Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2007

Berjaya seorang diri, berjaya ramai-ramai?

Saya berkesempatan menghadiri konvokesyen khas penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentabdiran Perniagaan kepada Putera Al-Waleed Talal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuan ke sana bagi tujuan liputan berita ringkas bagi buletin universiti. Beliau merupakan orang ke lima terkaya di dunia. Apa kesimpulan dari peristiwa ini? Pertama. Kekayaan adalah medium untuk meningkatkan ekonomi orang Islam yang lain untuk sama-sama membangun. Putera Al-Waleed Talal mendermakan RM3.4 juta kepada UIAM bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan akademik. Kedua. Penghargaan atas kejayaan seseorang sentiasa diraikan dan pastinya cerita yang sama jika kita berjaya memenuhi tuntutan Allah, kejayaan di syurga juga akan diraikan oleh makhluk di langit. Ketiga. Tanam azam untuk berjaya dan menjalankan fungsi hamba Allah yang memenuhi karakeristik orang berjaya. Berjaya seorang sahaja tidak ke mana. Kita jayakan orang lain bersama dengan kemampuan dan bakat yang Allah beri. Satu ingat

Santapan Minda Bulan Ini

Saya berkesempatan membeli beberapa buah buku untuk projek buku seterusnya di KL Sentral selepas kelas bimbingan KJ Method oleh Puan Ainon Mohd. Buat makluman para pembaca, buku-buku ini boleh didapati pada harga yang murah di Nile Book Store dengan potongan 50%. Harga asal buku-buku ini sebelum diskaun sekitar 50-60 ringgit setiap satu. Ia adalah buku-buku Barat yang dicetak semula di India dan dijual pada harga lebih rendah. Kemudian dibawa masuk ke Malaysia. Saya tidak sempat mengulas buku-buku ini di dalam blog. Buku ini pula adalah soal jawab seorang penyelidik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan beberapa paderi dalam bidang perbandingan agama. Ia menyenaraikan soalan-soalan paderi mengenai Islam, nabi Muhammad dan Quran. Sebuah buku berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Dihadiahkan oleh beliau ketika program Friendly Comparative Religion Series di UIAM.

Foto-foto Festival Buku Popular 2007

Baca entri di sini http://motivasiminda.wordpress.com/2007/05/26/cerita-festival-buku-popular-2007-di-klcc/ Buku-buku bahasa melayu di dewan lima, masuk dari pintu utama kemudian ke kanan. Pemasaran buku di kain rentang gergasi di sepanjang dinding dewan. Meng' artis 'kan penulis pendekatan penerbit buku-buku Cina yang disediakan pada kain rentang (banner). Gerai jualan buku dari Taiwan Pengunjung sedang khusyuk membaca. Penganjur menyediakan bakul untuk para pengunjung. Kaunter pembayaran setempat yang dikerumuni orang ramai. Di ruang legar Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Para pengunjung di seksyen buku bahasa melayu. Gerai jualan buku dari China Gerai jualan buku dari Malaysia dan Singapura Bersama kartunis dan novelis Ujang (kanan) dengan karya bestsellernya, JIBAM. Vic (kiri) finalis Malaysia Idol pertama Abang Rem, One, Ujang dan Cik Azarina selepas sesi bersama kartunis dan novelis Creative Enterprise . Pengacara program bersama penulis yang komited d

Mesej sama, impak berbeza

Kisah pertama. Isa melihat Adam berjalan keluar dari simpang rumahnya. Cepat-cepat Isa memanggil, "Adam, marilah ke sini. Aku hendak bercerita dengan kamu." Adam menghampiri Isa yang masih duduk di bawak pokok kelapa di tepi jalan. Tanya Adam, "Cerita apa?" Jawab Isa, "Tadi aku baru pulang dari rumah ustaz Robbani. Ustaz kata, kalau kita hendak rezeki murah kita bersedekah. Allah beri lagi banyak pulangan kepada kita." Adam mendengar dengan khusyuk lalu membalas, "Yakah? Kalau begitu hari ini juga aku hendak bersedekah!" Kisah kedua. Isa melihat Adam berjalan keluar dari simpang rumahnya. Cepat-cepat Isa memanggil, "Adam, marilah ke sini. Aku hendak bercerita dengan kamu." Adam menghampiri Isa yang masih duduk di bawak pokok kelapa di tepi jalan. Tanya Adam, "Cerita apa?" Jawab Isa, "Tadi aku baru pulang dari rumah ustaz Robbani. Ustaz kata, kita mesti bersedekah, jangan kedekut. Kau aku tengok asyik membazir sahaja. Dosa

Pembaca lari apabila membaca perkataan ini

Perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan dalam penulisan buku dan blog. Apabila menggunakan perkataan ini, saudara dilihat autokratik dan kelihatan lebih berkuasa dari pembaca. Anda Ia memberi gambaran saudara lebih tinggi kedudukan dari pembaca. Gantikan dengan perkataan kita atau saudara Hendaklah, sepatutnya, harus, mesti, perlu, janganlah Ia memberi gambaran penulisan suka menyuruh-nyuruh, seperti seorang ibu menyuruh anaknya berbuat sesuatu. Jika saudara pembaca, mahukah saudara membaca buku seperti ini? Ia adalah perkataan-perkataan yang menyeru-nyeru.

Pensyarah menjadi penulis!

Saya ucapkan tahniah kepada seorang pensyarah yang juga pembaca jarak jauh Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas kerana artikel beliau keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 25 Mei 2007 lalu. Beliau berutus e-mel dengan saya sepanjang dua minggu lalu bertukar-tukar fikiran dan pandangan. Apabila menerima e-mel beliau, saya rasa seronok kerana kejayaan-kejayaan kecil ini akan menjadi tangga kepada kejayaan lebih besar. Raikan kejayaan ini kerana ia adalah hak tuan untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada pembaca. Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat buat pensyarah ini berkarya. Pensyarah (beliau memperkenalkan diri kepada saya sebagai guru) berumur 33 tahun ini juga menjadi model contoh kepada penulis-penulis baru di luar sana untuk menggerakkan kuasa bertindak dalam diri. Buka komputer dan marilah kita berkarya! Nota: Beliau ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM). Ini adalah contoh penulisan yang bagus. Klik tajuk di bawah.

Jom ke Book Fest 2007!

Assalam alaikum wbt Saya ingin menjemput tuan-puan yang dihormati bersama-sama memeriahkan BookFest 2007. Para pembaca Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dijemput ke gerai jualan buku PTS pada: Sabtu, 26 Mei 2007 jam 5.45 sehingga 7.15 petang di Hall 5 Malay Section, Kuala Lumpur Convention Centre. Maklumat lanjut http://www.bookfestmalaysia.com/about.htm

Menjadi Penulis Bersama

Ada berapa jenis kategori penulis bersama. Berdasarkan apa yang saya tahu dan diberitahu dari beberapa penulis, terdapat beberapa kategori penulis bersama. Kategori Pertama. Penulis baru menggunakan nama individu yang sudah dikenali dalam bidangnya. Individu yang menghasilkan karya tersebut adalah seorang sahaja. Seorang lagi memantau dan mengemaskini buku tersebut. Kategori Kedua. Penulis baru bekerjasama menulis bersama-sama menulis buku tersebut. Pembahagian kerja 50-50. 30-70 atau mana-mana pecahan yang dipersetujui. Kelebihan menjadi penulis bersama kategori pertama. Buku tersebut sudah mempunyai tempat tersendiri di dalam pasaran disebabkan gandingan nama orang lama dan baru. Penulis lama yang bertindak sebagai memantau kerja tersebut dan mengubah mana-mana bahagian yang perlu atau meminta penulis asalnya berbuat demikian agar buku tersebut mengikut standard pasaran dan standard penulis tersebut. Penulis lama tidak akan lepas tangan dengan projek buku tersebut, sebab itu memant

Menangguhkan kepuasan

Assalam alaikum wbt, Hari ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel tidak sepenuhnya. Mereka yang datang melimpah ruah sampai ke belakang. Sudahlah saya lewat, minda saya memang tidak boleh bersedia dengan keadaan lewat. Ia akan jadi tidak stabil. Mahu tidak mahu, saya pergi minum pagi bersama Tuan Faris, abang Mat Jan dan Kak Syikin. Oh tidak dilupakan, Tuan Najib. Beberapa teman sekampus juga hadir, saudara Najhan dan saudara Nizam juga ada bersama. Pensyarah saya, Tuan Amran Baharum juga datang. Moga-moga mereka menjadi novelis jibunsyi selepas ini. Walaupun saya mendengar sedikit-sedikit sahaja. Saya tertarik dengan isi cerita yang disampaikan pada akhir program penulisan Jibunsyi. Menangguhkan kepuasan Menurut kajian, mereka yang datangnya dari kelas pertengahan mempunyai karakteristik ini. Kemampuan menangguhkan kepuasan pada hari ini untuk kepuasan yang lebih besar pada masa akan datang. Contohnya, individu yang menyimpan duit gajinya untuk keperluan akan datang adalah g

Cerita Festival Buku Popular 2007

Saya baru sahaja tiba dari Festival Buku Popular 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Rupa-rupanya saya tidak perlu membeli tiket dua ringgit dengan diberi sebuah katalog dan kertas kuning yang dililit di tangan. Cik Azarina sudah menyiapkan tag khas untuk penulis-penulis buku Melayu di gerai jualan. Tahun ini Popular memperkenalkan konsep terbuka. Tidak ada lagi gerai yang dibuka atas nama penerbitan. Sesak juga hari pertama Festival Buku ini. Kami terpaksa berasak-asak sedikit untuk bergerak dari satu dewan ke dewan. Rupa-rupanya saya tersesat, gerai jualan buku Melayu terleak sebelah kiri dari pintu masuk utama. Saya pula mengelilingi keseluruhan dewan. Kulit buku dari negara Taiwan, Hong Kong, China dan Singapura benar-benar menggoda saya. Meskipun saya tidak memahami bahasa mandarin (belajar pun tidak sampai separuh) maka godaan itu terhenti setakat kulit buku sahaja. Ada beberapa gerai jualan buku yang memainkan video pakar motivasi, EQ dan IQ dalam ceramah. Muda-muda da

Christopher Paolini

Saya menulis entri ini termasuk beberapa entri lain ketika jam 4.30 pagi. Apa yang saya buat pagi-pagi ini? Bertahan sampai matahari terbit. Tidur sebentar dan bangkit semula untuk bersiap ke Kuala Lumpur Convention Centre jam 5 petang bagi sesi autograf (hmm ada orangkah?) Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya petik semula dari Tuan Shaharom TM Sulaiman dalam akhbar KOSMO minggu ini. Sudah lupa bilakah tarikhnya. Cerita tentang penulis buku terlaris ERAGON. Ada sebahagian daripada kita sudah menonton versi filemnya. Ada beberapa tip dalam dunia penulisan yang dikongsi dalam artikel ini. Penulis bernama Christopher Paolini dari Paradise Valley, Montana telah menulis sejak umur 15 tahun. Beliau sebenarnya sudah lama menulis novel ini sepanjang 500 helaian bermula dari umur itu. Christopher berkata, bagi memudahkan beliau menulis novel berat ini, beliau telah membaca buku-buku berkaitan termasuklah Lord of The Ring. Tipnya, jika hendak menulis tentang subjek A, maka bacalah buku yan

Pikat hati bos hari ini!

Layari www.pengaruhbos.wordpress.com "Saya selalu dimarah bos." "Bos bukan faham apa kita mahu. Dia tahu arahkan sahaja." "Aku tidak ada apa-apa masalah. Setakat ini, bos aku memang senang dengan cara aku." "Eh, yakah? Kongsikan kami caranya." Dalam sebuah organisasi, kita berhadapan dengan pelbagai ragam pekerja dengan karenah yang berbeza. Tetapi masing-masing mempunyai tujuan yang sama. Pertama memenuhi tanggungjawab yang diberikan. Kedua mewujudkan rasa selesa dalam suasana bekerja dengan memenangi hati bos. Setiap pekerja mempunyai rahsia memenangi hati bos dengan pendekatan tersendiri. Inilah yang disebut sebagai cara streetsmart, iaitu mempelajari petua memenangi hati bos berpandukan pengalaman orang lain. Laman ini cuba mendedahkan rahsia mempengaruhi bos dengan pendekatan yang praktikal dan sesuai digunakan dalam suasana bekerja tempatan. Ada soalan dan hendak berkongsi pengalama suka duka sepanjang bekerja di bawah bos anda? Kongsikan b

Kongsi Tip Urus Masa!

www.urusmasa.wordpress.com Tip Urus Masa untuk Muslimah Moden adalah blog yang menghimpunkan tip-tip pengurusan masa untuk perempuan dalam berurusan dengan aktiviti seharian. Selain daripada tip-tip yang kami berikan, blog ini amat mengalu-alukan setiap pengunjung berkongsi sekurang-kurangnya dua tip pengurusan masa yang dipraktikan. Catatan pengalaman pengunjung sebagai pekerja, kakitangan pejabar, isteri, adik perempuan, menantu dan ibu dalam mengurus masa amat kami perlukan dalam menyebarkan ia kepada pembaca-pembaca lain. Sebagai permulaan, kami sasarkan sejumlah 100 tip dari seratus pengunjung. Apa yang boleh pengunjung lakukan ialah dengan menghantar tip-tip tersebut di ruangan Kongsi Tip . Sila tuliskan nama penuh saudara dan saudari di bawah tip yang diberi. Huraian tentang tip amat membantu. Terima kasih

Peluang

Mentor saya, Puan Ainon Mohd pernah bercerita tentang peluang. "Peluang adalah produk mental kita. Ia bersifat abstrak sehinggalah kita menzahirkannya." Hari ini dalam akhbar Kosmo bertarik 25 Mei 2007, Ketua Eksekutif Di Kayu Nasi Kandar (dalam laporan BERNAMA beberapa tahun lalu ia dipanggil Kayu Nasi Kandar), Tuan Sirajuddin Mydin berkata, "Semua cawangan Di Kayu Nasi Kandar akan menurunkan harga makanan sebanyak 30 peratus ketika mana harga barang sedang naik. Ini adalah cara kami bersaing dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami yakin kami akan bertahan sehingga tahun 2012" Peluang bagi sesetengah peniagaialah menaikkan harga ketika mana harga barang naik. Bagi sesetengah lain (jarang dibuat) menurunkan harga ketika harga barang naik. Tuan Sirajuddin menzahirkan peluang dalam pendekatan bukan tradisional. Perubahan penentuan harga makanan juga diubah. Dahulu ia dikira mengikut harga sepinggan. Contohnya, ayam kurma, sayur dan nasi harg

Blog Rahsia Bisnes Mamak dibuka!

Assalam alaikum Satu laman weblog baru telah dihidupkan. Rahsia Bisnes Mamak adalah weblog rasmi dua orang penulis dalam mengetengahkan idea-idea, tip-tip bisnes yang positif dari peniaga India Muslim dalam pelbagai cabang. Komen, kritikan dan cadangan dialu-alukan. Sekiranya saudara mempunyai pengalaman dan tip-tip bisnes mamak yang hendak dikongsi, penulis amat mengalu-alukan. klik www.bisnesmamak.wordpress.com

Buku bisnes terlaris di Malaysia kini dijual online

Buku ini diulang cetak kurang daripada setahun. Ditulis oleh Ridzuan Mohamad yang berpengalaman dalam bidang perbankan, francais dan F&B (Food & Beverage) selama lebih 10 tahun. Berpengalaman dalam kejurulatihan bisnes kecil dan kini menjadi konsultan kepada dua perbadanan keusahawanan kerajaan. pesanan di www.bukubisnes.wordpress.com Tajuk buku: Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan Penulis: Ridz Muhammad dan Jelita A.Rahim Penerbit: Sprint Career Academy. Tahun : 2006 ISBN: 983-41926-9-X Cetakan Pertama: April, 2006 Cetakan Kedua: Oktober, 2006 Harga: RM18.90 senaskah Anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri? Mungkin anda pernah melalui situasi di atas dan mungkin anda telah beberapa kali diberi ‘nasihat’, cabaran, ungkapan serta tanggapan negatif yang bertujuan melemahkan semangat. Jangan mudah berputus asa. Jika apa yang anda ketahui boleh dijual, anda boleh memulakan sebuah perniagaan yang berjaya. Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda K

Kas-kas isu kontroversi bisnes Mamak tahun 2005

Petikan buku Rahsia Bisnes Mamak Tidak cukup dengan isu pekerja asing dan kebersihan, penggunaan kas-kas menjadi isu yang sangat kerap dibincangkan dalam parlimen mahupun kalangan orang ramai. Ia menjadi isu kontroversi sekitar tahun 2005. Pada bulan Julai tahun 2005 selepas merasmikan merasmikan Mesyuarat Saintifik Kebangsaan di Kuala Lumpur anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam kenyataan media berkata kas-kas adalah biji popi yang menjadi perencah penyedap oleh pengusaha restoran adalah bahan perangsang yang diharamkan kerana menyalahi Akta Makanan 1982. Kas-kas digunakan dalam penyediaan nasi beriani dan masakan kari seperti kari kepala ikan. Apa yang menjadi kebimbangan adalah isu ketagihan kesan daripada pengunaan biji popi dalam masakan. Kas-kas digunakan oleh masyarakat Asia Selatan untuk memekatkan kuah kari dan menaikkan rasa kuah tersebut. Kas-kas dihancur halus dan digaul bersama kuah. Dalam masyarakat Eropah

Roti Canai Fanomena Dunia

Dari catatan buku Rahsia Bisnes Mamak Apabila Kayu Nasi Kandar membuat pelaburan dalam pembinaan kilang makanan sejuk beku dan makanan dalam tin halal dengan tujuan eksport luar negara. Satu persoalan timbul. Apakah indikator-indikator atau tanda aras yang menunjukan makanan dalam tin halal atau makan sejuk beku buatan tempatan mempunyai potensi besar dalam pasaran di Eropah, Australia dan China. Kayu Nasi Kandar bukan sahaja menghantar salah seorang pengarah syarikat Kayu Nasi Kandar Sendirian Berhad ke London bagi melihat potensi di sana, malah dengan indikator-indikator lain yang timbul dalam pergerakan perniagaan menjadikan usaha ini terus dilakukan. Salah satu kes menarik berkaitan permintaan roti canai segera di luar negara. Pertama, kegilaan masyarakat Jepun membeli roti canai pada harga RM28 sekeping di Pavilion Malaysia ketika ekspo yang berlangsung pada tahun 2005. Ekspo Aichi ini menarik seramai 19 juta pengunjung bermula pada Mac sehingga September 2005. Roti canai Malaysia

Catatan bengkel KJ Method 1

Catatan bengkel KJ Method Apakah ciri penulisan yang berpengaruh dalam majalah, akhbar dan buku? Pertama : Adanya fakta baru yang tidak diketahui pembaca. Misalnya, statistik yang dikeluarkan oleh UNESCO menunjukan, Iran mempunyai 0 penghidap AIDS di negara itu. Kedua : Bagi pembaca yang berpendidikan tinggi, penulis berikan dua jenis pandangan dalam isu yang diketengahkan. Pandangan pro dan kontra. Ketiga : Berikan contoh dan cerita dalam huraian. Sebagai contoh catatan pengalaman tokoh, diri dan orang sekeliling. Keempat : Bukti bertulis seperti penemuan pakar yang disahkan memberi nilai berat kepada huraian. Sebagai contoh, sains membuktikan cinta bukan sahaja mempengaruhi perasaan tetapi penemuan beberapa saintis di universiti A mendapati terdapat beberapa bahagian otak yang aktif dan tidak aktif apabila seseorang jatuh cinta. Kelima : Pandangan pakar dalam bidang berkaitan. Insya Allah, bersambung

Setia, prinsip dan kompromi dari sudut pandang organisasi

Dr Mahathir Mohamad: Kesetiaan kepada UMNO Mengurus kesetiaan adalah topik yang menarik dalam entri yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam entrinya yang bertajuk Kesetiaan Kepada Umno, Tun membawa poin-poin penting dalam isu kepada siapa isu setia patut disandarkan. Dua persoalan utama sama ada kesetiaan pada parti atau pada individu dalam parti, yakni pemimpin. Jika kita rujuk isu pergolakan ini dalam kes organisasi, apakah impaknya kepada organisasi sendiri, sama ada akan terus bertahan dan kredibilitinya dipercayai. Tetapi, apa yang pasti isu keluarnya Tun Mahathir daripada 'organisasi' terbesar ini membawa impak kepada iklim ekonomi dan urusniaga di Bursa Kuala Lumpur. Hakikatnya kita perlu jelas dalam isu Tun Mahathir, UMNO dan Abdulah Badawi, adalah soal bagaimana kejelasan dalam memilih parti dan jenis pemimpin amat berkait rapat dengan prinsi diri yang menunjangi diri. Isu yang dihadapi oleh TUn adalah isu ketidakpercayaan terhadap pemimpin sedia ada dan isu p

Buku kini sudah dijual secara online

Satu produk terbaru dari abang saya, Tuan Ridzuan Mohamad. www.bizbooks.wordpress.com Dear Sir/Madam, Since the Franchise Act 1998 was passed by Parliament, franchise has become of the most important industry in the country and since then more business owners opted for franchising to expand their business. However, despite the growth potential of the industry, there are still limited local publication in this area of subject matter. The publication of this book is to cater the needs of legal and small business sector for local franchise reference book. The editors of this book have over the years compiled samples of legal documents required for a franchise business development. This informative book is primarily designed for legal practitioners and business consultants with the objective of assisting them in preparing various legal documents pertaining to franchise industry. It is hope that this book will prove to be an invaluable aid to you for immediate or future reference.

Resipi Motivasi Keluarga K. Kanagandram

Ketika menanti giliran mengambil gambar bagi majalah Quill, MPH edisi 50 tahun kemerdekaan Malaysia, saya berpeluang mendapat satu tip dari Tuan K. Kanagandram di bilik menunggu. Siapakah beliau? Tuan K. Kanagandram adalah naib presiden, Persatuan Penduduk, Bukit Bandaraya, Bangsar. Beliau adalah antara orang lama yang tinggal di sana. Nasihat beliau kepada saya dan rakan saya selalu bermula dengan, "You listen carefully" Katanya anak-anak yang masih kecil harus diberikan kerja agar ada waktu sibuknya. Jangan terlalu diberikan peluang menonton televisyen. Malah beliau sendiri menggalakan isterinya agar tidak membuka televisyen pada awal pagi dan tengah hari ketika keempat-empat anaknya yang masih di peringkat pra sekolah berada di rumah. Sebelum keluar bekerja, Tuan K. Kanagandram akan memberikan kerja rumah. Setiap orang akan diberikan tugas menulis sesuatu. Misalnya anak yang sulung disuruh berlatih menulis perkataan cat (kucing), seorang lagi disuruh menulis huruf boy (ka

Hari ini adalah hari ilmu

Dari kiri, Puan Nisah, Puan Jamilah, Puan Pn. Rashidah Mat Nor dan saya Dari kiri. Saya, Tuan Shamsuddin, Tuan Balam Moses dan Bridget Menezes Dari kiri. Saya, Teoh Shu Ning, Deborah Augustin, Aliff Firdaus, Darell Koh dan Puan Maya Iris Hari ini adalah hari ilmu. Itu mengikut pandangan saya. Selama tiga hari ini bermula Isnin, Selasa dan Rabu, MPH mengadakan sesi fotografi bagi penulis-penulis bestseller. Temanya 50 tahun kemerdekaan negara kita. Pakaian tradisional merupakan pakaian yang digalakkan oleh penganjur. Teringat pula kata Tuan Shamsuddin Ab Kadir yang hadir pada hari itu, "Kalau saya pakai baju Melayu pagi-pagi, nanti disangka hendak bernikah satu lagi." Maka kot menjadi pilihan beliau. Saya berpeluang belajar dari beberapa penulis dari penerbitan lain. Alhamdulillah, itulah yang saya sebut hari ini hari ilmu. Penulis bernama Bridget Menezes berkongsi petua cerianya, "Mengapa perlu marah-marah jika orang lain tersilap ketika membawa kenderaan. Jika orang lai

KJ Method

Puan Ainon sedang menyampaikan ceramah. Sudah jam 6.00 masih berbincang tentang isu semasa. Prof. Dr Ariff menulis ayat-ayat berpengaruh Saya bersama teman-teman dan abang saya berpeluang ke bengkel penulisan KJ Method. Menjadi kewajiban mana-amana penulis di bawah naungan PTS untuk menghadiri kelas bimbingan penulis kelolaan jurulatih dan pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. Selepas kelas tersebut, abang saya juga berkobar-kobar untuk menulis tentang insuran. Kata Puan Ainon, "Tukarkan judulnya kepada pengurusan risiko." Saya berkesempatan menemui editor majalah Ana Muslim keluaran T-Blue dan seorang guru yang datang jauh dari Pulau Pinang. Inilah kebaikan apabila datang berkursus. Kita mengenali orang baru dalam hidup dan saling belajar serta berinteraksi. KJ Method merupakan kaedah penulisan 3-4 buku serentak pada satu-satu masa. Ia diperkenalkan oleh Kawakita Jiro dari Jepun. Insya Allah setelah berbincang dengan sahabat-sahabat alumni Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib, kelas K

Blogger Indonesia baca karya blogger Malaysia

Assalam alaikum rakan-rakan blogger dan para pembaca buku sekalian. Tahukah saudara-saudari sekalian blog kita bukan sahaja dibaca oleh rakan-rakan di Malaysia, malah sahabat dan jiran kita dari Brunei, Singapura dan Indonesia juga melawat dan membacanya. Dalam keadaan ini, bagaimanakah kita sebagai blogger boleh membantu memberikan mereka kefahaman terhadap apa yang kita tuliskan di sini? Penggunaan bahasa Melayu standard. Bahasa Melayu standard berbeza dengan bahasa Melayu slanga dan pasar kerana ia bersifat mesra pembaca. Meskipun tidaklah seratus peratus para pembaca dari negara jiran dapat memahami setiap satu perkataan, tetapi ia amat membantu untuk mereka mendapatkan maklumat dari blog kita. Seperti dalam entri sebelum ini saya pernah bercerita tentang jemputan Komunitas Penulis Indonesia untuk menyertai mereka, para pemilik blog lain juga berpeluang mendapat jemputan yang sama. Permudahkan mereka, insya Allah mereka akan menghargai usaha saudara. Kedua, menulis dengan mengguna

Penjaja Air Kelapa cabar kita!

Dahulu saya pun pernah menjadi penjaja jalanan juga. Menjual air kacang soya dan kuih di sebelah sekolah jenis kebangsaan cina. Teknik pemasaran yang digunakan ialah mendapatkan maklumat tentang kelebihan air kacang soya. Kebetulan guru saya ketika itu, cikgu Yusmar Yazid meminjamkan saya buku dari organisasi jualan langsung yang disertainya. Maka saya yang baru pandai menggunakan Powerpoint membuat iklan air kacang soya. Kelebihan yang masih saya ingat ialah membantu mencegah penyakit tulang reput. Saya laminate iklan yang dicetak atas kertas merah jambu dan ditampal depan bekas air yang dipinjamkan oleh jiran sebelah rumah, Kak Nora. Bertahan perniagaan selama dua tahun. Selama dua tahun wang perniagaan untuk menampung pengajian tingkatan enam. Ayah cabar saya suruh bekerja, tetapi saya degil saya hendak belajar lagi. Jadi cari duit sendiri. Samalah juga dengan pelajar-pelajar cina tingkatan enam di sekolah saya dahulu. Ada yang menjadi penjual minyak wangi, penjual nasi lemak, menga

Bisnes Mamak : Habib Jewel

Sebahagian dari bab dalam buku Rahsia Bisnes Mamak Habib Jewel mencipta ikutan penuh kreativiti Sejarah Habib Jewel dengan nama perniagaan M.A. Habib Mohamed bermula di Pitt Street, Pulau Pinang. Ia diasaskan oleh Tuan Haji Habib Mohamed pada tahun 1958. Bermula dari sebuah perniagaan keluarga, ia berkembang sebagai Habib Corporation Berhad yang tersenarai sebagai perniagaan berlian yang pertama disenaraikan dalam papan bursa saham pada tahun 1999 di bawah kepimpinan anak lelakinya, Meer Sadik Habib. Perkembangan Habib Jewel bukan sahaja sebagai memperniagakan berlian semata-mata, ia berkembang dalam pembuatan, jualan, pemasaran dan francais. Sehingga kini Habib mempunyai 14 cawangan di seluruh negara. Habib Jewel mementingkan kualiti dan rekaan berlian terkini dalam usaha memastikan ia memperolehi pengiktirafan antarabangsa. Melalui pengiktirafan antarabangsa, Habib Jewel menjadi sebuah entiti perniagaan yang dipercayai pelanggan-pelanggan termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Singapu

Sekitar Persidangan Antarabangsa di Hilton 1

Saya bersama sahabat dan penulis siri Panduan dan Asas, Zarifi Daud Sultan Mizan (tengah) bersama Rektor UIAM (kanan) dan Presiden UIAM (dua dari kanan) Sekitar pelancaran Baca cerita di sini

Jemputan Komunitas Penulis Indonesia

Saya bersama teman-teman dari Malaysia telah dijemput oleh pengelola menyertai Komunitas Penulis Indonesia. Meskipun saya orang Malaysia, hakikatnya semangat kejiranan dan menyambut jemputan daripada pengelolanya adalah satu penghormatan. Kiranya, saya penulis Malaysia pertama dalam Komunitas Penulis Indonesia. Apa pentingnya berada dalam komuniti ini. Pertama, kita boleh mempelajari budaya penulisan dan isu-isu yang dikupas oleh para penulis dari seberang. Kedua, kita membawa idea kita untuk disebar luas kepada para pembaca Indonesia. Ketiga, sebagai menyokong usaha jiran dalam memupuk budaya ilmu dan menulis. Keempat, jika saudara dan saudari penulis buku mungkin ini usaha kecil kita membawa karya kita untuk mencipta permintaan kalangan pembaca di sana untuk buku-buku kita. Jika saudara dan saudari dijemput oleh Komunitas Penulis Indonesia, jangan ragu-ragu untuk menyokong usaha anak muda ini ya!

Apabila bertemu wakil Fleishman-Hillard

Baru-baru ini saya bersama dua rakan lagi pergi menemui agensi perhubungan awam yang dilantik oleh BMW, Fleishman-Hillard Kuala Lumpur bagi perbincangan tayangan 10 filem pendek yang telah bertanding dalam BMW Shorties Competition. Idea ini timbul selepas kami menonton kesemua filem tersebut dan merasakan ia boleh dibawa ke tontonan umum. Percayalah, mesej yang diketengahkan memang benar-benar dekat masyarakat Malaysia. Apa yang menarik dengan pertemuan bersama wakil Fleishman-Hillard Kuala Lumpur? Ada beberapa perkara yang menyeronokan bagi saya. Budaya perbincangan yang terus kepada topik. Tidak ada banyak protokol mesyuarat. Kami datang disambut dengan mesra, bersalam erat dan duduk di bilik mensyuarat dan berbincang. Cara mereka berinteraksi menunjukkan profesionalisme yang jelas. Ada satu rasa hormat yang kita rasai dari mereka. Mereka berbincang dari satu isu ke satu isu. Melalui kertas kerja kami mereka menyentuh setiap cadangan bentuk program untuk malam tayangan tersebut. Mere

Selamat Hari Guru Puan Ainon

Saya ulang cerita kisah ini sebagai rentetan pengalaman awal berguru dalam bidang penulisan buku. (gabungan beberapa buah entri dalam blog ini) Tempat apakah ini? Inilah pejabat PTS pertama yang aku jejaki (di Bentong) ketika bergelar bakal penulis di bawah penerbitan ini. Masa itu dua buah buku. Hujung tahun ini akan ada tujuh kalau mengikut perancangan. Edisi comel. Aku sebenarnya terlajak jauh dari bangunan ini sehinggalah pemandu bas itu mengingatkan aku tempat yang ingin ditujui. Pengalaman melintasi lebuhraya besar dengan lori dan kereta yang gila-gila laju memang membuat aku kecut perut hendak melintas. Itu belum di tambah lagi memanjat penghadang konkrit separas dengan perutku yang terletak di tengah-tengah lebuhraya. Sudah tidak seperti penulis, macam latihan komando hendak naik pangkat sahaja. Dari petang hingga hampir senja. Tetapi bila dikenangkan balik tempat ini, di sinilah aku berhubungan dengan orang kuat PTS seperti Tuan Fauzul dan editor pertama yang menyunting buku

Sepenuh hati

Saya akui, belajar dari orang lama kita akan belajar dari hikmah pengalamannya. Saya belajar dari seorang majikan yang sangat tinggi determination ( kesungguhan) dalam satu-satu kerja. Beliau sering berkata, “Jika saya mahu, saya akan usahakan sampai dapat.” Meskipun umurnya sudah menjangkau lebih 50 tahun, sikapnya yang kelihatan seperti anak muda yang mahukan sesuatu. Mengapa majikan ini bersikap demikian. Katanya, “Jika saya diberi kerja saya akan berikan yang terbaik. Ia bukan tentang diri saya. Saya tidak peduli tentang diri saya, saya peduli dengan apa yang dipertanggungjawabkan.” Mungkin pendekatan majikan ini agak drastik dan ada waktunya melanggar protokol. Tetapi apabila hati sudah bulat dengan apa yang dibuat membawa kebaikan kepada pihak yang satu lagi, ia bukan menjadi isu lagi. Dia akan lakukan. Pernah sekali majikan ini sangat bersungguh-sungguh memenuhi satu tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Dibuatnya walaupun mendapat respon negatif. Apabila selesai segala-ga

Cerita dari persidangan antarabangsa

aya baru sahaja pulang dari persidangan antarabangsa Pengurusan Menurut Perspektif Islam di Hotel Hilton anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seminar dua hari ini bermula dari 15 hingga 16 Mei 2007. Saya berada di sana sekadar setengah hari bagi tujuan berita buletin. Berjumpa pula dengan saudara Zarifi Daud, bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM tahun 2005. Sembang panjang kami berdua sementara menunggu sesi seterusnya. Beliau menghasilkan buku bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof. Sedang menanti-nanti bukunya berada di pasaran. Banyak perkara baru saya belajar dari program seperti ini. Dari cara kerja. protokol dan berkomunikasi mengikut kelas pendidikan dan status yang dicipta dalam masyarakat kita. Insya Allah, dalam setengah hari sahaja kita boleh membawa balik sesuatu sebagai cermin hidup diri. Saya juga melihat bagaimana cara kerja wartawan-wartawan bertugas. Salah seorang wartawan senior tersebut mempunyai magnet tersendiri. Jika dia tidak pulang,

Selamat Hari Guru

Guru-guru di sekolah yang terakhir sekali mengajar saya di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1999-2000. Kepada guru-guru yang sebelumnya juga tidak saya lupakan. Tanpa mereka, siapalah saya. Terima kasih kepada guru-guru. SEJARAH DUNIA & MALAYSIA Cikgu Manogaran a/l Ramasamy. Guru yang menghadiahkan sebatang pen kepada semua pelajarnya pada hari akhir sebelum peperiksaan STPM. Saya dedikasikan anugerah pelajar Sejarah Terbaik, Hadiah Tuan Haji Rafie Mahat 2000 kepada beliau. SEJARAH ISLAM Cikgu Sim Swee Neo. Guru yang sangat tegas tapi mesra. Guru pertama yang menerima tugasan saya yang ditulis menggunakan mesin taip. Satu-satunya tugasan tanpa menggunakan pen di kelas. PENGAJIAN PERNIAGAAN Cikgu Koh Boon Poh. Guru yang paling banyak menerima kunjungan di hospital pada satu-satu masa. 30 pelajar datang menziarahinya selepas waktu sekolah ketika beliau dimasukkan hospityal. PENGAJIAN AM Cikgu Mazlan Salleh. Guru yang berkongsi pengalaman bagaimana kegagalan boleh menjadi uba

Terima kasih Malay Mail

Terima kasih kepada saudara KHAIRUN NIZAM AB GHANI, wartawan Malay Mail. Petikan Malay Mail Passion for writing boosts his career By KHAIRUN NIZAM AB GHANI ZAMRI Mohamad can count himself fortunate to have ventured into something he likes most — writing. Malay Mail 14 May 2007 The 26-year-old from Gombak started writing articles for Utusan Malaysia when he was 16. He continued writing through varsity and during the final year at International Islamic University Malaysia, he decided to be a freelance writer. Today, at a time when many graduates are finding it tough to get jobs, Zamri has accomplished something that seasoned writers would be proud of — four books to his credit, including three bestsellers last year. “My books — Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki, and Megnet Cinta — were bestsellers for May and June last year under PTS Millenia,” he said. His other book, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, under PTS Professional is about career developm

Magnet Cinta Top Ten April 2007

Bulan APRIL2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini.Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat.Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mac 2007 Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006

Sekitar Pentas Utama PBKL 2007

Saudara Amin Idris Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 telah pun tamat. Baru sekarang berkesempatan memuat turun gambar-gambar dari kamera video digital. Gambar-gambar dari satu kamera lagi akan menyusul selepas ini. Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Tuan Shamsuddin Kadir Tuan Shamsuddin Kadir Dari kiri, saudaraAmin Idris, Puan Ainon Mohd, Tuan Hj Fadzli Yusof dan Tuan Fauzul Naim Ishak Saudara Ikram dari PTS Millenia Lagi gambar di sini http://picasaweb.google.com/c4kcib0/KLIBfPartDeux http://picasaweb.google.com/c4kcib0/KLIBf2007PartUn http://picasaweb.google.com/hishamsalmin/PestaBuku2007