situasi ini. Pertama , sama ada penyiar dan pengendali akan menguruskan hal ini secara peribadi. Kedua, tindakan bersama, yakni satu keputusan dibuat melalui mesyuarat. Dalam isu Kak Nor, saya kira Kak Nor tidak bersalah kerana ia adalah kiriman pembaca. Tetapi bagi mengelakan Kak Nor menjadi highlight dan kredibiliti ruanganya diragui. Maka e-mel dan perhubungan dengan pengirim bernama M adalah perlu diketahui oleh ustaz bagi tindakan lanjut. Tuan dan puan, kita asingkan pelaku dan mangsa dalam isu ini. Boleh jadi pengirim ini telah memangsakan Kak Nor dalam hal ini. Tetapi sebagai mengambil kira etika profesional, diplomasi mohon maaf adalah penting. Sebagai tanda beliau memelihara usaha menjaga hakcipta penulis. Mungkin bagi sebahagian merasa tidak ada apa-apa k

Budaya mencuri hak ala Italian Job

Meskipun saya menulis secara bebas dengan akhbar Utusan Malaysia sejak akhir tahun 2001, saya kira dalam isu yang perlu diketengahkan maka ia perlu diberitahu. Baru-baru ini, seorang penulis selebriti mendapati ada unsur pencabulan hakcipta apabila cerita beliau dikutip dan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Jika sesiapa mengikuti blog ini saya telah mengetengahkan beberapa isu mencuri dan merampas hakcipta sama ada di luar sedar atau dalam ruang sedar pihak penerbit. Pertama Isu penciplakan beberapa perenggan artikel saudara Muhtar Suhaili sehingga menjejaskan nama Dato Nordin Kardi. Perkara ini berakhir dengan saudara Muhtar Suhaili pula perlu meminta maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia disiarkan oleh pihak perhubungan awam UUM. Sehingga kini, isu ini hilang tiba-tiba apabila laman web Islam Hadhari (islamhadhari.net) tidak mendedahkan bagaimana isu ini berlaku sehinggakan menjejaskan nama baik Dato' Nordin Kardi kerana nama beliau tertera pada kertas kerja te