Langkau ke kandungan utama

Penuntut IPT kesal artis ditonjolkan semasa konvokesyen

Cabaran untuk saudara Nazri Saedon untuk menjawab persoalan-persoalan ini sebagai pemimpin aspirasi di UIAM
Gambaran wajah pengganas-pengganas di universiti Islam.

Penuntut IPT kesal artis ditonjolkan semasa konvokesyen
Fri Sep 08, 06 05:37:23 PM

Oleh Nyza Ayob KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Mahasiswa negara ini melahirkan kekesalan dengan tindakan membawa masuk artis ke pesta konvokesyen universiti-universiti tempatan.

Baru-baru ini dilaporkan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang ditonjolkan dengan imej Islam mengundang para artis membuat persembahan sepanjang pesta konvokesyen universiti berkenaan.

Setiausaha Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Husni Abdul Karim berkata tindakan membawa masuk artis ke pesta konvokesyen UIA melanggar prinsip Taman Budi dan Ilmu yang diterapkan di universiti berkenaan.

Husni yang juga pelajar UIA berpendapat seharusnya pesta konvokesyen melambangkan kematangan intelektual dan ilmu dan bukannya dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan.

Beliau menceritakan sepanjang pesta konvokesyen universiti berkenaan yang berlangsung pada 24 hingga 30 Ogos, kira-kira 10 orang artis telah diundang.

Antara artis yang membuat persembahan di pentas kebudayaan UIA pada Pesta Konvokesyen tersebut ialah Kumpulan Six Sense, Lips, Jimbara, Siti Nordiana dan Lan Pet Pet (Senario).

"Kita tidak melarang membawa masuk artis asalkan mematuhi peraturan seperti cara pemakaian yang sopan. Pada malam itu kebanyakan artis perempuan berpakaian menjolok mata. Begitu juga dengan corak persembahan mereka agak keterlaluan," katanya.

Menurut Husni, selain undangan artis, juga diadakan pertandingan "Battle of the band" di antara pelajar.

Bagaimanapun menurut Husni, sambutan kemerdekaan yang diadakan selepas pesta konvokesyen di universiti itu 'bebas' daripada artis memandangkan kumpulan pelajar telah membuat bantahan ekoran dari pesta konvokesyen.

Jelasnya program sambutan merdeka itu seolah-olah tidak 'direstui' pihak atasan universiti kerana mereka tidak hadir pada program berkenaan. Jelasnya, difahamkan program tersebut merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

"Perkara ini menimbulkan kehairanan kepada kami siapakah yang berkuasa di universiti sebenarnya. Ini kerana Presiden, Rektor, Penolong Rektor dan Dekan- dekan juga tidak hadir pada program sambutan merdeka itu," katanya.

Sementara itu, Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Abu Qassim Nor Azmi berpendapat program hiburan yang diadakan seharusnya tidak melanggar peraturan dan syariat.

"Kita tidak menolak hiburan tetapi seharusnya menepati syariat dan tidak melampaui batas. Walaupun artis yang membuat persembahan seperti Lan Pet Pet (Senario) turut menyampaikan kata-kata nasihat kepada pelajar, kita melihat lebih banyak perkara negatif berbanding positif.

"Walaupun pada hari itu diadakan program Bicarasiswa secara langsung di RTM, ramai pelajar tidak mengetahui tentang program tersebut. Seharusnya program tersebut diuarkan lebih awal," katanya.

Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Kebangsaan, Kelab rakan siswa Islam Malaysia (Karisma), Zulhilmi Mohamad Ziyadi pula berpendapat apabila budaya berhibur digalakkan dalam masyarakat khususnya warga kampus, ia akan 'memandulkan' semangat perjuangan dan budaya berfikir rakyat bagi membantu pembangunan negara.

"Apabila hiburan ini digalakkan di kampus, ia sangat membahaya dan akan merosakkan pelajar. Mereka mungkin tidak sedar mereka telah 'dirosakkan' secara sedikit demi sedikit

"Jika perkara ini berterusan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Adakah generasi sekarang berkemampuan mewariskan keadaan yang selamat pada generasi akan datang?,"katanya.

P/S aku pula yang pening kepala lagi.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Apa nak jadi dengan UIA nih!
Zamri Mohamad berkata…
Tak apa puan, ada golongan yang cuba mengimbangkan keadaan. Jihad untuk kesejahteraan universiti

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...