Langkau ke kandungan utama

The Psychology of Selling


Salah satu buku yang aku beli dua minggu lalu. Ada sebabnya mengapa aku paparkan di sini. Ia amat berkait rapat dengan penghasilan karya secara produktif. Brian Tracy juga mengamalkannya.

Jika saudara berkesempatan membaca buku ini cuba lihat bagaimana isi-isi pentingnya dipecahkan. Setiap muka surat terdapat lebih kurang 3 hingga 4 isi yang dipecahkan dan diringkaskan. Saya percaya buku Brian Tracy ini ditulis menggunakan sistem kad. Apabila setiap isi ditulis sebagai satu kad setiap hari, maka kad-kad ini dikumpulkan dalam bentuk buku apabila sudah mencapai sasaran.
Selain daripada buku ini, sebuah buku lagi tulis Ron Kaufman, Up Your Service, Insight juga menggunakan pendekatan yang sama. Saya selalu membuat anggaran dengan melihat jumlah muka surat bagi setiap tip yang dikongsikan Ron. Bagi setiap tip, ia sekitar 2-3 muka surat. Jika ia diambil sebagai anggaran jumlah halaman yang ditulisnya, saya andaikan beliau menulis 2-3 mukasurat bagi setiap tip. Buku beliau bermula dari himpunan newsletter yang dihantar kepada 200 pelanggan (kini ribuan) yang mengunjungi laman webnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .