Langkau ke kandungan utama

Promo, promo, promo!




Ingatkah saudara bagaimana saya mempunyai cita-cita melihat penulis Malaysia mempunyai rancangan mereka sendiri di dalam internet?

Sebelum ini saya menunjukkan beberapa buah trailer promo buku dan beberapa penulis Malaysia yang di'You Tube' sebagai memberi konsep bagaimana ia boleh dijalankan.

Sebenarnya saya sedang berbincang bersama seorang rakan bagi menjalankan projek ini.

Borders dan penulis dipromosikan

Hari ini saya melayari laman web Borders Media milik rangkaian kedai buku Borders

Mereka mempunyai tv web mempromosikan buku-buku dalam kedai buku mereka. Saya berikan contoh, para pembaca buku Harry Potter berdiskusi mengenai salah sebuah siri buku Harry Potter. Satu lagi, sebuah rancangan bicara buku bersama penulis yang dipecahkan kepada beberapa siri.

Bagi menghasilkan video yang bagus, ia memerlukan bahan (content), treatment (apa mahu diterjemah ya?), skrip dan jurusolek studio supaya penulis tidak nampak pucat, lesu dan sekali lihat seperti hantu. Tidak dilupakan kumpulan studio yang bagus. Tetapi bagi konsep indie dan kumpulan amatur bawah tanah, kamera video SONY, komputer dan pencahayaan yang mudah sudah membantu bagi menggerakkan kerja mereka.

Terapkan ke dalam universiti

Universiti juga memerlukan pendekatan ini bagi mempromosikan ilmu-ilmu mereka. Boleh digunakan sebagai medium 'memaksa' anak murid mereka menonton sebagai sebahagian daripada tugasan mereka. Maka selepas ini DVD hiburan mereka hanyalah wajah para pensyarah dalam talk show mereka sendiri.

Saya pernah mencadangkan perkara ini. Apa kata si pakar yang sudah 20 tahun menjaga tempat yang sama.

"Kalau pelajar yang uruskan studio untuk benda-benda ini, rosak dan susah hendak ganti."

Oh patutlah. Sehinggakan barang-barang itu sudah ketinggalan zaman dan rosak kerana tidak digunakan dan terjatuh pecah dilanggar orang sebelum beroperasi lagi.

Jika ada mana-mana penggerak universiti yang idealis, optimis dan sedia mengambil risiko inginkan contoh kertas kerja konsep. Saya sedia memberi.

Klik gambar di atas.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...