Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Apabila pengarah berkata Action!

Pakai mikrofon di tepi tali leher Sebelum rakaman Rakaman bermula Di sebalik tabir Pagi tadi berada di pejabat dan petang ke PTS bagi rakaman PTS Web TV bagi keperluan laman web http://www.pts.com.my/ , berlatar belakang kain berwarna hitam dan spotlight di sisi, rakaman bagi bicara buku selama sepuluh minit ini akan mengetengahkan beberapa penulis dari masa ke semasa untuk dimuatkan ke dalam laman web ini nanti. PTS Profesional bahagian Pendidikan membuka gelanggang dan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai pembuka bicara. Terima kasih kepada krew produksi, pengacara Tuan Fadzli Yahya Ahmad, Pengarah, Tuan Hisham Salmin dan jurukamera serta audio, Tuan Izwan serta rakan yang datang menjadi jurukamera sampingan, Tuan Syaiful Hizam kerana sama-sama memeriahkan dunia buku ke dalam dunia internet. Kita meng'Oprah Winfrey'kan dunia buku ini! ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier

Permudahkan jangan disukarkan

Simple. Mungkin istilah ini menjadi konsep laman web baru http://www.zamrimohamad.com/ , ketika saya memfokuskan diri kepada buku-buku terbaru bagi tahun 2008, saya juga sedang menantikan bahan penulisan penulis-penulis bersama untuk dikemaskini, ditambah dan disusun mengikut keperluan buku. Pembaca memberi kepercayaan kepada kita dengan nilai wang yang ditukar dengan buku hasil karya kita. Maka perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa penting bagi penulis lakukan. Laman web saya sedang dipermudahkan dari sudut pautan, persembahan dan isi kandungan agar ia tidak menyerabut kepala pengunjung. Bukankah kata nabi, "Permudahkan jangan disukarkan."   ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan d
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Wajah 1998

Dari kiri, Awie, Azrulizam, Yazid, Hadi dan Zamri Bagi sebahagian, mereka sudah kenal mengenali sejak zaman kanak-kanak. Bagi saya ini adalah tahun ke 14 kami kenal satu sama lain sejak tahun 1993 selepas saya berpindah masuk ke SMK Tinggi Melaka, kami membawa haluan masing-masing tanpa menidakkan nilai kepentingan persahabatan yang terjalin di sekolah itu. Saudari Johari mengadakan majlis barbeque Aidilfitri semalam (Ahad, 28 Oktober 2007) di rumahnya, Presint 10 Putrajaya. Inisiatif kepada penghasilan web forum MHS98 Forumotion menjadi titik tolak kepada beberapa siri perjumpaan melibatkan ziarah, majlis berbuka puasa dan segala macam lagi yang disusun pada masa akan datang. Forum ini baru sahaja dilancarkan oleh saudara Nizam atau dikenali dengan gelaran Boboy. Saya perlu berterima kasih kerana inisiatif ini menjadikan kami mudah menghubungi satu sama lain. Jika tidak, masakan sahabat saya saudara Kamal Ebby Shah boleh mendapatkan nombor telefon saya jika beliau sendiri tidak menyer

Buat sekali makan berkali-kali

Saya membelek akhbar Utusan Malaysia yang dibeli oleh saudara Haeqal pada hari Sabtu lalu. Sebuah iklan menarik perhatian saya. Bola Kampung setiap Isnin jam 7.00 malam di RTM 1. Iklan satu muka penuh warna ini menarik perhatian saya kerana ia adalah siri kartun yang dihasilkan sekali tetapi makan berkali-kali. Saya melihat senarai produk lain yang dihasilkan dari siri Bola Kampung yang turut dipaparkan dalam iklan. Apa maksudnya? Pertama, siri Bola Kampung dihasilkan dalam bentuk animasi untuk siaran televisyen, maka penciptanya menerima pendapatan daripada animasi itu. Kedua, animasi itu diberi hak penerbitan dalam bentuk buku. Perlesenan diberi kepada Teck Huat (C) Co. Sdn Bhd. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari buku. Ketiga, animasi dijadikan dalam bentuk barangan apabila siri merchandise dilesenkan kepada J.Calli. Dalam situasi ini ia dijadikan rekaan bagi payung, pensil, rantai kunci dan kemeja T. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari J.Calli. Keempat,

