Langkau ke kandungan utama

E-mel dari Bumblebee Publishers

klik untuk paparan lebih besar


I have obtained your contact details from internet. If you think you have something worthwhile for us to consider, we will be glad to receive a communication from you.

Regards,
Sahiba

Email: sahiba@bumblebeepublishers.com

Bumblebee Publishers
A Div of:
Ethos Embassy Marketing Ser. Pvt. Ltd.
S- 185, Ground Floor, Greater kailash - II,
New Delhi - 110 048,
INDIA
www.ethosembassy.com
www.bumblebeepublishers.com

Itulah e-mel yang saya terima pada hari ini. Penerbit dari India menghubungi saya melalui maklumat yang saya isi dan paparkan dalam writers.net. E-mel ini membuat saya terfikir beberapa perkara.

Misalnya pada satu hari nanti sebuah penerbitan yang dikenali di negara tersebut membaca profil dan sinopsis kita di dalam internet dan berminat menerbitkan buku kita dalam bahasanya. Apa agaknya cerita selepas itu?

Misalnya pada suatu hari nanti ada sebuah penerbit berminat untuk menjalinkan usahasama dengan penerbit yang mengeluarkan buku-buku kita. Apa agaknya cerita selepas itu?

Rasanya, tanggungjawab penulis rupanya tidak terhad kepada berkarya. Tanggungjawab penulis juga menghubungkan potensi dari sumber-sumber pelbagai. Buku-buku saya diterbitkan dalam bahasa Melayu. Tetapi sengaja gatal-gatal tangan menulis biodata dan senarai buku serta sinopsisnya dalam bahasa Inggeris di internet. Semuanya mengikut jejak langkah Tuan Ashadi Zain, penulis siri Adam Kecil yang mula-mula memperkenalkan saya kepada writers.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .