Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2007

Jumpa seminggu dari sekarang!

Petang Isnin, 26 Mac 2007 aku akan pulang bercuti selama tiga hari ke Melaka. Bercuti bukan kerana suka-suka. Ibu akan berangkat menunaikan umrah pada 28 Mac 2007. Pulang untuk mengemaskini urusan lain sebelum ibu berangkat ke sana. Isnin pada jam 10.30 pagi, ada sesi temubual dan fotografi bersama-sama para pelajar kelas Etika Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Mereka akan berada di UIA bagi tujuan tersebut. Asalnya temubual melalui e-mel. Tetapi tenaga pengajar mereka memerlukan bukti bergambar. Mahu tidak mahu, mereka perlu lakukan sebelum menghantar tugasan tersebut pada minggu ini. Pensyarahnya merupakan penulis buku juga. Tuan Mohd Yahya Mohamed Ariffin merupakan penulis buku 55 Kerjaya Pilihan (betulkan saya jika tersilap). Apabila ditanya kepada salah seorang ahli kumpulan yang bernama Shirley Yit, katanya beliau mendapat maklumatku melalui rakan chat ICQ dengan nama samaran klgal! Bilangnya, klgal merupakan pembaca bukuku (jika beliau membaca entri ini, saya ucapkan terima

Penulis itu profesional!

Dalam akhbar semalam, banyak pula jawatan kosong di kolej-kolej universiti yang telah dinaik taraf kepada universiti. Aku pun sedang melihat-lihat peluang lain untuk meneruskan perjalanan kerjaya. Tidak dipastikan untuk berapa lama aku akan berada di UIAM. Melihatkan status masih kontrak separuh masa dan majikan berkata dia berusaha untuk menjadikan aku kakitangan tetap di sini. Tetapi aku tidak boleh senang hati dengan harapan tersebut. Mesti berusaha cari kerja lain. Tempat kerja lama aku pula asyik menghubungi aku, telefon pula bermasalah. Entah apa yang dia hendak dari aku tak tahulah. Oh, bukan cerita mencari kerja lain menjadi catatan utama aku hari ini. Cuma cerita sepanjang peristiwa mencari kerja ini yang membuat aku bersyukur dan bangga dengan profesion rasmi aku hari ini iaitu sebagai penulis bebas. Kebanyakkan rakan-rakan aku sudah kira berjaya dengan jawatan mereka yang besar dan hebat. Ada yang jadi penasihat undang-undang, ada yang jadi jurutera petroleum dan ada juga ya

Tua tanpa kuasa, jerit si Muda

Kisah sahabat bernama Hasmudi (bukan nama sebenar). "Nanti pulangkan kunci! Katanya Arifin sebelum pulang sambil membawa beg kertasnya keluar. Tiga jam selepas dia berada di pejabat datang rakan-rakan pejabat yang lain. Jadi tidak perlulah dia mengunci pejabat. Pulang ke bilik sewa dan tidak sampai 10 minit Arifin datang ke bilik yang ditumpangi bersama rakanya. "Kenapa tak pulangkan kunci?" "Aku memang nak pulangkan kunci, baru sampai tukar kain, jam 8 aku nak ke bilik kau," kata Hasmudi dengan senyuman. Sepuluh minit lagi ke pukul lapan malam. Arifin yang beberapa tahun lebih muda darinya meninggikan suara, "Lain kali pergi bilik saya dulu. Pulangkan kunci. Susah sangatkah!" Arifin tidak memandang pun wajah Hasmudi. Dia lebih sibuk memuat turun cerita terbaru dalam komputer rakan dan suara yang meninggi itulah yang dihantarkan menghadap wajah Hasmudi. Sedar Hasmudi siapa dia meskipun lebih tua, si anak muda bernama Arifin boleh meninggikan suara pad

Tarik

Buku terbaru beliau. Hubungi 03 4022 4108 Sabtu lalu, aku singgah ke pejabat abangku di Medan Idaman Gombak untuk mengambil gambar buku terbaru beliau, Samples of Francais Agreement and Contracts. Ini adalah buku kedua beliau selepas Merancang Bisnes ke Arah Kejayaan yang menjadi salah satu judul pilihan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi projek perpustakaan desa tahun lalu. Lama benar tidak berkunjung ke sana. Beliau sedang sibuk dengan urusan melatih usahawan tempatan yang ingin memfrancaiskan atau melesenkan perniagaan sebagai cara mengembangkan bisnes. Payah juga hendak meyakinkan abang aku seorang ini untuk menulis bersama. Lain aku cerita, lain pula cadangnya. Beliau meminta aku menulis buku di bawah projeknya bagi siri buku bisnes. Nanti-nantilah dahulu abang, saya perlu fokus dengan penerbit sedia ada. Insya Allah ada peluang kita jadi penulis bersama. Selidik punya selidik, abangku seorang lagi akan menerbitkan buku pengurusan kakitangan pejabat melalui abangku pada Mei i

Tangkap dan kahwin

Satu kisah pada waktu petang. Pasangan yang bercadang mendirikan rumahtangga berhadapan dengan pelbagai masalah ‘birokrasi’ kekeluargaan yang mengecilkan peluang mereka berkahwin. Setelah pelbagai cara dicuba akhirnya mereka membuat keputusan luar biasa, Berlakon agar ditangkap khalwat agar mereka boleh berkahwin. Semuanya diatur, rakan-rakan menjadi tukang sampai cerita ke telinga jabatan agama. Agar perbuatan ‘khalwat’ mereka diketahui dan dibanteras. Mereka ditangkap dan dikahwinkan. Apa pandangan saudara dan saudari?

Perempuan Mac 2007

Terima kasih kepada warga penerbitan majalah Perempuan dan wartawan Wan Razimah Shamsudin.