Langkau ke kandungan utama

Terima kasih menjadi ucapan ganjil

Krisis santun budaya dalam masyarakat Melayu telah menjadikan ucapan terima kasih seperti sesuatu yang ganjil.

Inilah antara perkara-perkara kecil yang kami dapati sepanjang program minggu lalu.

Ucapan terima kasih menjadi asing sekiranya tidak dibuat sesuatu.

Menurut beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini, mereka telah dimaklumkan bagi mengucapkan terima kasih dalam keadaan-keadaan ini,

  • Pertama : Ucapkan terima kasih kerana kesudian mereka menghadiri program.
  • Kedua : Ucapkan terima kasih apabila mereka duduk ditempat yang disediakan.
  • Ketiga : Ucapkan terima kasih di pintu keluar apabila mereka pulang.

Ucapkan terima kasih menyebabkan mereka terkejut sehingga tidak tahu apa yang hendak direspon. Ucapan terima kasih membuat mereka rasa berada dalam keadaan yang ganjil dan jarang dibuat orang. Boleh jadi, ucapan terima kasih dalam keadaan-keadaan ini menjadikan pengucapnya terlebih baik di mata penerimanya. Ini dapat dilihat daripada wajah-wajah yang berubah dan berbeza.

Pensyarah saya pernah berkongsi ceritanya ketika bekerja di restoran Jepun. Mereka diajar mengucapkan terima kasih dan sila datang lagi apabila pelanggan beredar. Ada kalanya mereka perlu berlari keluar untuk mengucapkan terima kasih meskipun pelanggan sudah berada di luar premis. Ia diucapkan dengan nada yang tinggi.

Catatan buat penganjur program di kalangan pelajar dan kakitangan, kita gandakan ucapan terima kasih sehingga ia tidak menjadi asing lagi. Walaupun ia ceramah agama di dewan besar, pastikan jawatankuasa yang bertugas mengucapkan terima kasih dari pintu masuk sehingga ke dalam.

Kita sedang mengalami krisis santun budaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...