Langkau ke kandungan utama

Orang seni jiwa sensitif

Sebelum saya diberitahu oleh mentor, Puan Ainon Mohd, saya tidak tahu bahawa jiwa orang seni sangat sensitif. Ada yang sukar ditegur, defensif dan kotak pemikiran mereka tidak menjadi tiga dimensi apabila mereka ditegur. Mereka melihat diri mereka terlalu sempurna dan jiwa mereka tidak boleh dijentik.

Peristiwa semalam

Peristiwa semalam menjadikan saya lebih sedar betapa sensitifnya mereka.

Beberapa tahun lalu saya pernah menegur orang seni yang berbakat dalam muzik Islami di sebuah blog. Beliau dahulunya tinggal sama di satu kolej kediaman. Adik saya meminati lagu-lagunya dan membeli cd beliau.

Adik saya secara tidak langsung mendorong saya mencipta personal attachment dengan figura hiburan ini. Ini membuat saya hendak berkawan dengan beliau, moga-moga boleh belajar dari beliau.

Pernah saya memberi salam dan senyum, beliau hanya senyap dan tidak memberi respon. Berkali-kali saya terkena begitu sehinggakan saya penat hendak menegurnya kembali.

Saya sampaikan maksud hati saya kepada rakan perempuan beliau di blog agar memaklumkan kepada si artis islami ini agar senyum dan beramah sedikit apabila bertemu dengan orang di kolej. Itu sahaja ceritanya.

Peristiwa hari ini

Selepas dua tahun, semalam beliau bertemu dengan rakan-rakan yang juga pembaca buku saya. Diceritakan peristiwa itu kepada mereka. Beliau memberitahu mereka bahawa mengenali saya dengan gambaran saya mengutuknya di blog rakan beliau.

Kemudian penulis buku motivasi ini mengajukan soalan kepada mereka, "Inikah sikap penulis?"

Cerita rakan-rakan ini sampai kepada saya, bertanyakan sama ada saya melakukan perkara itu. Saya terkejut dengan cerita itu.

Saya katakan ya bagi cerita yang disampaikan itu. Ya kerana menegur bukan mengutuk. Jika itu menjadi kesalahan, saya sedia memohon maaf.

Sudah silap tafsir

Nampaknya orang seni ini sudah silap tafsir dan mencipta persepsi yang sangat negatif.

Benarkah kata nabi, kebenaran itu pahit. Sukar bagi kita menerima kebenaran sehingga ia dilihat sebagai serangan terhadap kesempurnaan yang dicipta dalam diri.

Barulah saya faham mengapa hadis nabi disampaikan dengan penutupnya sampaikan kebenaran meskipun kebenaran itu pahit. Dalam cerita ini, boleh jadi metodologi saya silap. Peristiwa ini menjadi guru saya.

Beliau kini menulis buku motivasi, lesen motivasi apakah sehinggakan beliau mencipta label terhadap orang lain tanpa bertanya punca keadaan terlebih dahulu.

Kini saya tahu betapa sensitifnya orang seni.

Tidak ada irama boleh melunakkan.
Tidak ada magis boleh menghilangkan.
Tidak ada kartun boleh menceriakan.
Selagi persepsi yang betul tidak diberikan.

Saya kini berhati-hati dengan orang seni dan mana-mana public figura, sangat bahaya kenyataan mereka jika salah sampai. Saya juga perlu belajar mengawal diri agar tidak sensitif apabila adanya komen-komen seperti ini.

Saya tidak boleh dirinya dan menerima pandangan saya, tetapi saya boleh ubah diri dan keputusan dalam apa-apa keadaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .