Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2007

Berita Rencana : Cinta, antara rasional dan syariat

Berita Rencana : Cinta, antara rasional dan syariat Teks dan gambar oleh Zamri Mohamad Peranan cinta dalam mengubah pola hidup manusia sangat besar sehingga Stendhal menyebutkan, “Harapan yang kecil sudah cukup untuk melahirkan cinta.” Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui kelab Wawasan telah menganjurkan forum bertajuk Cinta di Auditorium Utama dengan para panelis seperti pelakon veteran Aziz Sattar, pensyarah UIAM ustaz Maszlee Malik dan Datin Ismalina Ismail mewakili alumni UIAM. Forum yang mendapat sambutan ramai dengan kehadiran warga kampus ini merupakan pencetus kepada keterbukaan dalam membincangkan isu cinta dalam perspekif agama, akademik dan pengalaman diri sebagai usaha menjana cinta sebagai platform motivasi kendiri dan perubahan sosial yang besar. Cinta dahulu dan sekarang Aziz Sattar dalam bicaranya mengatakan fenomena cinta dahulu dan kini jauh berbeza. Beliau mengutip kembali kisah-kisah lamanya, “Melihat anak gadis keluar berdua-duaan dahulu amat suka

Penulis dan blog.

Suka atau tidak, penulis yang bermula tahun 2000 ke atas wajib mempunyai blog. Ini adalah salah satu cara untuk para penulis muda berkarya secara konsisten dalam apa jua bahasa di mana jua. Pendekatan penulis dahulu dan kini jauh bezanya sejauh perbezaan mesin taip dan komputer. Saya dahulu memulakan pengkaryaan dengan mesin taip jenama Olympia pada tahun 1997 ketika tingkatan empat. Acapkali gelung karbon perlu ditukar dan untuk memastikan saya mempunyai salinan, sehelai kertas karbon hitam diletakkan di belakang naskhah asal. Lucunya, apabila menaip perkataan dengan huruf-huruf seperti a,o dan b, pasti ia akan menghasilkan lubang kerana tekanan yang terlalu kuat. Mujurlah komputer tidak menghasilkan kesan seperti itu. Mengapa saudara dan saudari memerlukan blog? Saya kira ini adalah alasan-alasan yang mewajibkan keperluan ini. 1. Ia bertindak sebagai diari maya saudara. Jika saudara seorang pelajar, pekerja atau apa sahaja, blog menjadi tempat untuk merekodkan segala kenangan lucu da

Magnet Cinta

Terbit 31 Januari 2007 Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini. Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini. Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan. Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi mel

Ilmuan Pendesak

Sebuah motor semakin laju mengekoriku dari belakang. Kemudian penunggangnya memberhentikan motornya di tepiku. Selepas memberi salam dia bertanya, “Awak menuliskan?” Aku menjawab, “Ya.” Dia yang aku kenali bertanya di ruang manakah aku berkarya. Selepas memberi jawapan dia bertanya lagi, “Ruangan mana yang kalau menulis terus dapat duit?” Aku tidak menafikan berkarya merupakan ruangku menjana pendapatan. Tetapi apabila orang datang kepadaku secara tiba-tiba dan bertanya dengan soalan seperti ini aku akan naik angin. Entah kenapa aku mudah naik angin. Akhirnya aku jawab, “Menulis sekadar hendak dapat duit sahajakah?” Dia tersengih-sengih. Itu cerita tiga tahun lalu. Aku kenal dia dengan semangat usahawan beliau yang tidak putus-putus di kampus. Perkhidmatan sewa kereta, membaiki komputer, kad pra bayar sehinggalah khidmat cucian automatik semuanya dibuat. Tahun 2007 terjadi lagi. Kali ini seorang pensyarah bertaraf doktor bahasa. Kali pertama dia berjumpa denganku setelah majikanku memi

Kerana Empat Juta Pound Sterling

Dua minggu lalu, aku menonton sebuah filem bertajuk Halflight. Filem lakonan Demi Moore mengisahkan bagaimana penulis novel British, Rachel Carson berhadapan dengan tekanan kehilangan anaknya yang mati lemas di rumah mereka. Demi mententeramkan hatinya, Rachel membawa diri ke sebuah pulau di Scotland bersama-sama mesin taipnya dengan harapan dia dapat memulihkan semangat hidup dan kekuatan untuk berkarya kembali. Pelbagai peristiwa aneh berlaku apabila Rachel seringkali bertemu dengan imej anaknya. Boleh dikatakan unsur-unsur seram, misteri dan hantu cuba ditimbulkan dalam cerita ini. Pertemuan Rachel dengan penjaga rumah api di pulau tersebut menambahkan lagi episod suspen sepanjang filem ini. Kejutan bermula apabila Rachel mendapat tahu penjaga rumah api tersebut, Angus Macculloch (lakonan Hans Matteson) sebenarnya telah tujuh tahun meninggal dunia kerana membunuh diri setelah mendapati isterinya curang. Keadaan ini menjadikan Rachel semakin tertekan dan keliru sehinggakan kelihatan

