Jumaat, Ogos 17, 2007

Fail Foto

Apakah itu Fail Foto?

Saya mempelajari perkara ini daripada jurufoto berita. Apabila mengambil gambar bagi satu program, ambil seberapa banyak gambar dan jadikan koleksi foto. Ia boleh digunakan bukan sahaja untuk program itu sahaja, tetapi dalam keadaan lain ia juga membantu.

Sebagai contoh, saya menggunakan gambar yang sama bagi dua media berbeza pada bulan yang berbeza. Gambar rektor diambil dari sisi berlainan. Jika media A gunakan gambar rektor pada sisi kanan, media B pula akan menggunakan gambar rektor pada sisi kiri.

Fail Foto digunakan sebagai bahan sokongan jika tidak ada gambar bagi acara dalam liputan. Sebagai contoh, dalam satu majlis makan malam bersama bekas pelajar UIAM, kami tidak mempunyai sebarang gambar. Sebagai ganti Fail Foto mempunyai gambar makan malam dalam acara lain atau acara yang sama pada tarikh berbeza.

Mengikut wartawan ini, ada keadaan beliau memerlukan 30 keping gambar bagi memilih satu keping untuk dicetak dalam media.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates