Langkau ke kandungan utama

Saya ada dua pilihan.

Apabila kita marah, ada dua alternatif sebagai cara menyalurkan marah.

Pertama, memarahi orang itu. Hamburkan semua yang tersirat di dalam dada.
Kedua, marah dengan penyelesaian.

Saya berhadapan dengan masalah komputer lagi. Kerana tidak ada pengetahuan yang mendalam tentang komputer, saya mohon bantuan orang lain. Pada mulanya ia tidak menjadi. CD program tidak dapat dibaca maka komputer tidak dapat diformat.

Ia mengambil masa selama tiga hari. Sepanjang tiga hari saya tidak dapat menulis. Saya berhutang 18 halaman dan perlu membayar secepat mungkin. Kemudian saya mencadangkan individu itu memasukkan semula program asalnya. Katanya esok, maka saya bersetuju. Tidak mahu pening-pening kepala lagi.

Pada tengah hari keesokan harinya, saya pergi ke pejabat semula. Individu itu sedang membantu saya membaiki komputer, tetapi tidak menggunakan komputer yang saya mohon dibaiki.

Komputer pilihan saya itu tidak mempunyai akses internet. Perisian Windows 1998. Jika digunakan untuk tujuan menulis tidak ada apa-apa masalah. Sebaliknya individu ini hendak menggunakan komputer satu lagi yang boleh diakses internet.

Malang sekali, situasi yang sama berlaku. Komputer itu sama seperti tiga hari lalu, tidak dapat membaca CD program.

Akhirnya individu itu akur dengan permintaan saya semalam. Gunakan komputer lama itu kerana saya perlu menghabiskan kerja yang tertangguh. Kerja tertangguh melibtakan buku yang sudah menghampiri dateline dan kerja-kerja pejabat yang memerlukan saya menulis.

Malang sekali lagi, keadaan lebih teruk. Komputer lama itu tidak dapat mengesan monitor. Berkali-kali dicuba tidak berkesan.

Saya marah kerana permintaan semalam yang mudah disusahkan oleh beliau. Semuanya gara-gara hendak mendapatkan akses internet.

Saya ada dua pilihan.

Pertama, memarahi orang itu. Hamburkan semua yang tersirat di dalam dada.
Kedua, marah dengan penyelesaian.

Saya memilih penyelesaian kedua. Saya angkat ganggang telefon, menghubungi abang yang sangat tahu hal ehwal komputer. Petangnya saya datang mengambil komputer lain sebagai ganti buat sementara waktu.

Jika saya marah, saya salahkan beliau. Saya akan merugikan diri sendiri. Hari ini dia melakukan kesilapan. Tetapi kita masih memerlukan dia sebagai rakan. Maka, memilih saluran marah yang pertama hanya menjadikan saya lebih rugi.

Mohon maaf ya jika teguran saya berkenaan cakap-cakap kosong di UNIKA sedikit kasar. Mood saya memang tidak baik semalam., Hari ini saya sudah berhutang 24 halaman.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .