Langkau ke kandungan utama

Wartawan muda berhenti kerja

Cerita kedua

Wartawan muda berhenti kerja. Sebuah penerbit majalah untuk wanita yang beroperasi melebihi 20 tahun masih tidak membayar caruman wang simpanan pekerja. Tetapi rakan wartawan ini diberitahu ia telah ditolak daripada gajinya. Akhirnya beliau berhenti. Beliau mendapat peluang bekerja di sebuah agensi penerbitan yang berkali-kali mempelawanya bekerja di sana.

Menurut beliau, perbelanjaan penerbit majalah ini ialah RM200,000 sebulan (?), ramai pengiklan tidak membayar sewa ruang sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Penerbit ini juga tidak begitu kisah jika ada pekerja berhenti. Sebabnya pasti ada yang akan memohon jawatan itu.

Sayang sekali majalah yang diterajui oleh seorang datin ini memberi bayangan pentadbiran yang kurang elok. Saya diberitahu, pekerja di dalam organisasi ini sedang mengumpul banyak bahan bukti untuk diadukan ke pihak berkenaan.

Sahabat wartawan ini berhenti dengan notis 24 jam setelah permintaan beliau tidak diendahkan, gaji yang diterima pula adalah gaji bulan enam yang tertangguh dan gaji penuh bulan tujuh tidak dibayar atas alasan sudah berhenti kerja.

Siasat organisasi tempat kita bekerja walaupun usianya sebaya pelajar di universiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...