Dua keping gambar yang aku ambil ketika zaman belajarku terpilih untuk dipamerkan di laman web newyearpeace.org. Sebenarnya, ketika menjadi webmaster bagi laman web kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib, UIAM www.aliman.worpress.com seorang profesor menghubungiku melalui laman web ini. Itu pun selepas beliau melihat foto-foto pameran kemerdekaan di kolej yang menjadi projek terakhirku (beberapa hari selepas aku bergelar graduan)
5th November, 2006
Dear Friends at Ali Ibn Abi Talib college,
My students and I are developing New Year Peace Art Show and website and I wanted to invite you to participate. More information is at newyearpeace.org
I am looking forward to hearing from you,
Sincerely,
Hirsh Diamant, PhD
Dua keping gambar aku kirimkan. Pertama gambar dua saudara muslim berpelukan. Gambar itu aku ambil ketika sambutan aidiladha di UIAM. Kedua, gambar program orientasi MAARUF kolejku. Gambar yang sama pernah muncul di Utusan Malaysia dahulu.
Moga-moga gambar-gambar berunsur dakwah ini akan menjelajah Olympia, Washington, Amerika Syarikat melalui pameran-pameran di perpustakaan Evergreen State College, Side Door Studio Gallery, lenty Restaurant, dan Mariah Arts Studio.
Doa-doakan.
Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s
Ulasan