Langkau ke kandungan utama

Pembaca budiman mengirimkan email

Hari ini aku bercuti. Koordinatorku, Encik Halim Taib pergi ke Kubang Pasu hari ini untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ada urusan tentang melanjutkan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah di bawah tajaan Yayasan Perdana. Secara langsung, beliau mengambil peluang untuk bercuti di kampungnya.

Sehingga jam 8.00 malam, manukskrip bagi buku terbaru bagi siri perhubungan dan motivasi cinta telah disiapkan (insya Allah, bakal ada empat buah sebelum Oktober). Tajuknya masih belum dapat difikirkan lagi. Mungkin selepas aku siapkan pendahuluan, boleh jadi idea untuk tajuk akan muncul.

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas memberi kejutan kepada aku. Beberapa hari lalu dan hari ini aku menerima kiriman e-mail dari para pembaca budiman. Pengirim email berusia 24 tahun bernama Judith membeli buku ini di MPH Mahkota Parade, Melaka. Sekitar jam enam petang tadi saudari Judith mengirimkan dua halaman penulisanya untuk diberikan komen. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Jika diizinkan Allah, aku cuba sedaya upaya untuk berkongsi pandangan yang bersesuaian.

Terima kasih sekali lagi untuk saudari Judith.

Seorang lagi pembaca berusia 21 tahun bernama Gomez, selain daripada membeli buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, saudara Gomez (saya kira berbangsa India, betulkan jika salah) turut memberi komennya yang boleh kita fikir-fikirkan. Komen ini dihantar melalui laman web Motivasi Minda.

Kebanyakan novel melayu berkisarkan tentang masalah percintaan remaja, masalah rumah tangga lelaki-wanita kita masa kini. Kebanyakan tema-tema masa ini masih sama dengan tema sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Tetapi kita telah lupa bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Mengapa tidak kita ceritakan permasalahan yang berlaku dalam kaum yang lain selain Melayu, ketidak-puasan dan kerumitan hidup mereka sebagai bangsa dan penduduk negara ini.

Ada apa-apa komen?

Terima kasih saudari Judith dan saudara Gomez atas kiriman email, saya amat menghargainya.

Ulasan

Unknown berkata…
Bagus-bagus. Sudah ada peminat dan mula dikenali. Kena jaga persoanaliti tu. Hmm... nampaknya buku-buku Melayu dibeli juga oleh kaum lain. Tahniah. Tumpang gembira. Mereka tu kena dapatkan novel PTS untuk kelainan yang dicari-cari.
Zamri Mohamad berkata…
Nasihat kak Halilah akan saya pegang kuat-kuat, kalau saya tersasar sedarkan saya.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Hahaha! Bagus! Bagus! Sudah dapat mentee!

Langkah kedua, pimpin mentee sdr itu supaya pandai memilih tajuk-tajuk yang penerbit akhbar, radio, majalah, ataupun PTS suka....
Zamri Mohamad berkata…
Okay, arahan Puan diterima jelas :)

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .