Langkau ke kandungan utama

Nada dering sudah berbunyi!


Metamobile sudah melancarkan produk Hari Raya 2007. Siri nada dering dari Trutone sehinggalah Monotone telah disediakan kepada para pelanggan Celcom dan Maxis. Saya sedikit sebanyak sudah terlibat dengan projek yang kami panggil sebagai Urban Raya bersama team grafik di sini yang menjadi penyumbang kreatif bagi produk-produk MetaDome 2008.

Tahun ini mungkin perancangan kami agak lewat sedikit, tetapi, dalam masa setahun jika bergerak sedikit demi sedikit banyak benda yang boleh dicapai. Bekerja sebagai pengarah konsep bagi desain yang diperlukan dan pada masa sama menjalankan kerja-kerja urusan pentadbiran kumpulan adalah tugasan baru bagi saya. Tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan bekerja dengan tim grafik yang kreatif dan terbuka kepada idea.

Meskipun adakalanya idea kami idea gila-gila! Tetapi bukankan Boeing dahulu terhasil daripada idea gila-gila bagi mencari cara bagaimana juruterbang dapat menurunkan kapal terbang dengan pandangan dan jarak yang tepat dengan landasan. Salah satu idea gilanya ialah menurunkan kepala Boeing daripada badanya agar selari dengan tayar.

Meta-Mobile adalah anak syarikat penuh milik Metadome


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online.
Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Sdr Zamri,

Pada 4 Julai saya akan membentangkan kertas kerja di seminar penulisan kreatif di ASWARA, jadi saya tidak dapat hadir ceramah saudara pada tarikh yang sama di POPULAR>

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...