Langkau ke kandungan utama

Santapan Minda Bulan Ini


Saya berkesempatan membeli beberapa buah buku untuk projek buku seterusnya di KL Sentral selepas kelas bimbingan KJ Method oleh Puan Ainon Mohd. Buat makluman para pembaca, buku-buku ini boleh didapati pada harga yang murah di Nile Book Store dengan potongan 50%. Harga asal buku-buku ini sebelum diskaun sekitar 50-60 ringgit setiap satu. Ia adalah buku-buku Barat yang dicetak semula di India dan dijual pada harga lebih rendah. Kemudian dibawa masuk ke Malaysia. Saya tidak sempat mengulas buku-buku ini di dalam blog.

Buku ini pula adalah soal jawab seorang penyelidik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan beberapa paderi dalam bidang perbandingan agama. Ia menyenaraikan soalan-soalan paderi mengenai Islam, nabi Muhammad dan Quran. Sebuah buku berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Dihadiahkan oleh beliau ketika program Friendly Comparative Religion Series di UIAM.

Ulasan