Ini 'gua' dan 'lu' Tuan Rumah

Sangkanya Aidilfitri pertama Kuala Lumpur lengang, sebaliknya berlaku. Lebuh raya PLUS ke Melaka sesak dan perjalanan yang mengambil masa dua jam menjadi lebih panjang. Tidur dalam kenderaan pun tidak selesa, sakit tengkuk dibuatnya. Sampai sahaja di perkarangan rumah, kelihatan kenderaan guru sekolah saya. Ustazah Asma dan suami, Tuan Haji Zainal datang menziarah. Kami menjadi saudara meskipun isteri Tuan Haji Zainal yang merupakan ibu saudara saya dahulu sudah meninggal dunia kerana barah lebih 15 tahun lalu. Duduk bercerita mengenai sekolah. Ramai guru yang pernah mendidik saya telah bersara. Bersara dari profesion dan bersara dari dunia. Keadaan sekolah sudah jauh berubah cuma kenangan-kenangan itu apabila dibawa berbual seperti baru semalam sahaja berlaku. "Assalam alaikum" Suara memberi salam. Kawasan kampungku seperti mana tempat-tempat lain meriah dengan kedatangan tetamu ke rumah. Tetapi tetamu bagaimana yang datang? Kanak-kanak tidak ramai seperti dahulu. Penagih da

Magnet Cinta di Singapura

Salbiah Sirat Tebans Gardens Road Jurong, Singapura. Jika tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta di Malaysia. Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang cinta. Bagi pendapat Sal, cinta adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat dalam jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Encik zamri yang menulis buku itu ya. Tahniah! Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat. Sal jika hendak menulis buku, mungkin berkenaan motivasi cinta dan minda. Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan marah ya! Gurau sahaja! http://sarqina.multiply.com/ Testimonial disusun semula dari mesej asal. Daripada penulis: Terima Kasih, saya dan rakan-rakan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saudari dan pasangan di dunia dan akhirat. Moga-moga pengalaman cinta saudari akan menjadi ibadah yang diredhai dan inspirasi kehidupan yang lebih baik dan indah buat teman-teman di sekeliling. Sebarang komen, cadangan, kritikan yang boleh memperbaiki diri dan pengkaryaan yang bermanfaat amat dialu-alukan. T

Kini semuanya di Singapura online!

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas kini boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan sekitar Singapura. Laman web Live.Life@eCitizen diwujudkan oleh tujuh agensi kerajaan di Singapura. Bagi warga Singapura yang hendak membaca buku Zamri Mohamad bolehlah melayari laman web ini. http://www.livelife.ecitizen.gov.sg/recreation/nlb/search/searchForm.asp Isikan nama penulis dan dikategorikan di bawah carian author . Bagi buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, taip tajuk buku dan kategorikan carian di bawah carian title . Laman web ini memudahkan warga Singapura membuat tempahan pinjaman awal dengan caj perkhidmatan dikenakan oleh pelanggan. Jika buku-buku carian memenuhi citarasa saudara atau bercadang menghadiahkan buku bacaan kepada orang disayangi, kunjungi kedai buku online kami di sini. Selamat membaca! ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia,

Show me your tongue!

Masih cerita hari raya aidilfitri. Ibu saudara saya berkongsi satu tip, bagaimana hendak mengajar anak kecil melakukan sesuatu apabila sudah sampai masanya. Ada ibu yang sukar menyuruh anaknya membuka mulut ketika pemeriksaan doktor. Mereka tidak dilatih berbuat demikian. Ibu saudara saya adalah nenek kepada cucunya yang ketika itu berumur setahun enam bulan. Biasanya si nenek akan mengulang-ulang arahan yang akan dilakukan oleh si kecil. "Asyraf, show me your tounge," si nenek juga melakukan perkara yang sama. Maka si kecil mengikut. Kerana kerap dilatih, si kecil sudah biasa dengan arahan ini. Tiba waktunya di klinik, si doktor pula mengulang arahan yang sama. Si kecil menjelirkan lidah dan kemudian doktor melakukan pemeriksaan. ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada

Ketupat dan rendang angkasa

Dr Syeikh Muszaphar, flight participant (klik gambar) Sunita Williams, NASA Astronaut (Klik gambar) Pagi-pagi raya selepas bersolat di masjid sekitar Ukay Perdana, saya mendengar Nizal Mohamad menyebutnya berkali-kali, "Seperti kita dengar Dr Syeikh Muszaphar adalah angkasawan atau astronaut bukan penumpang atau peserta ke angkasa." Beberapa kali ia disebut dalam berita Angkasa, siaran khas ASTRO yang menyiarkan perjalanan Dr Syeikh Muszaphar sebagai warganegara Malaysia pertama ke angkasa. Ia menjadi isu di dalam negara. Malah ketika pelancaran gelaran astronaut diberikan kepada semua krew termasuklah anak tempatan ini. Apa pun isunya, buku teks sejarah negara akan berubah wajah. Cerita baru akan timbul dan akan dibaca serta menjadi soalan dalam peperiksaan di sekolah-sekolah. Digelar penumpang, peserta atau angkasawan, soalnya apakah hasil eksperimen sembilan hari beliau di angkasa boleh dijadikan bahan yang berguna untuk perkembangan negara. Ada ura-ura mengatakan, video

Salam Aidilfitri

Apa yang boleh saya ucapkan melainkan memohon kemaafan kepada para pembaca blog ini yang sering menjadikan diri saudara-saudari pakar rujuk saya setiap masa. Kehadiran tuan-puan ke laman weblog ini saya iringi dengan ucapan terima kasih dan sekali lagi ucapan Salam Aidil Fitri istimewa kepada semua. Mohon maaf dan halalkan jika ada apa-apa yang dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. Bercuti di Melaka sehingga 21 Oktober 2007 ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Senyum hingga ke telinga

Artikel muncul dalam Islam Online oleh Tuan Abdul Halim Puan Zarina Mohamad Gambar-gambar yang digunakan oleh Islam Online Saya tersenyum ketika ini. Dalam bulan puasa disebut ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu dengan Allah. Pada hari ini saya juga ada kegembiraan peribadi. Rencana berita gabungan tulisan bos, Tuan Abdul Halim dan saya disiarkan oleh akhbar Islami antarabangsa, Islam Online. Ini termasuk semua gambar yang saya ambil sepanjang Sabtu lalu. Tuan Abdul Halim adalah koresponden Islam Online di Malaysia. Beliau yang banyak menghantar saya melakukan tugasan. Bayaran yang paling mahal ialah pengalaman demi pengalaman. Pada penghujung khidmat saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini, banyak benda yang berlaku ya! Rakan-rakan lama menelefon dan ada pula yang menawarkan kerja itu dan ini. Ada pula yang marah-marah saya kerana saya membisukan diri. Maaf rakan-rakan, saya sedang memulihkan diri, pemikiran dan jiwa sambil meneruskan

PTS Web TV: Ucapan Selamat Hari Raya & Tazkirah

Seperti biasa tazkirah Jumaat ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Nada dering sudah berbunyi!

Metamobile sudah melancarkan produk Hari Raya 2007. Siri nada dering dari Trutone sehinggalah Monotone telah disediakan kepada para pelanggan Celcom dan Maxis. Saya sedikit sebanyak sudah terlibat dengan projek yang kami panggil sebagai Urban Raya bersama team grafik di sini yang menjadi penyumbang kreatif bagi produk-produk MetaDome 2008. Tahun ini mungkin perancangan kami agak lewat sedikit, tetapi, dalam masa setahun jika bergerak sedikit demi sedikit banyak benda yang boleh dicapai. Bekerja sebagai pengarah konsep bagi desain yang diperlukan dan pada masa sama menjalankan kerja-kerja urusan pentadbiran kumpulan adalah tugasan baru bagi saya. Tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan bekerja dengan tim grafik yang kreatif dan terbuka kepada idea. Meskipun adakalanya idea kami idea gila-gila! Tetapi bukankan Boeing dahulu terhasil daripada idea gila-gila bagi mencari cara bagaimana juruterbang dapat menurunkan kapal terbang dengan pandangan dan jarak yang tepat dengan landasan. Salah sat