SMS yang menggetarkan jiwa

Ada beberapa pesanan ringkas (SMS) yang memberi impak kepada saya sepanjang Sabtu dan Ahad lalu. Beberapa minit sebelum program di Alamanda, SMS dari sahabatku Syaiful Hizzam. "Good Luck! Aku dapat elaun hohoho (kerana mengikuti satu program di Johor)" Pada hari Ahad, sebelum program bermula. "Berkata-katalah dari hati agar turun ke hati," dari saudara Nizam Ahamad. Selepas sahaja program di Wangsa Maju tamat, saudara Ikram menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit saya. Assalamualaikum Saudara Zamri. Terima Kasih dan mohon jutaan kemaafan jika ada sebarang cacat cela dalam pengurusan majlis. Pesanan tersebut saya terima selepas beberapa langkah keluar dari keretanya. Apabila SMS dikirim pada saat kita memerlukan, ia memberikan tujahan emosi semangat dan keyakinan yang cukup tinggi dan azam untuk melakukan yang terbaik.

Dari Alamanda ke Wangsa Maju.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas izin dan rahmatnya, program Semarak Cinta di MPH Alamanda dan Wangsa Maju akhirnya disempurnakan oleh warga kerja PTS Millennia dan PTS Publication & Distributor. Semangat kerja dan saling sokong menyokong sepanjang program ini dilihat sebagai resipi kepada kelancaran kedua-dua program ini. Apa sahaja yang berlaku sepanjang program di kedua-dua tempat tersebut memberi satu pengalaman menarik. Aku boleh katakan ia sebagai training ground bersama-sama PTS. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi bersama sepanjang program. Seingat-ingatku ada seorang pengunjung bernama Ila yang turut menyertai program ini di Alamanda. Kata Ikram, saudari Ila antara pengunjung yang sangat setia menyertai beberapa program ilmu di Alamanda. Jika aku berkesempatan, ingin sekali belajar dan mendapat resipi motivasi dari saudari Ila. Terima kasih juga kepada beberapa pasangan yang menyertai program ini. Semalam di Wangsa Maju, kedatangan pasangan yang sudah 2

Semarak Cinta di MPH Alamanda & Wangsa Maju

Program di MPH Wangsa Maju Dari kiri berdiri : Saudara Ikram, Tuan Fauzul Naim, Cik Nor Hafizah, Cik Nurul Hafizah dan Puan Nahddatun Nisaak Dari kiri duduk : Ahmad Yusof Ibrahim dan Zamri Mohamad. Saudara Qalif, Yusof dan saya di MPH Alamanda Sesi bicara bermula

Tikar Mengkuang Hamparan Bulu persoal sistem hierarki berdarjat

Oleh ZAMRI MOHAMAD Dalam debaran menunggu kelahiran cucunya, waris kepada keturunan Demang yang kaya raya, Pak Desa seorang petani miskin dan anak kampung dikunjungi oleh beberapa orang tetamu yang muncul untuk persiapan majlis menyambut kelahiran tersebut. Seluruh isi rumah Pak Desa dikemas dan diubah demi keselesaan Tuan Besar Paduka Demang yang akan hadir pada majlis tersebut nanti. Namun begitu, manusia hanya mampu merancang. Hanya Tuhan yang menentukan segalanya. Apakah yang akan terjadi jika kelahiran itu ditangguhkan? Sampai bila seseorang mampu menahan kuasa tuhan? Itulah persoalan yang ditujukan kepada para penonton sepanjang dua jam persembahan teater Tikar Mengkuang Hamparan Bulu di auditorium utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sepanjang minggu Nusantara anjuran Kelab Teater UIAM. Teater ini memaparkan dilema dan kepayahan yang timbul apabila anak gadis Pak Desa, Intan dilamar oleh Demang Putera yang datang dari keluarga bangsawan keturunan Demang. Pene

Selamat Datang ke dunia baru

Baru empat hari dilahirkan dan masih tidak bernama. Aku kira, sudah ada lebih 9 anak buah kesemuanya. Tahniah kepada abangku, Mazlan Mohamad dan isteri Rosnizam Abdullah (pasangan UIAM) atas kelahiran cahaya mata yang ketiga ini.