Langkau ke kandungan utama

Bicara Buku, MPH Midvalley

Penulis-penulis PTS, wakil PTS Pro dan MPH bergambar selepas program.
Tuan Sunthara Segar
Jumlah rakyat Malaysia muflis meningkat.
Bunting promosi
Quill terbaru kini di pasaran. Baca sebelum program bermula.
Tuan Shamsuddin Kadir bersama khayalak.
Mereka yang datang mendengar.
Khusyuk.
Mendengar respon.

Ahad ialah hari cuti, hari kita duduk di rumah. Tetapi saya keluar ke Mid Valley. Pada hari ini, dianjurkan program bicara buku bersama Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Sunthara Segar. Majalah Quill telah pun diedarkan di MPH. Wajah-wajah penulis tempatan menghiasi setiap halaman bagi edisi khas kemerdekaan ini.

Pergi ke Mid Valley lebih mudah berbanding ke Alamanda bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam di sana. Datang ke Mid Valley bagi memberi sokongan kepada rakan penulis yang memberi ceramah bukunya di situ. Ia terletak di tengah-tengah MPH berhadapan pancuran air.

Kebanyakan pengunjung berbangsa Cina dan Melayu memenuhi ruang legar. Tamat sahaja program, saya ke kedai buku Book Xcess di lokasi baru sebagaimana diberitahu oleh Jacquline sebelum ini. Cuma hari ini beliau tidak ada di sana kerana ke gereja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...