Langkau ke kandungan utama

“Saya gagal,” katanya.

“Saya gagal,” katanya. Belakang badan beliau ditepuk-tepuk oleh rakan alumni lain di sebelahnya. Ambil tanggungjawab risiko sendiri.

Itulah jawapan beliau dalam pertemuan alumni semalam. Pertemuan bedah siasat.

Beliau optimis apabila memilih protegenya meneruskan kerja-kerja majlis perwakilan residen. Dalam perspektif sebenar, ia menjadi sumpahan makan tuan.

Malam itu beliau ditegur kerana keyakinan melampau terhadap anak buahnya. Yakin dengan minat semata-mata dan latar bahasa kedua yang baik menjadikan ia pukauan selama setahun.

Bekas pemimpin sekretariat ini hanya diam melihat rekod gagal protegenya.

Kata orang pertama, “Dahulu, kita ada lima penerbitan. Ini satu pun tidak ada. Cakap sahaja lebih. Boleh itu dan ini.”

Kata orang kedua “Dahulu ketika memohon jadi ahli sekretariat, katanya semua boleh. Sabtu dan Ahad tidak dapar hadir kerana mengajar. Kenapa tidak fikir begitu ketika mohon dahulu. Ingat kita bekerja waktu hari kerjakah?”

Kata orang ketiga, “Dahulu kata akan terus dengan penerbitan walaupun sudah tamat khidmat.”

Dahulu, dahulu dan dahulu. Semuanya membuat dirinya diam lagi.

Protégé baru muncul. Rangka kerja baru disusun. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kegagalan di hadapan rakan-rakan alumni kini dibuang jauh-jauh.

Fokus kepada orang baru dan hasil baru.Cerita semalam disimpan baik-baik buat pedoman.

“Jangan kerana dia tahu betulkan tatabahasa orang, maknanya dia pandai dan boleh buat kerja. Lihatlah sekarang. Tengok, orang dahulu yang tidak pandai mana pun lebih efektif kerjanya,” terkena lagi si dia yang mendengar.

Katanya kembali, “Rakan-rakan alumni, terima kasih atas bedah siasat ini.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .