Langkau ke kandungan utama

Tua tanpa kuasa, jerit si Muda

Kisah sahabat bernama Hasmudi (bukan nama sebenar).

"Nanti pulangkan kunci! Katanya Arifin sebelum pulang sambil membawa beg kertasnya keluar.

Tiga jam selepas dia berada di pejabat datang rakan-rakan pejabat yang lain. Jadi tidak perlulah dia mengunci pejabat. Pulang ke bilik sewa dan tidak sampai 10 minit Arifin datang ke bilik yang ditumpangi bersama rakanya.

"Kenapa tak pulangkan kunci?"

"Aku memang nak pulangkan kunci, baru sampai tukar kain, jam 8 aku nak ke bilik kau," kata Hasmudi dengan senyuman. Sepuluh minit lagi ke pukul lapan malam.

Arifin yang beberapa tahun lebih muda darinya meninggikan suara, "Lain kali pergi bilik saya dulu. Pulangkan kunci. Susah sangatkah!"

Arifin tidak memandang pun wajah Hasmudi. Dia lebih sibuk memuat turun cerita terbaru dalam komputer rakan dan suara yang meninggi itulah yang dihantarkan menghadap wajah Hasmudi.

Sedar Hasmudi siapa dia meskipun lebih tua, si anak muda bernama Arifin boleh meninggikan suara pada bila-bila masa kerana dia sang ketua di pejabatnya. Si Hasmudi bukan ada apa-apa pun.

"Baiklah tuan," jawab Hasmudi ringkas keluar dari bilik dan akur.

Hasmudi terus bercerita. Aku mendengar.

Umur lebih senior pun tidak berguna jika si muda ada kuasa yang sah. Dia boleh meninggi suara pada bila-bila masa dia suka. Mungkin dia boleh menghalau si Hasmudi pada bila-bila masa.

Hasmudi diam.
Aku terus mendengar.
Arifin mungkin tidak tahu, suara itu mencalar hati si penumpang bernama Hasmudi sampai bila-bila.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...