Langkau ke kandungan utama

Temuduga rahsia

Dua cerita.

Satu cerita temuduga kerja, satu lagi cerita berhenti kerja.

Cerita temuduga kerja.

Berhati-hati dengan organisasi yang memanggil saudara bagi menghadiri temuduga kerja. Kisahnya berlaku tiga hari lalu, sahabat saya memohon pekerjaan melalui iklan bahasa Inggeris tempatan. Tidak sampai dua hari, satu panggilan temuduga diterimanya. Beliau diminta menghadiri sesi tersebut di sebuah bangunan berhampiran KL Sentral.

Jam 10 pagi, beliau berada di sana. Sementara menunggu, sahabat ini bertanyakan beberapa soalan berkenaan organisasi ini. Petugas di kaunter seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu. Tidak berterus terang dan tidak memberi maklumat jelas mengenai organisasi tersebut.

Sahabat saya dipanggil masuk. Penemuduga ialah dua orang perempuan yang muda. Ini lebih menghairankan beliau. Baya umur kelihatan tidaklah jauh beza dan soalan-soalan diberi berdasarkan apa yang diisi dalam borang di luar sebentar tadi.

Hari kedua, beliau melayari laman web. Rupa-rupanya organisasi ini mendapat reputasi buruk dalam sebuah forum. Ada yang sukarela menceritakan pengalaman buruk mereka. Ia adalah organisasi menjalankan urusniaga FOREX.

Cerita buruk di internet, penemuduga yang terlalu muda dan sikap berahsia oleh kakitangan organisasi terbabit. Tiga unsur yang perlu kita hati-hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...