Langkau ke kandungan utama

Weltanschauung kampus yang sempit

Ada tiga entiti yang menjadi tiang bagi sebuah universiti untuk menjadi tersohor.

Pertama: Pelajar
Kedua : Pentadbir dan kakitangan
Ketiga : Ahli akademik

Tanpa ketiga-tiga ini universiti tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Sebagai contoh, jika pelajar berjaya memenangi sesuatu sudah pasti cuba disebar luas melalui akhbar. Seboleh-boleh ia hendak dikeluarkan secara kerap di media. Tanpa pelajar, universiti mati.

Kedua, tanpa pensyarah yang konsisten dengan penyelidikan, universiti juga akan mati.

Ketiga, tanpa kakitangan dan pentadbir yang berfikiran jauh, universiti akan mati.

Ia mempunyai kaitan berangkai. Malangnya jika kita berhadapan dengan kakitangan yang mempunyai Weltanschauung kampus yang sempit. Apa yang saya maksudkan dengan sempit?

Kita ambil contoh, program pelajar (sebenarnya ia gabungan pelajar dan staf, tetapi kita andaikan pelajar 100 peratus) BMW Shorties Screening diadakan di kampus.

Pemilik Weltanschauung kampus yang sempit akan berkata, "Ini adalah program kecil tanpa VIP yang besar (sebab yang berkata tidak ambil tahu siapa yang datang). Lagi pun ia program kecil peringkat pelajar."

Kebiasanya orang seperti ini tertipu dengan pengalaman sendiri. Pengalaman yang luas disangka terlalu luas sehingga bersikap tidak optimis dengan daya usaha orang lain.

Pemilik Weltanschauung kampus yang luas akan berkata, "Ini kerjasama awal yang bagus. Selepas ini buat susulan dengan badan korporat tersebut dan ajukan cadangan untuk projek filem pendek di universiti. Boleh jadi pandangan hidup Islami dapat dibawa ke Cannes dengan filem pendek sebagai mediumnya."

Amat bahaya apabila universiti mempunyai kakitangan yang mempunyai Weltanschauung kampus yang sempit. Ia membunuh potensi pelajar dan melemahkan semangat serta kreativit mereka.

Pemerhatian saya bermula sebagai pelajar dan kakitangan sambilan mendapati apabila program pelajar memberi keuntungan kepada universiti baik dari sudut wang dan imej, ia segera diserapkan sebagai program universiti.

Pelajar juga berperanan menjalinkan hubungan universiti dengan industri. Hubungan dua hala ini yang selalu dilihat oleh pentadbir atasan dengan Weltanschauung yang sangat luas. Samalah seperti kerjasama antara pensyarah di dua buah universiti berlainan.

Jika ditanya pandangan peribadi saya, kakitangan dengan Weltanschauung yang sempit harus diubah set pemikiran atau perlu melangkah keluar dari garis universiti. Mereka adalah pembunuh dalam senyap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...