Langkau ke kandungan utama

Apakah kata bos kepada saudara hari ini?

Buku Malaysia At 50; Achievements and Aspirations mempunyai kenangan peribadi tersendiri dalam hidup saya. Buku yang baru sahaja dilancarkan oleh Pak Lah di Putrajaya pada hari Isnin lalu diterbitkan bersama oleh Research Centre dan Thompson.

Buku kulit keras ini dijual pada harga RM150. Ia adalah buku edisi khas merdeka. Lapan buah naskhah yang dibawa ke sana pada hari itu habis dijual.

Apa menariknya buku ini?

Tidak ada nama saya di situ melainkan bos, Tuan Abdul Halim Taib. Beliau bersama-sama Dr Che Mahzan menulis mengenai sejarah BERNAMA sebagai agensi berita terawal di Malaysia. Dalam ramai-ramai Top Gun, Tuan Abdul Halim memecah dominasi dengan menyumbangkan buah fikiran beliau dalam buku ini. Pengalaman selama 20 tahun di BERNAMA dicurahkan dalam penulisan berbentuk akademik.

Seingat saya, tugas hanyalah sekadar menaip dan mendapatkan satu dua maklumat dalam artikel beliau. Selebihnya, tugas-tugas utama beliau dan Dr Che Mahzan bagi menyelesaikannya.

Esoknya saya ke pejabat dan mengucapkan tahniah atas pelancaran buku itu.

Jawabnya, "You are also part of this effort too."

Rasa pujian ikhlas beliau meresap dalam hati. Bos jika memuji secara spontan menjadikan anak buah semakin bersemangat bekerja dan berkhidmat. Penghargaan bos terhadap usaha kecil anak buah menjadikan mereka lebih bertekad memberikan daya usaha 200%

Satu perkataan yang mudah boleh mengocak emosi dan menolah daya semangat kita.

Apakah kata bos kepada saudara hari ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...