Langkau ke kandungan utama

Hutang Orang Aku Yang Kejar

Hendak mengutip hutang memang susah. Kalau berhutang pun susah juga. Tapi dalam bisnes hutanglah penggerak untuk menambah modal. Dalam bidang perkhidmatan, hutang juga memainkan peranan untuk mendapatkan pakarnya terlebih dahulu untuk membuat kerja. Adakalanya gaji juga kelihatan seperti hutang. Kita dibayar selepas 30 hari bekerja. Dipinjamkan kudrat kita, dibayar kemudian. Mungkin definisiku salah.

Aku cukup susah hati dengan sikap orang yang berhutang dan terlupa dan melupakan atau tidak ada inisiatif membayar hutang. Semuanya menjadi percaturan kredibilitiku di mata orang lain.

Dahulu aku pernah membantu seorang sahabat yang memerlukan benar seorang jurukamera video untuk rakaman bagi projek majlis perbandaran. Petangnya pula majikan kepada sahabat ini pula meminta jurukamera yang sama membuat rakaman bagi promosi kopi ubat.
Maka aku pun meminta sahabatku dari Indonesia yang juga koresponden televisyen di Indonesia membuat rakaman.

Janji pertama sahabat ini, "Saya akan bayar hari Khamis. (seminggu selepas program)"
Janji kedua selepas gagal memenuhi janji pertama, "Majlis perbandaran belum keluarkan duit lagi. Nanti kalau sudah keluar saya beritahu."

Selepas beberapa bulan (baca beberapa bulan, bukan hari selepas aku menghantar sms balasanya, "Minggu hadapan saya beri."

Aku geram dengan sahabat ini, ilmunya tinggi tapi etikanya dalam menjaga amanah cukup buat aku angin satu badan, "Cek belum tunai. Tiga hari lagi."

Selepas tiga hari aku menghantar sms, "Dengan nama Allah, Tuan ...., saudara A bin B minta pembayaran program majlis perbandaran BEBERAPA bulan lalu, ini nombor akaun saya bernombor ..... Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan. Terima kasih"
Maka dimasukkan SEPARUH (baca separuh selepas beberapa bulan) dari wang tersebut dan berjanji separuh lagi akan dibayar pada pertengahan bulan ini.

Lusa 15 Disember aku akan tunggu sama ada janji sahabat berumur 30 tahun ini akan dipenuhi atau tidak.

Sahabatnya seorang lagi yang merupakan majikanya ini lebih membuat aku marah. SMS demi SMS dihantar tidak ada respon. Pernah sekali dibalasnya, "Yakah, OK!" kemudian senyap. Agaknya SMS bermula dengan nama Allah pun tak digeruninya.

Kenapa aku marah sehingga terpaksa bercerita di sini?

1. Mereka berdua memperjudikan kredibilitiku di hadapan sahabatku dari Indonesia.
2. Mereka ini bekas pelajar di universiti yang sama, sebagai senior inikah sikap yang ditonjolkan kepadaku. Lebih teruk lagi, para pensyarah disini ada waktunya bertanya khabar mereka dariku.
3. Mereka ini tidak menghormati kepayahan dan kesusahan orang lain.
4. Mereka ini mengkhianati peraturan asas dalam perjanjian.
5. Sikap mereka merendah-rendahkan orang yang lebih muda darinya.
6. Apa kata sahabat dari Indonesia ini dengan teman-teman medianya? Tambahan lagi yang berhutang itu orang media dari Malaysia.
7. Orang-orang begini mempunyai skil dan ilmu yang sangat tinggi dalam bidang mereka. Aku berterima kasih
atas ilmu yang dikongsikan, tetapi tolonglah jangan memperjudikan nasib orang lain dengan sikap sebegini.
8. Mereka ini suka bercerita tentang perancangan berteraskan agama.

Ada yang mencadangkan aku beritahu nama mereka dengan rakan-rakan NGOku dan media kerana kedua-duanya ada kaitkan sangat rapat dengan entiti-entiti ini. Nanti dahulu. Seorang mungkin terlepas, seorang lagi aku cari sampai dapat. Selagi saya memanggil majikan ini tuan, beliau mendapat rasa hormat dari saya. Jangan sampai bertukar gelaran.

Malaysia bukan besar. Malaysia bukan besar

Nota: Bagaimana Dr HM Tuah Iskandar, motivator negara mengutip hutang klien-klien? Dengan memaparkan nama klien, program dan tarikh program di laman web beliau.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Hmmm..... bunyi cerita saudara ini macam sudah biasa saya dengar!

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .