Langkau ke kandungan utama

Serangan Syed Munawar

Bercerita tentang pengalaman televisyen, ia adalah sesuatu yang baru dan 'menakut'kan. Meskipun aku pernah bekerja di sebuah rangkaian televisyen berbayar, ia tidak bermaksud wajahku harus berada di hadapan kamera setiap masa. Sejak Isnin lalu, saudara Anuar dari PTS Pro menghubungiku untuk sesi Resensi Buku, Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan setiap hari selama lima minit.

Dua kali juga aku mengelilingi sekitar pusat perindustrian Batu Caves untuk mencari pejabat PTS. Mujurlah ternampak buku-buku di sebalik pintu cermin. Kalau tidak kerana warna-warni buku itu, pasti aku akan tawaf untuk kali ke tiga.

Jam 10.30 pagi, saudara Syed Munawar datang bersama jurugambar dan beberapa orang lain. Rupa-rupanya ada lapan penulis lain akan bersama dalam rakaman secara bergilir. Dalam senarai aku yang pertama dengan tiga buku mewakili PTS Millenia dan PTS Pro. Pada asalnya, aku hanya memfokuskan kepada buku PTS Pro dengan sangkaan panggilan saudara Anuar untuk buku tersebut. Tetapi tidak mengapa, sudah dihalakan kamera dan mikrofon, saudara Syed Munawar pula terpaksa 'meninggikan' badanya sedikit (istilahnya camera trick) maka bermulalah penceritaan.

"Tidak ada soalan bocor...," bilangnya.

Aku bimbang dengan serangan pertanyaannya. Dari buku sehinggalah ke kehidupan peribadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...