Langkau ke kandungan utama

Penulis Bebas Jangan Bunuh Peluang!

Menjadi wartawan dan penulis bebas, ia tidak bermakna kita BEBAS untuk melakukan apa-apa sahaja. Dalam kerangka kerjaya wartawan dan penulis bebas, adalah lebih baik untuk kita membaca buku-buku karangan Imam Al Ghazali tentang adab dan perhubungan manusia. Beberapa tip yang saya kutip daripada bakal pengamal bidang Perhubungan Awam (PR) beberapa hari yang lalu.

Tip-tip ini sempat saya kutip apabila individu ini bercadang menghantar surat kepada badan perhubungan awam sebuah institusi pendidikan dan organisasi yang diwakili oleh penulis bebas terhadap beberapa perkara yang kurang disenangi penganjur dan VIP. Mujurlah, ia masih diperingkat cadangan. Berikut adalah tip-tip yang penting sebagai peringatan untuk diriku sendir dan sesiapa sahaja.

1. Seandainya kita mendapati terdapat kesalahan dan kesilapan dalam program yang dianjurkan, jangan teruja untuk membetulkan kesilapan penganjur tersebut. Alamatnya, itulah kali pertama dan terakhir mereka mengalu-alukan kehadiran kita untuk membuat liputan bagi programnya.

2. Mungkin ada yang akan bertanya, jika salah bukankah harus di perbetulkan? Jawabnya, selagi mana kita tidak berjaya membentuk hubungan yang baik dan berterusan dengan penganjur, komen-komen kita lebih kelihatan seperti memperkecilkan usaha mereka.

3. Jika ingin memberi komen terhadap program sekalipun, pastikan ia sampai dan diterima sebagai komen dari 'kawan kepada kawan' bukan dari 'pengkritik kepada penganjur.' Kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, "Tujuh kali puji, satu kali tegur". Selagi mana pembinaan hubungan tidak akrab, elakan membuat teguran baik tertutup atau terbuka. Tukarkan pendekatan menegur kepada mencadang.

4. Nasihat mentor saya, Puan Ainon Mohd (Sifu PTS) ketika kali pertama saya diwawancara akhbar tempatan "Jangan kerana kesalahan bernilai sepuluh sen, kita hilang peluang bernilai sepuluh ringgit."

5. Meskipun penganjur gembira dengan kehadiran kita sebagai penulis dan wartawan bebas atas liputan yang diberi, ia bukanlah lesen untuk kita berbuat sesuka hati. Letak anggapan bahawa mereka adalah individu-individu yang harus dihormati dan dirai, jemputan mereka adalah penghargaan kepada kita. Elakan dengan berfikir, "Kalau aku tidak ada, jangan harap penganjur dapat publisiti."

6. Apabila datang ke majlis anjuran orang lain, datanglah dengan senyuman dan sapaan mesra. Meskipun kita terasing dan tidak dikenali ditempat itu jangan pula kelihatan hendak menjauhkan diri dan membuat hal sendiri. Jika ada yang memandang kita, senyum dan salam. Hampiri individu tersebut dan bentuk perbualan ringkas secara terhormat.

7. Adakah saudara pertama kali menjadi wartawan bebas dan artikel-artikel saudara masih belum mendapat tempat dalam mana-mana penerbitan? Bertindaklah secara sederhana dalam mana-mana program untuk mendapatkan berita dan kekalkan adab sosial. Orang lebih mengenali kita sebagai individu sebelum mengenali hasil penulisan kita.

8. Sekiranya kita memakai tag pengenalan yang mewakili mana-mana jabatan sama ada yang menghasilkan penerbitan tersendiri atau kita menulis bagi mana-mana majalah. Ingatan paling penting, tingkah laku kita akan memberi kesan ke atas penerbitan yang diwakili meskipun kita mengatakan, "Saya penulis bebas". Jika negatif responnya, percayalah perbuatan kita akan menutup peluang orang lain dari agensi yang sama untuk membuat liputan pada masa akan datang.

9. Setiap program mempunyai kesan berangkai (chain reaction). Jika hari ini si A membuat program bulan ini, kemungkinan besar program yang dianjurkan B oleh organisasi lain pada bulan seterusnya ada kaitan antara satu sama lain. Kaitan sama ada penganjur si A dan si B merupakan rakan, pernah mengendalikan program bersama, kedua-duanya bergerak atas platform yang sama dan seterusnya. Jika baik respon penganjur A terhadap kita, maka si B lebih suka dan gembira melihat kita sebagai penulis bebas datang membuat liputan di tempatnya.

10. Jangan bunuh peluang! Kesilapan penulis dan wartawan bebas yang baru terlibat dalam dunia ini ialah menyangka "Kalau aku tidak ada dia pun rugi..." Sangka kita bahawa kita satu-satunya wartawan bebas yang boleh membuat liputan untuk programnya hanya akan membunuh karier kita sendiri.

Masih ramai di luar yang ingin mengambil peluang kita. Meskipun mereka mungkin tidak sebagus kita dalam penulisan, tetapi kerana adab sosialnya bagus dan disenangi, wartawan bebas yang kurang mahir dalam pandangan kita inilah yang bakal mendapat banyak peluang berbanding lain.

11. Elakan bersikap defensif keterlaluan terhadap penganjur. Ada penganjur yang bersikap terus terang dengan wartawan bebas jika tidak kena pada caranya. Kebiasaanya, mereka akan menghubungi secara peribadi bagi menjaga air muka kedua-dua belah pihak. Jika mereka minta bertemu secara baik, sahut secara baik. Jangan bagi alasan untuk melarikan diri atau membentuk mentaliti, "Dia nak jumpa aku kenapa aku nak cari dia...." Jumpa dan dengar apa yang dikatakan. Ambil ia sebagai peringatan untuk kita tidak mengulangi lagi.

12. Jika hadir ke majlis yang dianjurkan dan ingin mendapatkan email dan nombor telefon pengajur. Cari ruang selesa untuk penganjur. Jangan ketika awal-awal program dan mereka sedang sibuk, kita menerjah mereka meminta itu dan ini. Keadaan lebih buruk jika kita meminta (baca 'mengarahkan') mereka menghantar maklumat program ke email kita. Minta dalam keadaan yang sesuai atau hubungi sehari selepas program melalui email atau telefon.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Bagusnya maklumat ini!

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .