Langkau ke kandungan utama

Solek mencantikkan dan solek studio, sama atau berbeza?

Akhirnya isu ini menjadi kontroversi dan muncul dalam sebuah akhbar politik islami (?), Zapin UIAM memakai alat solek ketika mengadakan persembahan. Bermula daripada sms dalam akhbar saiz kompak kini ia menjalar ke akhbar islami (?) ini. Mereka dikatakan menyerupai perempuan kerana bersolek.

Sebenarnya saya kurang senang dengan pendekatan akhbar politik islami ini. Apabila menerima sumber dari surat-surat, e-mel dan sms, terus disiarkan. Saya berfikir sama ada akhbar ini mempunyai kumpulan penyelidik dan kumpulan wartawan bagi berita berunsur 'investigative news'.

Ini belum ditambah dengan gerakan politik islami pelajar yang cepat panas dan melayangkan surat kepada akhbar tanpa adanya investigative team sendiri.

Kadangkala saya sendiri keliru, akhbar Malay Mail dalam menyiarkan kes bunuh Noritta tahu betapa pentingnya menyediakan kumpulan wartawan dalam fokus yang berbeza (mahkamah, polis, individu dan keluarga) dengan jumlah wartawan yang ramai bagi setiap fokus untuk memastikan berita itu dibawa dalam perspektif yang pelbagai. Tetapi, isu solek zapin UIAM, berapa cabang perspektif yang diberikan?

Satu. Saya ulang satu.

Adilkah?

Kumpulan zapin ini lebih ke hadapan dengan menghantar soalan kepada al-ahkam.net untuk mendapatkan penjelasan. Kita ingin tahu apakah hukumnya memakai alat solek untuk pencahayaan studio atau pentas dan alat solek untuk hiasan mencantikkan wajah seperti yang digunakan oleh kaum perempuan. Ia dua benda yang berbeza.

Alat solek untuk pencahayaan tidak sesuai dijadikan pencantik muka, ia mencerahkan wajah dengan mengimbangi pantulan cahaya sepeti digunakan di studio gambar. Lampu pentas dan studio bukanlah seperti lampu meja di bilik kita.

Saya percaya mereka yang menyiarkan sms, surat dan disiarkan oleh akhbar ini tidak tahu apa bezanya dua alat solek ini. Apa pun, saya masih menunggu jawapan al-ahkam.net

Saya pernah mengalami masalah untuk rakaman promo Ansar Channel, MITV. Mahu tidak mahu saya perlu diberi sedikit sentuhan solekan studio kerana kamera mengesan wajah saya 'berkilat'. Ada kalanya wajah orang yang kelihatan pucat perlu diceriakan hadapan kamera agar tidak nampak seperti mayat hidup.

Akademi Al Quran di studio TV9 pun memakai alat solek untuk tujuan studio.
Rabbani dan Raihan pun memakai alat solek untuk tujuan studio.
Artis-artis islami pun perlu memakai alat solek untuk tujuan studio bagi mengambil gambar kulit album

Kita sedang membincangkan isu tentang dua jenis alat solek ini. Menantikan jawapan daripada al-ahkam.net

Entri ini bukan membela kumpulan zapin UIAM, tetapi memberi mereka ruang penjelasan yang lebih seimbang dan adil untuk kedua-dua pihak.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Hmmm... kadang-kadang batas antara kedua-duanya kabur... ini lebih-lebih lagi apabila yang disolek itu perempuan... sehingga ustazah pun mulutnya disolek sampai nampak tebal dan bagaikan delima merekah! Walaupun ustazah itu tidak setuju, si make-up artis itu tenyeh juga - biar cantik, katanya.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .